REZEKI DI PAGI AHAD, DAPAT FACE MASK PERCUMA, ALHAMDULILAH


REZEKI DI PAGI AHAD, DAPAT FACE MASK PERCUMA, ALHAMDULILAH | Kita bila kata face mask PERCUMA, nanti ada yang kata; 'Macam tak mampu aje beli ek?'.. ye laa, face mask sekarang kan dah murah, tengok je dalam Shopee, serendah RM3.99 pun boleh dapat 50pcs. Sebab baru-baru ni Sis ada membelinya, sampai 5 kotak. Memang banyak stok kat rumah face mask tu. 

Tapi dah kata 'rezeki di pagi Ahad' kan, so rezeki laaa, orang dah bagi percuma, kita amiklah. Rezeki jangan di tolak, musuh jangan di cari, tak gitu....

Pagi ni macam biasa, PKP tak PKP, tiap Ahad, Suami akan bawa keluar pagi mencari sarapan, tapi kalau tak PKP, kami makan di kedai, ni sebab masih PKP, so bungkus je laa bawa balik. Then singgahlah ke Kong Kong Laut. Tujuannya nak mencari lauk basah. 

Sampai Kong Kong, sambil jalan menuju ke kedai menjual ikan tu, Sis nampak depan kedai ikan tu bersusun kotak-kotak, kemudian nampak plak Kak Jum tokei kedai Asam Pedas tu menegur dan hulur face mask, katanya; 'Amik ni, free je, tokei ikan sedekah'... waaaa alhamdulilah, rezeki..

Sis dapat sekotak, Suami pun dapat sekotak. 

Rezeki Di Pagi Ahad, Dapat Facemask Percuma, Alhamdulilah

Sempat juga Sis belek kotak face mask tu, sekali ternampak Sis punya jenis Head Loop atau lebih senang kata, face mask untuk wanita berhijab. Kan senangkan kita bertudung pakai jenis head loop gini kan.. terus Sis tengok Suami punya, tapi dia dapat jenis Ear Loop, apalagi, Sis terus cakap Kak Jum, kata nak tukar nak yang jenis head loop hahahaha...

Muka selamba aje kan minta tukar hahahaha..dah free tapi memilih pulak kekekeke.. 

Alhamdulilah dapatlah dua kotak tambah lagi stok kat rumah. Tapi sejak-sejak ni memang jarang dah guna, sebab tak kemana pun.. anak-anak pun sama, semua kat rumah aje, takde keluar mana. Kalau Suami, company dia ada support mask, Yana pun sama, Proton tempat kerja dia ada support mask, so yang stok kat rumah ni memang tak luak laa.. 

Yang kat rumah banyak, dalam kereta pun ada lagi, dalam handbag lagi, aishh memana je laa ada simpan face mask ni, dah kata WAJIB pakai kan, so dah jadi kemestian di bawa ke sana ke sini. Rasa bersalah sangat kalau tak pakai, walau turun isi minyak sekali pun.. 

Rezeki Di Pagi Ahad, Dapat Facemask Percuma, Alhamdulilah

So korang kalau nak dapat face mask percuma ni, pergilah ke Kong Kong Laut sana, mana laa tau kan, masih ada lagi rezekinya.. tu pun kalau dekat dengan tempat korang, atau memang kebetulan korang ke sana macam Sis tadi. Atau memang korang perlu sangat face masknya, boleh laa ke sana amik.

Tapi kalau dari rumah korang jarak jauh dan takde keperluan nak ke sana, tak payah laaa.. Beli je laa kan, benda dah memang kita nak guna. Kang kalau datang jejauh semata nak sekotak face mask percuma ni, ermmm tu bukan rezeki namanya. Takut kang silap jalan, langgar SOP, tak memasal bayar kompaun RM1000 oii.. Jangan cari pasal.. 

Terima kasih tokei ikan. Moga dimurahkan rezekinya selalu dan Sis doakan juga satu hari nanti terbuka hatinya untuk memeluk Islam.. insyaAllah .. 

Okaylah nanti sambung lagi.. ada kerja nak di siapkan. Memang hujung minggu ni bizi mengemas rumah. Projek Suami dengan anaknya ni tak siap lagi, so rumah huru-hara macam nak raya hahaha.. ni pun curi masa kejap menaip. Lepas ni nak masak pulak.. 

Jaga diri korang...


P/S: Dua tiga hari ni NO idea nak update blog, hurmmmm ... 

22 comments:

  1. untunglar dpt free facemask siap tujar lagi.. hehehe

    ps. wak dh lam xgi tangkap gmbr sunrise suboh sepiee kat jeti kongkong tuuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yee Wak, moga murah rezeki tokei ikan tu..
      Ni mesti lama tak pi sana kan Wak.. hehehe

      Delete
  2. bestnya dapat free mask..bukan senang nak dapat free kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann SA, walau dah murah face mask, tapi kalau dah free, kita amik aje kan.. rezeki..

      Delete
  3. Akk pun kalau jumpa fm murah, mesti beli, semua tempat ada standby, hihi.

    cantiklah, warna purple ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Kak, sama lee gan Suami.. asal nampak je beli, padahal dia company ada bagi.. tapi tetap juga beli..

      Delete
  4. sha beli jenis ni jugak kat shopee. senang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jenis head loop senang kan, dan lagi satu agak tebal kan Sha..

      Delete
  5. alhamdulillah, rezeki dapat face mask free, sekotak pula tu.. murah rezeki orang yg bagi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Tiara, benda free orang hulur, amik aje laaa

      Delete
  6. untunglah dpt face mask hihi...sha beli dkt mrDIY ja murah2 face mask skg kan..
    btw sha dah tukar domain nnt free minta tlg sis lin add/edit blog sha tau..www.opzzpinky.my ke www.opzzpinky.com, terima kasih..muahh hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Sha, harga face mask sekarang dah murah, boleh je beli, tapi kalau dah free kita amik je kan hehehe..
      Okay.. tahniah tau dah berdot com hehehe

      Delete
  7. Untung dapat percuma. rezeki. Benda wajib ada sekarang ni. Sentiasa kena simpan stok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat Fizah.. semua kereta dan tempat kena bawa face mask ni..

      Delete
  8. alhamdulillah..murah rezeki..bagus nya tauke tu...

    sama la wei..aku da jammed lama da ni nak update apa..hahahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Sun.. tokei ikan depan kedai tu haaa..
      Update ikut mood aje Sun, jangan paksa, bikin stress je..

      Delete
  9. Selagi benda tu free suka je sis. Hehe

    ReplyDelete
  10. Replies
    1. Alhamdulilah Wak, sambil kita mendoakan tokei ikan tu murah rezeki..

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.