BERMULALAH PKP KALI KEDUA DI HARI PERTAMA HARI INI DI 6 NEGERI TERMASUK JOHOR


BERMULALAH PKP KALI KEDUA DI HARI PERTAMA HARI INI DI 6 NEGERI TERMASUK JOHOR | Hari ini hari pertama kita sekali lagi berPKP. Mana yang sekarang Work From Home (WFH), moga tabahlah dalam menjalani kerja bersama karenah anak-anak di rumah, yang tetap bekerja tu, jaga diri dan double protection diri korang mengikut SOP yang di tetapkan..

Bersedia tak bersedia, nak taknak kita kena laaa redha dan hadapinya. Demi untuk memutuskan rantaian wabak Covid19 ni. Janganlah banyak sangat bebel sana sini, mengeluh dengan apa yang terjadi sekarang, dan tak eloknya menuding jari pada semua orang, kerajaan dan KKM dah pesan banyak kali, #KitaJagaKita, so jangan salahkan sesiapa, silap-silap atas kedegilan kita yang kita tak sedar tu, kita pun pembawa virus juga.. 

Kelmarin kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama 14 hari di enam negeri berkuat kuasa jam 12.01 tengah malam Rabu ini hingga 26 Januari depan. Perdana Menteri berkata dalam pengumuman khasnya, PKP di 6 negeri bermula Rabu ini (harini). 

6 negeri terbabit adalah Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan), Melaka, Johor dan Sabah. Selain itu, katanya, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi tempoh sama akan dikenakan terhadap 6 negeri lain iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan. 2 negeri lagi iaitu Perlis dan Sarawak akan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), juga untuk tempoh sama.

Menurut Perdana Menteri, pergerakan rentas negeri adalah tidak dibenarkan di seluruh negara manakala bagi kawasan PKP, pergerakan rentas daerah juga tidak dibenarkan. Katanya, walaupun terdapat sekatan pergerakan yang ketat, khususnya di negeri dikenakan PKP, pengecualian diberikan kepada pelajar dan calon peperiksaan utama termasuk peperiksaan SPM bagi sesi 2020 dan 2021. Mereka dibenarkan hadir ke sekolah dengan SOP yang ketat. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia akan memperincikan SOP ini.

Bermulalah PKP Hari Pertama Hari Ini Di 6 Negeri Termasuk Johor

Kesian juga pada anak sedara Sis,Mia dan Inaz tu haaa, bersemangat nak pergi sekolah naik darjah 1, siap dah beli semua kelengkapan barang sekolahnya, tapi dah kena PKP ni, semuanya terpaksa sekolah atas talian aje. Takpelah Mia, nanti ada rezeki tu, semuanya dah reda, pasti akan jejak ke sekolah juga. 

So korang apa plan PKP ni? Mencari resepi baru? Atau ulang kembali resepi-resepi viral seperti, Dalgona, Murtabak Maggi, Kek Periuk Nasi, Biskut Mentega Kacang dan juga Pisang Cheese?.. apalagi, serlahkan kreativiti korang untuk cipta resepi terbaru dan viralkan... pasti ramai ternantikannya hehehehe..kalau tak menjadi masaknya, boleh post dalam group facebook, Masak Apa Tak Jadi Hari Ini (MATJHI) hehehe.. 

Sis? Alaaa dah memang surirumah, so PKP ke tak PKP ke rasa sama aje laa.. nasib juga boleh keluar rumah 2 orang lagi, so sesekali tu boleh laaa dating beli barang ke kedai sekejap dengan Suami sambil pusing-pusing taman hahahaha..

Korang pun jangan sembarang sesukahati atau degil juga nak keluar ke sana ke sini, kena ingat penguatkuasaan lebih ketat susulan pengumuman PKP bagi 6 negeri termasuk negeri Sis juga, di Johor. Mesti banyak sekatan jalan raya kan. Dan selepas pengumuman PKP tu, Perdana Menteri telah membuat pengisytiharan Proklamasi Darurat juga setelah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. 

Perdana Menteri menegaskan bahawa Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan di seluruh negara sehingga 1 Ogos depan bukan satu bentuk rampasan kuasa tentera, sebaliknya sebagai langkah proaktif untuk membendung gejala wabak COVID-19. Beliau turut memberi jaminan bahawa tiada perintah berkurung akan dilaksanakan sepanjang tempoh darurat. 

Nasib baik juga lagi masih ada yang boleh bekerja dan membuka perniagaan, kalau semua diperintah berkurung? Tak ke naya kan.. so jangan amik sambil lewa ya korang.. jangan anggap ianya remeh dan tidak serius. Jangan ingat virus tu tak kena kat kita walau kita ni ke sana ke sini atau hanya duduk dirumah, yeee tak kena kat diri sendiri atau keluarga, bolehlah ko cakap, cuba dah kena nanti... berjela update status kat facebook kang..


Sis dah ramai dah kalangan kengkawan yang dijangkiti positif Covid19 ni, paling kecil ada anak kawan tu umurnya 5tahun, now berada di hospital kurantin dan di rawat. Menangis kawan Sis tu siap buat live di facebook masa anaknya KKM datang amik.. tu pun ko rasa memain ke?.. 

Takpelah, siapalah kita nak menasihati, hanya mampu pesan aje laa.. buat masa sekarang ni memang Sis tak nak POSITIF, Sis nak NEGATIF aja.. lantaklah kalau orang kata Sis ni negatif sangat.. janji #KitaJagaKita sudah.. 

Yang ada keluarganya menjadi mangsa banjir tu, rajin-rajinlah menelefon atau bertanya khabar keluarga tu ya. Jika dah boleh membersihkan rumah selepas banjir tu, mohonlah surat kebenaran rentas negeri untuk pulang sekejap membersihkan rumah keluarga tu jika Mak Ayah aje yang buat kerjanya, kesian juga kan tidak ada anak-anak yang menolongnya. Harap pihak berkuasa dapat bekerjasama dalam hal ini.. 

Sis doakan moga Allah permudahkan semua urusan korang semua.. aamiinn..
Pic Kredit : Artortoise


P/S: Menu pertama PKP atas permintaan Suami, Daging Masak Kicap Pedas.. :) 

11 comments:

  1. itu la kan, PKP 2.0 ni bagi surirumah sama ja. macam tu jugak cycle life hari-hari tak ada beza. beza laki ada kat rumah je.

    ReplyDelete
  2. Ako tgh mood nak ngadap blog hilang... Tambah2 tgh pkp ni, lagi laaa... Pape pun selamat pkp lin.. Jaga diri jgk

    ReplyDelete
  3. Moga semua baik-baik aja utk kita, semua.

    Menu hari ni sardin je sis :)

    ReplyDelete
  4. hehehe sama sama la berhuhu ya kita.. sbb penang pun pkp :)

    ReplyDelete
  5. Anak buah PC kecewa sebab tak dapat pergi school katanya. maklumlah baru nak masuk darjah satu serba serbi baru..bila mamanya cakap belum boleh pergi school boleh ngaruk kata mamanya tipu, suruh mamanya call cikgu..bila cikgunya cakap haaaaa baru percaya. Kikikiki.

    ReplyDelete
  6. paling kesian kat frontliners sis. kita pkp dok rumah je. cuma susah sikit nak keluar. tapi frontliners memang sedih kalau pikir depa. tak mampu nak tolong banyak

    ReplyDelete
  7. Bila pkp 2.0 mmg kita akan lbh bersedia. Cuma plg risau bila terlalu meningkat sgt kes. Frontliner pun x larat

    ReplyDelete
  8. Setuju dgn sis. Nak mengeluh dan main tuduh2 pun tak guna. Redha je la. Ni cara terbaik untuk mengekang pandemik ni.

    ReplyDelete
  9. selamat berPKP. betul tu kesian kat anak2 yg semangat nak naik sekolah.. semoga keadaan bertambah baik..

    ReplyDelete
  10. PKP 2.0 datang kembali... #Stay Safe semua...

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.