INI NAMANYA 'REZEKI HARI JUMAAT'


INI NAMANYA 'REZEKI HARI JUMAAT' | Nasi Arab dan Pulut Kuning, pemberian dari 'Geng Bokeh' wahtsapp Sis, alhamdulilah. Inilah di namakan 'Rezeki Hari Jumaat'.. Sedekah di hari Jumaat selain hari lain ni besar pahalanya. Allah akan makbulkan segala niat dan doa kita jika berbuat demikian. 

Begitulah jua, Sis doakan kengkawan Sis ni, Ina yang sedekah Nasi Arab dan juga Nas yang hantar Pulut Kuning ni, semoga Allah perkenankan segala doa dan makbulkan segala impian dan cita-cita korang semua. aamiinn.. 

Yang betul tersentuhnya, memang niat Sis nak beli dan order Nasi Arah di kedai berdekatan dengan Sis ni esok (Sabtu), memang dah kata kat anak dah, esok kita lunch Nasi Arab laa, sebab teringin sangat..Tup-tup Ina hantar pulak Nasi Arab. Katanya dia dah niat, jika dapat i-Lestari hari tu, nak belanja kengkawannya, tapi sebab dah PKP ni, makanya niat dia tu dipanjangkan dan sedekah Nasi Arab yang dia ordernya. 

Terus hantar sedulang ke rumah gitu.Alhamdulilah.. Dapatlah Sis merasa dan makan Nasi Arab yang Sis nak. Allah tu Maha Mendengar keinginan hambanNya.. 

Nasi Arab

Dan satu yang Sis anggap 'rezeki Sis', pabila baru aje semalam Sis tengok youtubenya Che Nom memasak Pulut Kuning, mulut ni terus kata; 'sedapnya'... tapi nak buatnya adeii malasnyaa hahahaha.. makan aje tau kann.. kalau dulu ada arwah Emak, bolehlah nak minta-minta, sekarang kalau nak, haaa ko kenalah masak sendiri..

Dan harini Nas pulak hantar Pulut Kuning. Yaa Allah semacam tau dan mendengar aje kata hati Sis ni kann.. tapi bukan Sis seorang je yang Ina dan Nas hantar, semua Geng Bokeh Sis diaorang hantar termasuk Kak Mas dan Kak Zizi. Alhamdulilah.. 

Kenapa nama 'Geng Bokeh'? Hahahaha.. nama group tu selain kami ni 'Geng Senam' dan juga 'Geng Makan', salah satunya sebab mereka-mereka ni suka selpie, dengan Sis sekali kalau dah jumpa mereka ni, memang akan tersampuk sekali mem'bokeh' hahahaha.. 


Pulut Kuning

Dan yang bestnya, Pulut Kuning ni, Ina yang masaknya dan membuatnya. Yaa Ina tu memang amik tempahan segala macam menu termasuklah Laksa Penang yang selalu Sis makan tu. Memang sedap Laksa Penang Ina.. tanyalah Sunah, dia dah pernah makan dan merasanya. 

Alhamdulilah, bak kata pepatah, 'Dalam rezeki kita, ada bahagian orang lain juga', begitulah kita jika kita bersyukur dan amalkan sikap mensyukuri. 

Terima kasih Tuhan menemukan aku dengan mereka-mereka ini


Tatkala hati gelisah, mereka inilah yang mengembirakan. Ada je lawak dan hiburan yang mereka letak dan borakkan dalam group. Dan mereka ini (Nasriyah, Ina, Kak Mas & Kak Zizi) adalah 'rezeki' buat Sis juga.. alhamdulilah.. 

Moga kalian semua dimurahkan rezekinya, bahagia dan dipermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.. aamiinn.. 


P/S: Aku sayang KORANG ! ! ! ! ❤

18 comments:

  1. Alhamdulillah. Rezeki Allah nak bagi. Moga murah rezeki Ina dan Nas. Moga ukhuwah berpanjangan.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah lin sedap2 tu rezekinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Kak, semua sedap.. kita makan berempat cukup kenyang..

      Delete
  3. alhamdulillah....murah rezeki hari jumaat

    ReplyDelete
  4. Rezeki tak tersalah alamat
    Nampak sedap kejadiannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar Wak, ada je rezekinya Wak..alhamduluilah..

      Delete
  5. Replies
    1. Kannn, tapi ada juga makan kurang sedap, tapi ini sedap sangat...

      Delete
  6. rezeki ni dtg dlm pelbagai bentuk dan cara kan. alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Aleya, tak kira mana, rezeki ada jee.. alhamdulilah

      Delete
  7. Reseki yang worth ! sedapnyaaaaa

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah rezeki. Nasi arab ngan pulut kuning sekali dapat keyang perut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann tekak nak makan, sekali rezeki datang pulak.. alhamdulilah..

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.