CARA PALING MUDAH DAN SEDAP MEMBUAT CUP CAKE!


CARA PALING MUDAH DAN SEDAP MEMBUAT CUP CAKE! | Jujurnya kalau kata bab membaking ni, Sis bukanlah seorang bakers, atau seorang yang kreatif atau juga yang minat sangat nak membuat kek, pastri atau seangkatan dengannya. Kalau ada tu pun, hanya kebetulan datang rajin atau anak-anak yang beriye nak membantu dan membuatnya. Tapi serius sangat nak membuatnya memang idok laaa.. 

Satu je yang akan Sis tertanya-tanya bila nak buat kek, cup cake, atau apa je laa, 'Nanti dah buat siapa yang nak makannya?'.. haaaa itulah persoalan yang selalu Sis tertanya-tanya bila rasa nak buat kek atau apa je laa. Kadang nampak resepi orang buat kek viral laa, roti laaa, memang rasa teringin nak buat, sebab bila buat sendiri memang akan puashati. Lagi pulak dah buat, update kat blog sekali resepi, memang naiklah PV ko, hahahaha tiberrrr...

Dan di sebabkan dek persoalan itulah makanya jarang sekali Sis nak buat, padahal ada je bakat nak membuat semuanya ececece ini tipu. Oven pun kemain besar 'tertanam' dalam kabinet, tapi jadi 'tukun', So nak mudah, beli jerrr.. tapi ada ketika tu ada lee juga buat, buat panas-panas oven hehehehe.. 

Cara Paling Mudah Dan Sedap Membuat Cup Cake

Cara Paling Mudah Dan Sedap Membuat Cup Cake

Dan baru-baru ini Sis terjumpa cara paling mudah dan sedap membuat cup cake hanya dengan set lengkap dari kotak 'Bake Your Own' Decadent Chocolate Cake from Passionfood. Sekali tengok dan bukak kotaknya memang tersangat mudah! Semua bahan dah disediakan dan korang hanya sediakan 3 bahan sahaja. Tu pun korang guna aje laa bahan yang ada di rumah. Tak susah pun. 

Kalau korang pernah terbaca dulu posting review Sis, Sis pernah pergi Food Review di Cafe PassionFood ni di Taman Pelangi Johor sana. Memang kek dan semua dessert dia sedap-sedap semuanya. Cuma keadaan ekonomi tidak berpihak kepada mereka, makanya Cafe itu di tutup. Dan now mereka kembali dengan menjual kotak istimewa ini untuk korang mencubanya membuat Cup Cake semudah ABC ajer.. 

Cara Paling Mudah Dan Sedap Membuat Cup Cake

Cara Paling Mudah Dan Sedap Membuat Cup Cake

Bukan sahaja lengkap semua bahan, tapi setiap cara memasak, langkah dan deko untuk cup cake tu semuanya di sediakan. Tak susah pun, sampaikan anak sedara Sis pun turut sama membantu masa tu. Sis hanya tunjuk aje, dia yang buat semuanya. 

Korang hanya perlu sediakan;
2 biji telur saiz A
110 gm minyak sayuran atau 150 ml (Sis guna minyak masak cap Buruh Sis aje hahaha).
60 gm air atau 80 ml

Tu je 3 bahan yang korang kena sediakan, lain-lain semua tak payah, dah siap sedia dalam satu kotak termasuk bahan utama tepung adunannya. 

Cara Paling Mudah Dan Sedap Membuat Cup Cake

Cara Paling Mudah Dan Sedap Membuat Cup Cake

Cara nak membuatnya pun mudah aja;
Korang tuang satu pek adunan yang di sediakan tu, kemudian korang masukkan satu persatu 3 bahan yang korang sediakan tu. Then godak-godak la perlahan-lahan, tak payah pakai mixer, guna aje senduk ke spatula ke. Janji gaul rata sampai semua bahan sebati.

Lepas tu masukkan adunan ke dalam bekas cup cake liner tu. Pun korang jangan risau, siap semua di sediakan. Masukkan hanya separuh aje ke dalam bekas, sebab nanti adunannya akan naik gebu. Satu adunan tu memang ngam-ngam dapat dalam 25 cup cake. Kalau untuk Sis makan, tu kira banyak tu, nasib baik masa buat tu adik-adik semua ada. So kejap je dah licin hahaha..

Cara memasak pun ada dua cara, samaada korang nak bakar ataupun kukus. Sis lebih suka kukus aje, lagi mudah. Lagipun memang malas nak ON kan oven sebesor tu hanya nak bakar 25 cup cake ni je hahahaha.. 

Kukus selama 55minit dalam api sederhana. 

Cara Paling Mudah Dan Sedap Membuat Cup Cake

Cara Paling Mudah Dan Sedap Membuat Cup Cake

Agak dah cukup masa, cucuk dengan lidi, kalau keluar bersih, haaa dah masak laaa tu. So korang boleh keluarkan. Lagi satu kann, kalau korang kukus, bekas cup liners tu agak 'kereput' kembang sikit hahahaha.. ye laa maybe kena panas kan.. tapi kalau korang bakar, elok je laa kuncup gitu hahahaa.. 

Lepas tu, haaa korang gunalah kreativiti korang menghiasnya menggunakan bahan yang di sediakan juga. Yaaa semua siap ookay!. Dan itulah hasil deko anak sedara Sis yang boleh tahan juga laaa kreatifnya hahahaha..

Tak kesahnya, janji bila gigit Cup Cake tu, perghh sedap moist gilerr keknya hokay! Yaa sangat-sangat sedap.. terasa coklatnya dan juga kelembutannya. Bukan sebab pada air tangan Sis, tapi Sis rasa sebab tepung adunan dia tu yang sangat special. Sebab tu sedap gilerr rasanya. 

Korang kalau nak mencuba cara paling mudah dan sedap membuat cup cake ni, korang boleh dapatkan dari Passionfood Decadent Chocolate Cake Mix Bake Your Own!

Atau ke laman sosiap mereka dan hubungi mereka.

Selamat mencuba!.. 


P/S: Harini adik-adik datang bertamdang lagi 3 hari 2 malam. Meriahlah rumah Sis! Jom masak!. 

24 comments:

  1. masak apa tu nanti :p.. nk dtg singgah ar hahah

    ReplyDelete
  2. Kalo kukus x risau kebarangkalian hangus.. hahaha

    ReplyDelete
  3. senangnya sis nak buat cup cake guna set ni.. semua bahan dah siap.. boleh buat dengan anak2 ni...

    ReplyDelete
  4. memang senang kalau ada tepung mcm ni.. org lelaki pun boleh buat.. tu la kalau rajin.. haha

    ReplyDelete
  5. inilah yang saya suka buat dengan anak-anak. lepas tu bising tak kurus-kurus. Kek ni paling mudah nak buat kan kak. hahahancuuss dietku

    ReplyDelete
  6. aduyai sedapnya cupcake.. mudah aje nak beli ye

    ReplyDelete
  7. Pelbagai inovasi sekarang, lagi senangnya nak buat cupcakenya..siap ada sediakan stepsnya sekali

    ReplyDelete
  8. nmpk senang ja ni.. nanti lepas ni birthday boleh buat cupcake

    ReplyDelete
  9. saya pun guna cara macam ni je bila nak buat kek. beli tepung kek segera lepas tu tambah 3 bahan je..hehe

    ReplyDelete
  10. Bestnya ada macam ni. Jimat masa dan sedap pulak

    ReplyDelete
  11. Macam nie yang Rawlins suka! Semua disediakan dan Rawlins just humban dan masak sahaja! I nak cari la kelak!

    ReplyDelete
  12. Senang dan cepat. Nampak pun sedap.boleh makan ramai2 time panas2 lg

    ReplyDelete
  13. kalau tak bagitau gunancake mix passionfood mesti ingat sis lin bakers hehe

    ReplyDelete
  14. Hmm sama la, saya pun bila nak belajar buat kek mesti terfikir, ni siapa nak makan. Sebab saya tak minat dessert.

    ReplyDelete
  15. Senang buat cup cake dengan ada paket cake mix macam ni. Pejam mata je buat. Hahaha

    ReplyDelete
  16. Serious tak tahu senang jer nak buat cupcake rupanya... lagi2 ada package macam ni.. boleh try la since memang suka makan desserts kan.. :)

    ReplyDelete
  17. thanks for sharing this easy cupcake making without oven, I wanna try it too this weekend. yeah!! cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  18. This looks absolutely delicious! I am sure the whole family will enjoy this yummy and moist snack at any time of the day. Thanks for sharing the easy recipe :)

    ReplyDelete
  19. Memang mudah sangat nak buat dia. Huda yang tak pandai bake pun, dapat bake dengan mudah hahaha. Tiber. Dah ler tinggal bancuh je, pastu rasa dia memang sedap sangat. Lembut, but manis sikit lah hehe

    ReplyDelete
  20. Sama laaa... Dah cma malas nak baking. Harapkan mood anak-anak jer sibuk nak makan maka gigih gak laaa membaking.
    Nina lagi suka guna resipi yang biasa guna tapi sesekali try tepung instant pun onz jer

    ReplyDelete
  21. kannn..sedappp..aku suka gila!! nanti nak repeat lah!

    ReplyDelete
  22. Wow nampak sedap, moist, and senang nak prepare. Tiba tiba nak try recipe ni pulak.

    ReplyDelete
  23. Wah mix n bake your own.. sesuai sangat la ni konsepnya untuk org tak pandai masak macam saya. hehe

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.