BUKAN KOPI AJA, TAPI 9 MAKANAN INI JUGA ADA KAFEIN!


BUKAN KOPI AJA, TAPI 9 MAKANAN INI JUGA ADA KAFEIN! | Ooo patutlah sebelum ni kalau makan antara 9 jenis makanan ni, mata jadi cerah, rupanya ada kafein juga ek. Lagi pulak Sis orangnya suka makan Choki-Choki oii, tiap kali makan, perghh nikmat dia tu terus hilang stress. Kesahnya coklat pun ada kafein.. Terbaca perkongsian dari Hello Doktor ni, barlah Sis ko tawuuu...

Tapi agak lama dah tak makan coklat termasuk Choki-Choki tu dari tahun lepas. Then awal tahun ni Sis nekad plak 'Cut Sugar', so semua benda manis Sis tak makan dan minum. Memang kejenya minum air masak bergelen-gelen.. bukan nak kurus, tapi nak menjaga pemakanan sebelum jumpa Doktor buat pemeriksaan menyeluruh nanti. Takuttt oii.. setakat ni alhamdulilah, istiqomahnya masih bertahan lagi. 

Tak semestinya cut sugar nak kurus, dan tidak semestinya dah cut sugar tu akan kurus, faktor umur ni kadang, ko dietlah macam mana pun, kalau dah berat taknak turun, tak payah laaa nak strugglekan diri sekat makan itu ini, just control aje makan tu. Masa kurus ko taknak jaga, bila dah gemuk baru nak fikir kurus, sudahlah! Lupakan hahahaha.. Janji sihat.. 

Buat masa sekarang, fokus Sis hanya nak SIHAT, dan kawal pemakanan Sis dan nak mengelakkan dari penyakit 5 berangkai tu, cukuplah dah ada darah tinggi dan kolestrol ni, jangan di tambah lagi penyakit lain.. takutt huhuhu ...so sendiri mau ingatlah.. 


Bukan Kopi Aja, Tapi 9 Makanan Ini Juga Ada Kafein

Pernahkah korang terfikir, apakah makanan berkafein lain selain kopi? Atau korang sendiri tidak tahu rupanya ada sumber kafein lain selain kopi?

Apakah kafein?

Kafein adalah sejenis bahan perangsang semula jadi yang banyak diperoleh daripada sumber seperti kopi, teh dan juga koko. Ia adalah bahan yang boleh membuatkan korang menjadi sedikit ketagih kepadanya.

Minuman dan makanan berkafein sering dikaitkan dengan kemampuannya untuk membuatkan kita kekal berjaga. Ini kerana, kafein akan merangsang otak serta sistem saraf pusat untuk kekal berjaga selain mengelakkan rasa letih.

Bagaimana kafein bertindak dalam tubuh kita?

Setelah korang minum kopi, sumber kafein daripada kopi yang korang minum akan diserap dengan pantas ke dalam perut dan juga darah. Setelah itu, kafein tersebut akan pergi ke bahagian hati dan diuraikan menjadi sebatian yang boleh memberi kesan terhadap organ tubuh yang lain. Salah satu organ yang paling terkesan dengan kehadiran kafein ialah otak.

Apabila kafein memasuki otak, ia akan menghalang kesan adenosin dalam otak daripada berlaku. Adenosin ialah sejenis neurotransmitter yang menenangkan otak dan membuatkan korang menjadi letih. Biasanya, adenosin akan semakin bertambah sepanjang hari serta membuatkan korang berasa letih dan mahu tidur. Namun, dengan kehadiran kafein dalam otak, ia akan menyahaktif kesan adenosin daripada berlaku. Hasilnya, korang akan kekal berjaga. 


Bukan Kopi Aja, Tapi 9 Makanan Ini Juga Ada Kafein

Makanan berkafein yang mungkin korang tidak pernah tahu

Selain kopi dan juga teh, ada beberapa lagi jenis minuman dan juga makanan berkafein yang mungkin anda tidak pernah sedar sebelum ini.

#1: Coklat

Ya, coklat juga sebenarnya mempunyai kandungan kafein. Ini kerana kafein juga boleh dijumpai dalam biji koko. Jumlah kafein yang terdapat dalam coklat bergantung kepada jenis coklat tersebut. Ini kerana, setiap jenis coklat yang korang makan, ia mempunyai campuran bersama bahan lain yang memberi kesan kepada jumlah kafein di dalamnya.

Semakin gelap coklat yang korang makan, maka semakin tinggi kandungan kafeinnya. Sebagai contoh, coklat gelap mempunyai jumlah kafein yang lebih tinggi berbanding coklat jenis lain.

#2: Bijirin sarapan pagi

Bijirin sarapan pagi juga mempunyai kandungan kafein dengan jumlah tertentu. Bijirin sarapan pagi berperisa coklat mempunyai sekitar 11 miligram kafein bagi setiap kotak. Ini bermakna, korang akan mendapat sekitar 1 miligram kafein bagi setiap cawan bijirin yang korang ambil.

#3: Biskut cip coklat

Bagaimana biskut cip coklat juga mempunyai kafein? Sudah pasti daripada cip coklat yang digunakan dalam resipinya. Untuk pengetahuan korang, satu cawan cip coklat mengandungi sekitar 33.6 miligram kafein.

#4: Susu coklat

Bukan hanya kopi atau teh, tetapi susu atau minuman coklat juga adalah salah satu daripada sumber kafein. Satu cawan minuman susu coklat mengandungi sekitar 2.5 miligram kafein di dalamnya. 

#5: Aiskrim dan yogurt

Aiskrim dan yogurt juga mempunyai kandungan kafein jika ia berperisa coklat atau kopi. Ia boleh mengandungi sekitar 30 hingga 45 miligram kafein bagi setiap 100 ml aiskrim dan juga yogurt. 

#6: Serbuk koko

Bagi yang gemar memasukkan serbuk koko dalam resipi kek dan juga biskut, korang juga perlu tahu kewujudan kafein di dalamnya. Satu sudu makan serbuk koko mengandungi 12.4 miligram kafein iaitu bersamaan dengan satu hirupan kopi. 

#7: Minuman berkarbonat

Pengilang minuman berkarbonat juga memasukkan kafein dalam penghasilan produk minuman mereka. Sebagai contoh, minuman Mountain Dew mengandungi sekitar 91 miligram kafein bagi setiap 600 ml. Diet Coke pula mengandungi 76 miligram kafein dengan jumlah yang sama. 

#8: Kopi decaf

Kopi decaf juga mengandungi kafein? Ya. kopi decaf bukanlah bermakna kopi tersebut benar-benar tiada kafein. Kajian menunjukkan, bagi setiap cawan kopi decaf, ia mengandungi sekitar 8 hingga 14 miligram kafein. 

#9: Matcha

Tidak pelik jika dikatakan matcha juga mempunyai kafein. Ini kerana, serbuk matcha dihasilkan daripada daun teh hijau dan mempunyai kandungan kafein seperti kopi. Bagi setiap 236 ml minuman matcha, ia mengandungi sekitar 70 miligram sumber kafein.

Kesimpulannya, jangan tidak percaya, 9 jenis makanan ini sememangnya mengandungi kafein. Sumber kafein daripada makanan di atas berbeza jumlahnya mengikut jenis makanan. Apa yang pasti, sebarang makanan dan minuman yang mempunyai kandungan kopi, teh dan juga koko, pastinya mempunyai sumber kafein di dalamnya. 

#SisSharing ..


P/S: Gian kopi tu tak tau nak kata macam mana dah ni... bawa bersabar Puan Lin... huhuhu :(

10 comments:

  1. good info sis lin, tak pernah tau pun semua makanan ni juga ada caffeine

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, sama Sis, baca terkejut plak, terus kongsikan di sini..

      Delete
  2. Alahai... rupanya banyak kafein dah masuk perut. Antara 7 yang tersenarai tu, 4 daripadanya memang kegemaran!
    Tq for sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yee Amie, tak sangka coklat pun ada kafein..

      Delete
  3. banyaknya makanan yang ada caffein..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Azian.. selama ni ingat kopi laa kafein paling banyak..

      Delete
  4. Replies
    1. Sama-sama Wak, moga bermanfaat buat semua..

      Delete
  5. alamak xsangka plak byk lagi bahan lain ada kafein. tq sis sharing.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.