PENGALAMAN AKU JALANI PEMBEDAHAN LAPAROSCOPY | FIBROID/CYST

Sis Lin
18
PENGALAMAN AKU JALANI PEMBEDAHAN LAPAROSCOPY - FIBROID/CYST | Siapa pernah lalui pembedahan ini? Bahasa pasar 'bedah tebuk 3 lobang'. Mula dengar agak pelik dan takut. Sebab ini pengalaman pertama Sis jalani pembedahan menggunakan kaedah ini. Sis jalani pembedahan membuang Fibroid, yang asalnya scan ingatkan Cyst. 

Ada dua Cyst kelihatan sewaktu scan. Sis buat checkup di KPJ Pasir Gudang menggunakan khidmat Dr Rabin Womens Clinic. Di sebabkan tidak tahan lagi sakit belakang dan juga bahagian pinggang dan ari-ari yang selalu tegang dan mengeras, itu yang buat Sis pergi buat full medical check-up. Jenis Sis pulak, kalau dah sakit, tak suka tunggu, sebab kita yang tanggung sendiri, jadi sendiri mau ingatlah. 

Setelah buat semua temujanji hari pembedahan (12/2/2018), Sis admit pagi (11/2/2018 (under cover PRUdential insuran). Dan keesokkannya jam 8.30am Sis di bedah, keluar dewan bedah jam 11.45am. 
Malam sebelum bedah tu, Sis dah kena puasa dari jam 9pm hingga la esoknya nak bedah.  Doktor ada bagi air 2 botol untuk di habiskan, Air tu untuk mengeluarkan sisa-sisa makanan dalam perut, jadi korang dapat bayangkan tak ,berapa kali keluar masuk tandas, sampai tak boleh nak tidur. 

Anak Sis, Yana menjaga Sis sepanjang di wad, bergilir dengan Kakaknya,Naz. Suami pun hari-hari pagi petang malam datang, sangat risau dia tengok keadaan Sis. Dia nak jaga malam di wad, Sis tak bagi, sebab dia bekerja, nanti dia pula sakit, lagi susah. 

Pengalaman Aku Jalani Pembedahan Laparoscopy - Fibroid/Cyst

Air ubat untuk keluarkan segala sisa dalam perut.

Masa dalam dewan bedah, Ya Allah, Tuhan aje yang tahu, betapa menggigilnya Sis, sampai darah pun naik, takut sangat-sangat. Doktor bius tu pun sampai tanya 'Kak, takut ke?, jangan takut, istighfar banyak-banyak katanya'. Aduh tak terkata takutnya. Sekejap tu Sis dah tidur dek ubat bius. Tau-tau sedar dah di luar dewan bedah. 

Sedar aje, Sis terasa benda mengalir, rupanya darah keluar dari salah satu lobang yang di tebuk, cecepat semua nurse datang. Time tu juga, perut ni rasa keras gile, rasa macam kita menahan kencing, tapi tak rasa nak kencing. Aduuuui sakitnyanya Allah je yang tahu. Kemudian Sis muntah-muntah plak, sampai berdarah juga, katanya kesan dari ubat bius. Tegang segala perut dan badan time tu.

Bila dah kembali ke wad, Sis memang terus tidur kata Suami. Panggil-panggil pun bukak mata, tutup lagi, mamai dek ubat bius le tu. Sedar dalam jam 2pm, Sis rasa nak buang air kecil, panggil Suami nak bangun, Suami panggil nurse, nurse tak bagi bangun, sebab baru bedah, takut jatuh. Sis dah tak tahan sakitnya, nurse pakaikan pampers, dia suruh buang dalam tu, Sis cuba tapi tak boleh juga, Sis paksa juga nak bangun ke tandas, sampai Suami marah degil sungguh. nurse tolong angkat bangun, masuk dalam tandas. Allahuakbar, time tu sakitnya tak tau nak kata, tahan je, janji Sis dapat buang air.legaaa..

Selama 5 hari Sis di tahan, sebab ada komplikasi. Kalau ikutkan kalau korang takde sebarang masaalah, esoknya dah bole keluar. Sis dalam 2 hari baru boleh bangun sendiri, tapi kena paut le kat katil atau di orang tarik untuk bangun, tegang perut tu, rasa tak selesa, perut plak rasa besar, sebab Doktor kata masa bedah, memang ada masukkan gas dalam perut untuk kembangkan perut. 

Patut lee besar semacam perut Sis, tapi jangan takut, ianya akan hilang dalam masa seminggu. Melalui buang air air/kentut. Kesan parut pun Sis tengok elok aja, takde benang-benang jahit tu, hanya macam gam aja. Buang air besar pun semua ok, air kecil pun ok, takde masaalah. 

Pengalaman Aku Jalani Pembedahan Laparoscopy - Fibroid/Cyst

Masa mulanya kan Sis kata pergi scan Doktor kata ianya Cyst, tapi setelah di bedah baru dapat kesan ianya fibroid, sebab ianya betul-betul di sebelah rahim Sis, sebab tu Doktor kata Sis rasa sakit. Tidak terlalu besar, sebesar bola pingpong tapi jika di biarkan ianya akan merosakkan rahim dan akan jadi barah. 

Tapi Doktor dah amik sample semua untuk di uji saamada cancer atau tidak, alhamdulilah, tidak ada. Yang di kata cyst tu pun Doktor dah buang semua. Mana yang ada kecil-kecil cyst dalam abdomen tu, Doktor dah buang. insyaAllah Doktor kata tidak akan datang lagi, tapi kena lihat cara pemakanan kita juga. Elakkanlah segala makanan yang boleh aktifkan cyst/fibroid ya.

Terima kasih buat semua yang datang melawat, dan mendoakan Sis, hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. Terutama Suami Sis, dia yang paling risau dan menjaga siang malam bila dah balik kat rumah, sampai tak boleh tidur malam takut Sis terjaga nak bangun ke tandas. I love u Suami. Juga buat anak-anak. Emak sayang kamu semua. Alhamdulilah sekarang dah bertambah sihat. Makan pantang jugalah, elakkan makanan yang boleh aktifkan sel-sel cyct/fibroid. Apa makanannya? Nanti entri lain Sis kongsi ya. 

Apakah itu pembedahan laparoscopy ? 

Pembedahan yang selalu digelar “teropong” ini dilakukan dengan membuat belahan kecil (0.5 cm) di abdomen. Tiga belahan atau 'incision' dibuat dan pembedahan utama (major) boleh dilaksanakan melalui lubang-lubang ini. Belahan pertama dilakukan di atas pusat. 

Teropong atau laparoskop dimasukkan ke dalam abdomen dan kamera video diletakkan pada penghujung luar teropong ini. Gambaran dalam abdomen dilihat pada television dalam dewan pembedahan dan segala organ dapat dilihat dengan jelas kerana diperbesarkan (magnified).

Selepas teropong dimasukkan melalui belahan pertama, dua belahan kecil lagi dibuat dibahagian bawah abdomen. Segala peralatan pembedahan dan jahitan akan dibuat melalui lubang yang dibentuk di abdomen ini.

Pengalaman Aku Jalani Pembedahan Laparoscopy - Fibroid/Cyst
Gambar carian Google.

Pembedahan teropong ini membenarkan pembedahan yang sungguh jitu yang tidak dapat ditandingi oleh pembedahan biasa. Kejituan pembedahan jenis ini lebih ketara semasa pembedahan untuk penyakit endometriosis, ketumbuhan, sista dan kanser. 

Sebagai perbandingan, laparotomi atau pembedahan biasa mengakibatkan belahan sepanjang lima hingga sebelas inci panjang. Belahan yang besar ini mungkin menegak atau melintang dan diperlukan untuk menampung peralatan bedah yang biasa. Pembedahan sejenis ini mengakibatkan penyembuhan dan penjagaan di hospital yang lebih lama, perasaan sakit serta kemungkinan komplikasi jangkamasa panjang. 

Kelebihan pembedahan laparoskopi berbanding dengan laparotomi jelas dilihat. Kebanyakan pesakit dibenarkan balik rumah pada hari yang sama selepas pembedahan. Pesakit selalunya sembuh dalam masa beberapa hari dan dapat berfungsi saperti biasa dalam masa seminggu. Kesakitan yang dialami pun sedikit dan pesakit lebih selesa selepas pembedahan.

Walaupun pembedahan laparoskopi mempunyai banyak kelebihan berbanding dengan pembedahan tradisional, ia kurang diamalkan kerana susah dilakukan dan memerlukan kepakaran dan pengalaman untuk mencapai tahap yang sewajarnya. Tambahan pada itu, peralatan yang digunakan adalah mahal dan tidak didapati di kebanyakan hospital.

Apakah manfaat kaedah pembedahan laparoskopi?

Berbanding dengan pembedahan terbuka, kajian telah menunjukkan kaedah pembedahan laparoskopi mempunyai banyak manfaat untuk pesakit seperti:

• Kurang sakit selepas pembedahan dan trauma
• Pemulihan yang lebih cepat
• Penginapan hospital yang lebih pendek
• Parut kecil / cosmesis baik (penampilan kosmetik parut)
• Kurang invasif
• Kurang ketidakselesaan
• Pulangan awal kepada aktiviti penuh
• Kurang risiko berparut yang serius di dalam abdomen yang melibatkan cantuman organ dalaman
• Meningkatkan peluang untuk hamil (bagi kes endometriosis)
• Kurang kehilangan darah akibat pembedahan
• Kurang risiko mendapat jangkitan luka pembedahan (terutama bagi pesakit yang obese)
• Dapat membuat diagnosis penyakit dengan lebih tepat secara terus dan terus merawatnya (terutamanya bagi kes hamil luar rahim, sakit pelvik kronik dan barah organ pembiakan).

Namun, berbanding dengan pembedahan konvensional, kos rawatan kaedah pembedahan laparoskopi ternyata lebih tinggi. Walaupun pesakit yang menjalani pembedahan laparoskopi kurang menggunakan ubat ubatan dan lebih pendek jangka tinggal di hospital yang mengurangkan kos tetapi penggunaan teknologi serta alat alatan MIS yang canggih melonjakkan kos rawatan dan menjadikannya lebih mahal.

Apakah risiko pembedahan laparoskopi?

Walaupun pembedahan laparoskopi melibatkan teknologi tinggi tetapi ia tidak bebas dari komplikasi sepenuhnya. Komplikasi yang lebih serius seperti kecederaan pada pembuluh darah besar jarang berlaku. Namun, pesakit boleh mengalami kesan samping atau komplikasi minor seperti berikut:

• Kecederaan kepada kulit abdomen dan salur darah kecil.
• Kecederaan pada salur kencing (ureter), pundi kencing, usus, rahim, dan lain-lain struktur pelvis.
• Kerosakan saraf.
• Masalah membuang air kecil.

Pesakit yang mempunyai sejarah seperti berikut mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat komplikasi semasa pembedahan laparoskopi:

• Mempunyai parut pembedahan lama di perut akibat pembedahan sebelumnya.
• Obesiti.
• Endometriosis melampau.
• Jangkitan pelvis.
• Penyakit usus kronik.

Artikel Penuh: Utusan


P/S: Nanti Sis akan kongsi cover insuran dan juga pemakanan aktif cyst/fibroid ye. Terima kasih sudi membaca. Sekadar perkongsian bersama.

Post a Comment

18Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. baca sambil kecut perut..masa pregnantkan syamil kita ada cyst.. alhamdulillah baby makin besar cyst mengecut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis kalau ingat-ingat seriau @Hernee, sangat menakutkan. Cukuplah sekali tu aja pengalamannya..alhamdulilah Ko tak payah nak bedah-bedah Hernee..

      Delete
  2. Lin, akk biasa dgr psl pembedahan laparoskopi ni tapi baru kini akk faham bagaimana pembedahan ini dibuat. Wow.. Tak sangka begitu canggih teknologi pembedahan masa kini, pakai tebuk2 gitu jerkan. Tentu peralatan utk mmbuang cyst dan fibroid juga lebih kecil dan tinggi kosnya. Pakar juga bkn sbrg pakar. Alhamdulillah, nmpk Lin cergas skrg wpun tempoh pmbedahan tak smpi setahun lagi kan. Tak sbr plak nak baca pkongsian seterusnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Kak @SeriKandi, Lin pun baru juga tau masa mula-mula buat checkup tu, memang negri sangat-sangat. Sakit tu tak taulah, mungkin berbeza dengan lain-lain orang. Sekarang canggih semua, kalau takde insuran, tak mampu gak nak membayar tu Kak, nasib ada insuran cover, alhamdulilah laaa

      Delete
  3. Share lagi sis..nak baca lagiii..walaupun seriau2 baca sampai habis..hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye @Sunah nanti Sis share lagi, sebab macam-macam gak nak cerita ni buat perkongsian bersama ..Ko seriau-seriau, Sis menulis pun jd tahap gogil hahahaha

      Delete
  4. Bermanfaat walaupun takut nak baca sampai habis , next week be my operation , doakan !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo ye ke @Abby...moga semuanya berjalan dengan baik dan jangan lupa ya jaga pemakanan semua...

      Delete
  5. Salam sis.
    Memang best perkongsian sis.
    Saya baru menjalani d&c laporoscopy 3 hari lepas. Harini kat kawasan salah satu tebuk tu macam sengal2 and pecah darah kat dalam/lebam2.
    Takut btol saya. Terus search pengalaman post laporoscopy yang boleh dijadikan rujukan.
    Sis ada tak macam tu dulu masa recovery process??
    Doakan saya sembuh segera sis. Thank u for the informative post!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam ..
      Terima kasih sudi membacanya..
      Ooo kalau pecah dan berdarah, Sis kena masa di hospital, sebab bergerak...tapi bila dah balik, tempat sebelah kiri Sis tu tempat tebuk jadi lebam dan mengeras, masa pergi checkup bgtau Doktor, Doc kata Sis banyak bergerak, so kita push luka di dalam...
      Sebab tu Sis nasihat pada semua, banyakkan berehat lps bedah tu...

      Sis doakan moga awak sembuh ya..jaga diri dan banyakkan rehat ya..

      Delete
  6. Assalamualaikum sis.. Terima kasih di atas perkongsian.. Baru2 ni sy pergi cek.. Dan dokter mngesahkan sy ade fibrod 2.8cm x 3.9cm...sy akan buat rawatan susulan dgn pakar di hsi pada akhir bulan 11 ni. Risau juga jika fibrod tu membesar.jika tk keberatan.. Sis bole kongsikan tips semasa mengalami fibrod tk.. Maksudnye boleh tak kite aktif selagi fibrod tidak dbuang?terima ksih sis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam..
      Ooo kenapa taknak buang? Mengikut kata Dr, kalau tak di buang, cyst boleh jadi fibroid..sbb tu masa Sis dapat tau aje Sis terus buang..dan kebetulan bila bedah bukan cyst, ianya adalah fibroid sebesar bola pingpong.

      Kalau situasi Sis, rasa taksedap di ari-ari dan pinggang sakit sangat. Tu yang terus buat checkup. Sbb sis punya fibroid di sebelah rahim. Jika di biar akan rosak rahim dan kena buang, alhamdulilah dah buang dah tu.

      Aktif tu ikut pada macam mana rasa, macam Sis sebab sakit, so memang tak aktiflah..ada orang tak sedar dia ada fibroid..sampai membesar benda tu, sebab dia ingat perut buncit...so better pergi scan rahim setiap 6 bulan sekali..

      Delete
  7. Sy ade mslh fibroid saiz 4cm..sy dh buat appointment di KPJ untuk buat operation pada 15/1/2020...mggu dpn jer...tp bos sy suruh sy buat rawatan HIFU di hospital pantai melaka...sy confius yg mne sy nk buat...asalkan rawatan tersebut tidak menganggu proses kehamilan sy yg akn dtg..sb sy belum ade rezeki utk pregnant...tlg sy buat keputusan sis��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rawatan HIFU? Tu rawatan imbasan ultra ya? Susah Sis nak komen, tapi ikutlah nasihat Doktor pakar. Bagi Sis kalau Doktor sarankan buang, eloklah buang supaya ianya tidak membesar dan menjejaskan rahim nanti..macam kes Sis, jika tak buat rawatan awal, rahim Sis akan bermasaalah..alhamdulilah cepat bertindak...

      Delete
  8. Assalamualaikum sis sepatutnya saya akan jalani operation esk Tapi saya rasa takut n berdebar2... 4 tahun lepas saya ada buat operation jugak sbb buang sebelah tiup.. Saya Nak Tanya ada risiko tinggi ke sis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam..esok operation apa? buang fibroid ke? Kalau Doktor sarankan buang, eloklah buang, sebab fibroid akan membesar dan akan menggangu rahim kita...ikut nasihat Doktor ya..moga cepat sembuhnya...

      Delete
  9. Salam sis..boleh share tak berapa kos operation ni?

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!