MENGAPA PERLU MENGUNDI ?

Sis Lin
6
Assalamualaikum wbt ..

Korang balik mengundi di mana ? Hati-hati ya memandu. Moga semuanya selamat sampai ke destinasi . 
Masa yang dinanti-nati telah tiba! Selepas hampir 5 tahun, sudah tiba masanya untuk kita mengundi!
Korang yang pernah mengundi dalam pilihan raya sebelumnya ingat lagi ke cara-cara nak mengundi? Almaklumlah dah hampir 5 tahun berlalu jadi mungkin ia dah jadi seperti pasir yang hilang dibadai ombak .Ataupun mungkin ada antara korang yang pertama kali nak mengundi tak tahu macam mana nak mengundi. Apa kata baca sikit apa yang perlu korang ketahui sebelum pergi mengundi.

Siapa yang layak mengundi ?

Ha korang rasa korang layak ke tidak? Jika korang rakyat Malaysia mestilah layak , kan kita negara demokrasi. Rakyat ada hak untuk menentukan kerajaan yang akan memerintah dan mentadbir negara. Dengan syarat korang mestilah berumur 21 tahun dan ke atas dan berdaftar sebagai pengundi dan nama korang terdapat dalam daftar pemilih melalui Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR). 



Bagi yang pertama kali hendak membuang undi, berikut merupakan panduan yang anda perlu tahu.

1) Menyemak status pendaftaran sebelum hari mengundi.
Semak nama dalam Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR), semakan boleh dibuat melalui laman sesawang SPR di www.spr.gov.my, telefon ibu pejabat SPR di talian 03-88856565 atau melalui perkhidmatan SMS: Taip SPR <jarak> SEMAK <jarak> NO. KAD PENGENALAN, hantar ke 15888.


2) Datang awal ke Pusat Mengundi dan bawa salah satu daripada dokumen pengenalan diri seperti berikut:
Kad pengenalan (MyKad).
Pasport antarabangsa.
Resit kad pengenalan sementara bergambar .
Resit laporan kehilangan kad pengenalan bergambar yang telah disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara.
Lesen memandu bergambar.
Kad kuasa yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerajaan.


3) Tunjukkan dokumen pengenalan diri kepada Kerani Penyemak Daftar Pemilih (KPDP) di Barung SPR pusat mengundi.
Dapatkan slip nombor saluran tempat mengundi dan beratur menunggu giliran untuk ke bilik tempat mengundi yang betul.


4) Tunjukkan slip nombor saluran tempat mengundi dan dokumen pengenalan diri kepada Kerani Pengundi Pertama (KP1).
Selepas dibenarkan masuk, serahkan dokumen pengenalan diri beserta slip semakan kepada KP1 supaya nama anda ditanda sudah hadir mengundi.
Tunjukkan jari telunjuk kiri untuk diperiksa dan pastikan tiada sebarang tanda dakwat kekal di jari.


5) Celup dakwat kekal
Setelah disemak dokumen pengenalan diri oleh KP1, KP2 akan mencelup dakwat kekal di hujung jari telunjuk kiri.
Dakwaan pengundi boleh mengundi lebih dari sekali jika dakwat kekal dihilangkan, adalah tidak benar kerana KP1 sudah menandakan nama yang sudah membuang undi.


6) Dapatkan kertas undi
Selepas jari telah ditandakan dengan dakwat kekal, bergerak ke KP3 untuk mendapatkan kertas undi.


7) Buang Undi
Bergerak ke petak mengundi untuk menanda kertas undi dengan tanda ‘X’ di ruang bersebelahan logo parti.
Apa yang penting, pilih satu calon sahaja atau ia akan menjadi undi rosak.


8) Selesai!
Setelah selesai membuat pilihan yang betul, anda hendaklah melipat kertas undi dengan dua kali lipatan dan bergerak ke peti undi bagi memasukkan kertas undi mengikut peti Undi Parlimen atau Peti Undi Negeri.
Keluar dari tempat mengundi dengan segera bagi melancarkan proses pengundian dan tidak menganggu petugas SPR.








P/S: Selamat mengundi buat semua! Buatlah pilihan bijak! #PRU14


Post a Comment

6Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. marilah mari..kita mengundi..jalankan kewajipan,untuk negara...undilah orang yang betul² boleh memimpin negara...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ha ha @SitiRohaida hamboiii jangan esok ko tak pergi mengundi plak yer ha ha ha

      Delete
  2. assalamualaikum lin...jadilah pengundi yg bijak memilih yer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Mama @Maszull..Selamat mengundi Maa..

      Delete
  3. tak sabar nak memangkah esok.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!