RESEPI MACARONI SUP (FUSILI) YANG SEDAP DAN MUDAH NAK MASAKNYA


RESEPI MACARONI SUP (FUSILI) YANG SEDAP DAN MUDAH NAK MASAKNYA | Beberapa hari lepas Sis masak macaroni sup jenis gulung-gulung gini atau nama sebenarnya fusili, dan Sis up di facebook Sis. Then ramai PM tanya resepinya sebab nampak sedap dan sekali pandang macam maggi mee hehehehe..

Yaa memang sedap dan Sis juga pertama kalinya juga guna macaroni jenis fusili ni buat macaroni sup. Dah macam ulat bulancas kata anak-anak sedara bila Sis up di group wahatsapp family hahahaha.. tapi sungguhpun nampak macam ulat, sekali dah cuba, masak sekuali pun licin oii.. sedap sungguh.. ke air tangan yang masaknya memang sedap, wakakakakak..

Tak percaya korang cubalah. Ye laa biasa asyik guna macaroni jenis biasa tu je kann, sesekali kita ubah selera kita guna jenis fusili ni. Lagipun sama jee rasanya semua macaroni, cuma bentuk aje yang membezakannya.. 

Yang nak mencubanya, Sis kongsikan resepinya di bawah ni. Resepi mudah aja, sama macam masak sup biasa tu je, cuma tambahkan aje macaroni fusili ke dalamnya, tu jerr..

Resepi Macaroni Sup (Fusili) Yang Sedap Dan Mudah Nak Masaknya

Bahan-bahan sampingan yang nak masuk dalam sup tu, terpulang pada korang yaa nak letak apa. Sis letak pun mana yang ada dalam peti ais Sis aje. kalau betul-betul punya masak, mau lagi macam-macam Sis letak ke dalam sup tu heheheheh.. biar meriah sikit nak makannya kan.. 

Resepi Macaroni Sup (Fusili)

Bahan-bahan;
  • 250 gm makaroni fusili - direbus lembut kemudian cuci dibawah air dan ditos
  • Isi ayam (Sis guna isi ayam dan juga kaki ayam) - dipotong kecil
  • Kubis bunga - dipotong kecil
  • 1 biji carrot - potong kecil
  • Fishball
  • Sawi Pakchoy 
  • 10 cawan air (ikut suka korang nak banyak mana kuahnya)
  • 1 kiub ayam
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam (jika suka)
  • 1 inci halia - diketuk
  • 5 ulas bawang merah - dihiris
  • 2 ulas bawang putih - diketuk
  • Minyak untuk menumis

Bahan Sampingan;
Daun sup & daun bawang (jika suka letak)
Bawang goreng
Sambal kicap (segengam cili padi + 1 ulas bawang putih dikisar + 1 sudu besar gula + 1/2 cawan kicap manis/ secukupnya)

Resepi Macaroni Sup (Fusili) Yang Sedap Dan Mudah Nak Masaknya

Resepi Macaroni Sup (Fusili) Yang Sedap Dan Mudah Nak Masaknya

Cara Menyediakan;
  1. Panaskan minyak secukupnya dalam periuk atau kuali.
  2. Tumiskan bawang putih, bawang merah yang dihiris berserta halia yang diketuk sehingga naik bau. Masukkan ayam dan tumis rata.  
  3. Masukkan 10 cawan air, 1 kiub ayam. Biarkan mendidih.
  4. Sementara itu sediakan sambal kicap.
  5. Bila sup dah mendidih, masukkan carrot. 
  6. Selang 3 minit masukkan pula kubis bunga, sawi parkchoy dan serbuk lada hitam serta garam secukup rasa.  
  7. Bila carrot sudah empuk masukkan makaroni yang telah direbus dan kacau rata.
  8. Hidang makaroni sup fusili dan makan bersama sambal kicap dan taburan bawang goreng.

Aduii masa menaip ni tertelan-telan air liur pulak adeiii... ingat nak repeat lagi laaa.. lagipun anak-anak pun suka sangat, berselara semua makan. Kena pulak siap aje masak, terus makan pepanas, perghhh nikmatnyaa menghirup supnyaa makan dengan sambal kicap oii.. 

Korang cubalah.. 


P/S: Suka masak menu yang anak suka dan makan sekali hadap habis, puashati kann.. 

24 comments:

  1. nampak sedap sis. thank you resepinya nanti huda boleh cuba

    ReplyDelete
  2. wah sedap ni. Pulak kawan baiknya ada si sambal kicap tu.. Ummmphhh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann PC, sekali makan hirup, kepedasannya pun hilang sebab sedap hehehe

      Delete
  3. Siap ada sambal kicapnya tu yang tahan godaan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde sambal kicap, tak kaww supnyaaa hehehe

      Delete
  4. Replies
    1. Hahahaha itu Maknya punya, kena sorok hahahaa

      Delete
  5. Kita suka fusili ni sebab dia kenyal2 gitu banding ngan pasta lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yee kak, buat sup gini, makan macam maggi mee...

      Delete
  6. tak pernah buat sup fusili ni. nampak macam sedap tapi risau tak reti makan haha

    ReplyDelete
  7. Yummy!!!!!!!!!!!! Sedap nyer soup fusili. Recipe sis lebih kurang same dgn recipe my Dad. Thank you for sharing ya.

    ReplyDelete
  8. Fusili ni saya suka buat pasta salad. Tapi buat sup macam ni pun nampak best jugak.

    ReplyDelete
  9. sedap ni..nanti boleh try esok...anak2 mmg kalau masak pasta semua laju jer makan hehehe

    ReplyDelete
  10. Aduii betul la sis, sis yang taip pun tertelan air liur, Nell yang baca pun sama ahh! Aduiii my masak skill only quarter of sis kot... Macam mana ni nak try resipi ni.. Adui adui..

    ReplyDelete
  11. sekali pandang macam maggie, macaroni rupanya..nanti nak beli la boleh cuba resepi ni :)

    ReplyDelete
  12. Dah macam maggi tengoknya. Tak pernah buat sup macaroni. Boleh cuba ni

    ReplyDelete
  13. Selalu masak macaroni shell tu je..xpernah guna fusili ni lagi. Boleh try one day resipi ni. Nampak senang je tu.

    ReplyDelete
  14. sekali tengok rupa dia macam maggi, hehe. mesti sedap kan

    ReplyDelete
  15. wow, i have never tried cooking pasta in soup before and this recipe of yours is really eye opening for me. it looks super delicious and hearty too!

    ReplyDelete
  16. Eh ternampak kaki ayam terus terliur, i pernah masak macaroni soup but i buat soup tomato with chicken.

    ReplyDelete
  17. Ingatkan maggi tadii hehe nampak sedapp tuu

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.