COWAY BANTU RAKYAT MALAYSIA KEKAL SIHAT DAN HEBAT BERSAMA


COWAY BANTU RAKYAT MALAYSIA KEKAL SIHAT DAN HEBAT BERSAMA | Korang ada guna barangan Coway ni? Sejak mula di perkenalkan pada tahun 2006 di Malaysia, Sis mula direkemenkan oleh kawan Sis dengan barangan Coway ni. Dan produk pertama yang Sis guna adalah penapis airnya. Dulu design dia tak secantik dan secanggih sekarang, sekarang lawa dan moden designnya. 

Hinggakan model yang lama pun Sis dah trade in dah, dan amik design model terbaru tu. Dan ada satu lagi produk Coway yang Sis guna adalah penapis udara. Cuma design yang Sis guna ni kira first edition laaa, kemudian Coway upgrade dengan design terbaru mereka yang lebih 'slim' dan canggih sistemnya. 

Yang bestnya ada ansuran bulanan dan servisnya percuma selama 5 tahun!. Ada rezeki, one day nak juga cuba tilamnya tu pulak, ramai kata bagus.. tunggu 'Boss' offer hehehe.. 

Coway Bantu Rakyat Malaysia Kekal Sihat & Hebat Bersama

Coway Bantu Rakyat Malaysia Kekal Sihat & Hebat Bersama

Berbanding sebelumnya, kediaman yang lebih bersih dan selamat semakin diutamakan. Memandangkan rakyat Malaysia meluangkan lebih banyak masa di rumah sekarang, ramai memastikan keadaan kediaman mereka selesa dan lebih sihat sejahtera.

Coway Malaysia, pakar penjagaan air, udara dan kesejahteraan rumah mendorong rakyat Malaysia untuk mengubah kehidupan mereka ke arah yang lebih baik. Gaya hidup dan persekitaran rumah yang lebih sihat bukan lagi satu kemewahan tetapi kini telah menjadi keperluan dalam Kebiasaan Baharu.

Oleh itu, Coway telah melancarkan kempen Hebat Bersama (Stronger Together) baru-baru ini, yang memperkenalkan penulen air GLAZE, penulen udara LOMBOK III dan tilam PRIME Series Super Single

Dengan tiga manfaat yang saling melengkapi, iaitu Air Sejuk Menyegarkan + Udara Bersih Sihat + Kualiti Tidur Dengan Lena, Coway berusaha untuk Mengubah Kehidupan setiap rumah tangga, demi membina keluarga lebih sihat dan komuniti yang lebih ceria!.

Coway Bantu Rakyat Malaysia Kekal Sihat & Hebat Bersama

Penghidrasi sejuk dan bersih.

Cara terbaik untuk memastikan keselesaan dalam iklim tropika Malaysia yang panas adalah dengan menghidratkan badan kita pada setiap masa, dengan air yang bersih dan tulen. Bekalan air ini boleh diperolehi dengan mudah menerusi penulen air GLAZE Coway yang dilengkapi dengan keunikan fungsi Cold Water + . Ia membolehkan korang menikmati air sejuk berterusan di samping mengekalkan keselesaan. Penyediaan minuman sejuk juga menjadi lebih mudah!.

Memiliki sebuah penulen air yang boleh dipercayai juga penting, terutamanya bagi penduduk kawasan kepadatan tinggi yang sering menghadapi masalah air, akibat pencemaran dan gangguan bekalan air. 

Pada kadar penyewaan hanya RM119 sebulan, sesiapa sahaja boleh memiliki penulen air GLAZE dan menikmati perkhidmatan servis percuma selama lima tahun. Sebagai alternatif, ia boleh dibeli secara langsung pada harga RM3,900 dan pelanggan boleh menikmati perkhidmatan servis percuma selama satu tahun. Coway GLAZE akan memudahkan hidup korang dengan ciri-ciri mesra pengguna seperti pengekstrakan satu sentuhan, kawalan isipadu dan suhu air, kunci keselamatan kanak-kanak serta reka bentuk putih menarik, yang menambah sentuhan minimalis dalam rumah korang.

Coway Bantu Rakyat Malaysia Kekal Sihat & Hebat Bersama

Pernafasan selesa

Kualiti udara di rumah juga tidak boleh diabaikan, lebih-lebih lagi dengan pencemaran udara dan virus bawaan udara yang berbahaya. Ramai yang mencari penyelesaian untuk memastikan persekitaran  umah selamat, terutamanya bagi ahli keluarga yang lebih mudah terdedah, seperti warga emas, orang sakit dan kanak-kanak.

Memandangkan Kerja Dari Rumah sudah menjadi kebiasaan baharu, pastinya lebih banyak habuk dan bakteria terkumpul kerana lebih banyak orang duduk di dalam rumah sepanjang hari. Korang tidak perlu lagi menghirup udara tercemar dalam rumah dengan penulen udara Coway LOMBOK III.

Penulen udara ini merupakan siri LOMBOK generasi ke-3 yang laris dijual, direka cipta untuk memberikan perlindungan kuat di dalam rumah anda dengan kombinasi 6 penapis, Ioniser yang menghapuskan oksigen teraktif dan elektrik statik dari udara, dan sistem penapisan plasma Resistive Barrier Discharge (RBD) (hanya didapati dalam siri LOMBOK) yang meningkatkan kadar pensterilan untuk memerangkap gas, alergen dan pencemar berbahaya secara berkesan.

Dengan penanda indikasi habuk halus dan bau, LOMBOK III memberikan maklumat terkini masa sebenar (real-time) tentang habuk mikrohalus dan bau kuat yang terperangkap dalam udara persekitaran. LOMBOK III boleh dibeli pada harga RM3,490, dengan perkhidmatan servispercuma untuk satu tahun, atau secara penyewaan bulanan RM109 sambil menikmati perkhidmatan servis percuma lima tahun.

Coway Bantu Rakyat Malaysia Kekal Sihat & Hebat Bersama

Tidur yang lena dan berkualiti

Akhir sekali, selepas mengatasi segala kebimbangan udara bersih dan air tulen, Coway menekankan kepentingan tidur yang lena pada waktu malam! Tilam Coway PRIME Series adalah antara tilam premium pertama di negara ini yang boleh disewa, yang disertakan oleh Perkhidmatan Penjagaan Tilam berkala. Sistem spring poket lima zon memberikan sokongan kukuh dengan menyesuaikan bentuknya mengikut lengkungan semula jadi badan manakala fabrik antistatik membantu menyerap statik daripada badan dan membebaskannya ke udara. Tilam ini disediakan dengan pelapik tilam yang boleh ditukar untuk memastikan tilam korang dalam keadaan yang bersih dan selesa.

Tilam hotel bertaraf 5 bintang PRIME Series boleh didapati dalam pilihan saiz King, Queen dan juga Super Single yang baru diperkenalkan. Dengan gaya hidup sibuk masa kini, setiap ahli keluarga memerlukan tidur berkualiti, sama ada ibu bapa atau anak-anak. Tilam baharu ini juga sesuai bagi rumah bujang dan apartmen studio, iaitu bagi pekerja dan pelajar yang tinggal sendiri. Bagi mereka yang tidur seorang dan pemilik kediaman kecil yang tidak mahu menjejaskan keselesaan mereka, tilam PRIME Series Super Single memberi korang pengalaman tidur yang paling nyenyak.

Penyewaan bulanan PRIME Series Super Single ditetapkan pada harga pengenalan RM129. Dengan hanya RM4 satu malam, korang boleh memanjakan diri setiap malam di atas tilam hotel bertaraf 5 bintang ini. Malah dengan bayaran tambahan RM30 sebulan, korang boleh mendapatkan tilam Super Single bersama katil. Sebagai alternatif, tilam PRIME Series Super Single juga boleh dibeli secara langsung pada harga RM5,380.

Coway Bantu Rakyat Malaysia Kekal Sihat & Hebat Bersama

Ayuh Malaysia, marilah kita menjaga kesihatan dan kekal Hebat Bersama pada musim ini! Maklumat lanjut mengenai Coway dan produk pemenang anugerahnya boleh didapati di www.coway.com.my



P/S: Dulu first amik Coway Suami bayar cash, kemudian jadi susah plak tang servis nak meyambung, then trade in, amik baru bayar tolak akaun bank, terus mudah servis FREE setiap dua bulan selama 5 tahun.. 

23 comments:

  1. nampak iklan tilam kat billboard..iskk kalau dapat mmg best kan hehe

    ReplyDelete
  2. Geram ako tgk iklan tilam dia tu hahaha

    ReplyDelete
  3. Coway ni perkataan Jawa tau
    Maknanya 'kamu'

    ReplyDelete
  4. Saya pun suka tengok barangan Coway terutama penapis air dengan tilam dia tu , cuma belum ada rezeki nak letak kat rumah lagi.

    ReplyDelete
  5. aku suka coway ni..office kitorang pun pakai coway..maintenance pun ok..

    ReplyDelete
  6. I have Coway water filter at home. It is awesome! I would like to try Coway bed in the future. Thank you for sharing your review.

    ReplyDelete
  7. aduhh geram je baca pasal tilam coway ni. memang wish list sangat. tapi sedar diri belum mampu huhu

    ReplyDelete
  8. I really want to try the mattress from coway as well. Looks very comfortable and will definitely help one to get a good night's sleep.

    ReplyDelete
  9. Memang senang Coway ni. Rasanya rata-rata rumah dah guna Coway ni, bayar pun ansuran..membantu sangat ☺️

    ReplyDelete
  10. Teringin juga nak mesin air macam ni.. Tapi kewangan belum mencuupi.. Hehehe.. Memng bgus ye ada penapis air, penapis udara, tilam pulka.. Tilam pun nampk best. Oh kalau bayr cash memg sush erk utk servis.. Kene bulan2 gak erk

    ReplyDelete
  11. Rumah saya juga guna coway! Coway is cheaper and best ! If my new home, I am going to use coway juga.

    ReplyDelete
  12. Belum ada rezeki nak guna coway lagi. Tp rumah mak saya ada guna mesin air coway ni. Senang kerja. Service pun bagus.

    ReplyDelete
  13. Bagus coway ni dalam membantu masyarakat mendapat bekalan air yang bersuh dan selamat

    ReplyDelete
  14. This looks like such a great product. Can’t wait to buy and try it myself! design water filter dia pn cantik sgt, buatkan kitchen nmpk moden dan seamless. love it!

    ReplyDelete
  15. Saya pernah guna penapis air Coway je. Kualiti memang bagus, tentu produk2 Coway yg lain pun bagus juga.

    ReplyDelete
  16. :) baguskan ada Coway ni.. semuanya jadi mudah dan lebih healthy.. Skrg memang guna penapis air and udara.. tapi tak pernah try lagi katil dia.. nak usha tengok2 juga la

    ReplyDelete
  17. Teringin juga naj try tilam tu nampak sedap je kalau tidur. Penapis udara tu memang dah masuk wishlist tak sure bila nak beli hihi

    ReplyDelete
  18. Syok nya kalau dapat tilam coway tuu... Mau tido ku dibuai mimpi nan indah. Nak usha bajet laaa kot leh adjust untuk tilam empuk

    ReplyDelete
  19. Im on a survey recently looking for a smaller unit at home. will check out coway too.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.