MR D.I.Y MENYENTUH PERASAAN MELALUI KEMPEN 'YOU SHARE, WE DONATE' YANG KEDUA


MR D.I.Y MENYENTUH PERASAAN MELALUI KEMPEN 'YOU SHARE, WE DONATE' YANG KEDUA | Tahun 2020 bukanlah seperti tahun-tahun kebiasaan, setelah pandemik melanda, ia mengubah cara hidup, pekerjaan, dan perayaan kita. Ketika musim perayaan, keluarga hanya berkumpul secara maya, manakala petugas barisan hadapan terus berusaha keras untuk melindungi komuniti kita. 

Berinspirasikan kisah sebenar, MR D.I.Y. Group (M) Berhad telah menghasilkan sebuah filem web bertajuk ‘Inseparable’ dan menjayakan kembali kempen ‘You Share, We Donate’ sebagai tanda sokongan kepada Malaysian Relief Agency (MRA) dalam usaha memberi penghargaan serta bantuan untuk petugas barisan hadapan.

MR D.I.Y. Menyentuh Perasaan Melalui Kempen ‘You Share, We Donate’ Yang Ke-Dua

“Petugas barisan hadapan kita telah bekerja keras sejak bermulanya pandemik ini. Mereka merupakan sumber inspirasi yang mendorong kami untuk berkhidmat lebih baik untuk komuniti. Kami berharap sumbangan ini dapat memberi keceriaan kepada penerima sumbangan dari MRA,” kata Encik Andy Chin, Naib Presiden Pemasaran MR D.I.Y. Grup.

Pada Tahun Baharu Cina yang lalu, kempen ‘You Share, We Donate’ pertama kami mendapat sambutan yang baik dan kami menyedari keberkesanan inisiatif ini. Menjadi jenama Malaysia untuk rakyat Malaysia, MR D.I.Y. selalu mencari pelbagai kaedah untuk menyampaikan penghargaan kepada wira negara kita dan menjadi sumber kekuatan mereka pada saat getir ini. Kami amat menghargai jasa serta sumbangan wira dan wirawati negara dan kami setia bersama anda.”

MR D.I.Y. Menyentuh Perasaan Melalui Kempen ‘You Share, We Donate’ Yang Ke-Dua

Filem web 3 minit ini menggambarkan kesukaran barisan hadapan dan orang kesayangan mereka ketika musim perayaan. Peruncit mengajak rakyat untuk mengongsikan filem web yang dimuatnaik di laman Facebook rasmi mereka @MR DIY. Peruncit tempatan ini kemudiannya akan menyumbang RM1 dengan setiap perkongsian filem web kepada MRA, sebuah organisasi badan bukan kerajaan. Hasilnya, filem web MR D.I.Y. meraih 3.9 juta tontonan dan 4,220 perkongsian selepas kempen selama 3 minggu pada Disember, menghasilkan sumbangan baucar tunai sebanyak RM4,220 kepada MRA.

“Kami menghasilkan filem pendek ini untuk meyakinkan masyarakat, walaupun kita berada jauh di mata orang tersayang, kita masih dekat di hati mereka. Selain sumbangan topeng muka dan kelengkapan perlindungan diri sebelum ini, kempen ‘You Share, We Donate’ merupakan alternatif kami bagi menghargai jasa petugas barisan hadapan yang telah banyak berkorban demi negara,” tambah Encik Chin.

MR D.I.Y. Menyentuh Perasaan Melalui Kempen ‘You Share, We Donate’ Yang Ke-Dua

Sejak awal tahun, kita telah menyaksikan peningkatan kes COVID-19 di seluruh Malaysia. Dalam semangat #KitaJagaKita, MR D.I.Y. Grup ingin mengingatkan rakyat supaya ambil langkah berjaga-jaga dan seboleh-bolehnya duduk di rumah. 

Dengan ekosistem penjagaan kesihatan negara yang beroperasi dengan kapasiti hampir penuh ketika ini, sudah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk memainkan peranan dan meringankan beban petugas barisan hadapan sebanyak yang mungkin.


P/S: Tahniah buat mereka yang terlibat. Sis ko kalau masuk D.I.Y ni, seTROLI di sorongnya hahahaha.. 

2 comments:

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.