BAGAIMANA INGIN ISTIQAMAH DALAM IBADAH?


BAGAIMANA INGIN ISTIQAMAH DALAM IBADAH? | Istiqamah? Kita sering dengar perkataan ini, namun susah untuk melakukannya, betul tak? Mengapa? Mengapa susah benar nak istiqamah? Susah nak istiqamah untuk diet. Susah nak istiqamah untuk membaca al-Quran walau sehelai muka surat sehari. Susah betul nak istiqamah menghadiri majlis ilmu. Susah betul nak istiqamah daripada tinggalkan perbuatan mencarut. Mengapa?

Istiqamah berasal daripada perkataan Arab, iaitu 'istiqama' yang bermaksud tetap teguh mengikuti satu jalan atau dengan kata lain membawa erti konsisten dalam melakukan sesuatu. Secara khusus, istiqamah diberi erti oleh Imam al-Nawawi dalam kitab Riyadus solihin, iaitu sentiasa mengikut ketaatan kepada Allah yang telah diberikan penekanan melalui al-Quran dan hadis.

Tahukah korang, kita mudah sangat menerima godaan dan ujian dalam hidup. Ia sudah sebati kerana ia merupakan cabaran yang telah diberikan oleh Allah kepada kita. Ujian untuk istiqamah juga merupakan salah satu cabaran yang perlu kita tempuh.

Syurga itu untuk semua makhluk, namun untuk mendapatkannya bukan mudah, malah perlu dibayar dengan harga perjuangan dan usaha gigih. Jika pada zaman para sahabat, mereka membayar harga syurga dengan berkorban dan berjuang bermati-matian untuk melindungi agama Allah ini, namun pada zaman ini, apa yang ingin diperjuangkan? Mahu perangi musuh islam dengan cara bagaimana? Menghunus senjatakah?

Yaaa, perangilah nafsu korang yang ada di dalam diri. Nafsu untuk berbuat kejahatan, nafsu jahat yang tidak lari dari dosa. Nafsu yang sentiasa menghalang korang daripada istiqamah.

Bagaimana Ingin Istaqamah Dalam Ibadah

Istiqamah Itu Susah Tapi Tak Mustahil

Tahukah korang, istiqamah itu perkara paling susah untuk dilakukan. Ia merupakan sebuah hijrah yang sebenar yang boleh dilakukan. Menurut sebuah hadis yang telah diriwayatkan, bermaksud:
“Wahai Zat yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu.” (Hadis Riwayat Tirmidzi).

Rasulullah SAW sentiasa berdoa dengan doa tersebut kerana baginda tidak tahu sampai bila Allah akan menjaga hati. Mungkin dengan satu dosa yang kita buat, Allah akan palingkan diri kita daripada jalanNya. Berhati-hatilah dan sentiasalah meminta petunjuk daripada Allah agar hati kita sentiasa dalam jagaanNya.

Kita perlu sentiasa memohon kepadaNya supaya diberikan taufiq dan hidayah. Namun, pernahkah kita memohon agar ditetapkan hati untuk tidak berpaling daripadaNya?

Melakukan ibadah itu mudah, pasang sahaja niat dan azam lalu, laluilah harimu dengan perkara yang telah anda niatkan itu. Namun tahukah korang, untuk istiqamah itu perlu usaha yang berlipat kali ganda? Di bawah ini ada beberapa tips dan panduan untuk kita terus beristiqamah.

#1 – Ikhlas Kerana Allah

Untuk istiqamah, perbetulkan niat korang terlebih dahulu. Jangan niat kerana dunia, tapi niatlah kerana Allah. Niatlah untuk mengejar keredaan Allah semata-mata. Hidup ini bukan untuk mencari keredaan manusia, bukan untuk mengharapkan keredaan makhluk, bukan untuk meraih populariti, tetapi untuk mendapatkan padangan dan keredaan daripada Allah.

Sebagaimana firman Allah yang berbunyi:
إِلَّا ابْتِغَاءَ وَجْهِ رَبِّهِ الْأَعْلَىٰ
Mafhumnya: “Hanyalah mengharapkan keredaan Tuhannya Yang Maha Tinggi.” (Surah al-Lail, 92:20)

#2 – Dilakukan Dengan Ilmu

Tuntutlah ilmu untuk mendekatkan diri kita dengan Allah dan agamanya. Jangan menuntut ilmu dengan membabi buta tanpa sumber yang sahih, tapi tuntutlah dengan cara yang betul seperti berguru dengan yang ahli, bertanya kepada yang arif dan membaca sumber rujukan yang betul.

Jika kita mempunyai ilmu, hidup kita akan lebih diberkati, kerana ilmu itu sebenarnya yang boleh menjaga kita. Tidak rugi mencari ilmu, malah Allah sentiasa membantu untuk memudahkan urusan kita dalam menuntutnya.

Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya, Rasulullah SAW bersabda,
“Sesiapa yang menempuh satu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, maka Allah mudahkan baginya jalan untuk menuju ke syurga.” (Hadis riwayat Muslim).

#3 – Istiqamah Mengikut Ajarannya

Sunnah telah mengajar kita cara yang betul dalam melakukan ibadah dan cara untuk beristiqamah.
Ikut sahaja ajarannya, insya-Allah hidup akan diberkati oleh Allah. 

Sepertimana firman Allah yang berbunyi:
رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً ۚ إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ
Mafhumnya: “Mereka berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisi-Mu, sesungguhnya engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberian-Nya.”

Semoga hati kita sentiasa terpaut pada tali Allah untuk kekal di jalanNya sehingga berjaya menempuh pengakhiran yang baik.


P/S: Terima kasih tzkrh ... 

6 comments:

  1. Replies
    1. Sama-sama Atie, moga bermanfaat buat kita semua..

      Delete
  2. Replies
    1. Alhamdulilah Wak, sama-sama kita istiqomah dalam mengerjakan ibadah..

      Delete
  3. istiqamah, amalan yang paling disukai Allah adalah yang sedikit-sedikit tetapi berterusan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Sun, doakan kita semua sentiasa istiqomah dalam ibadah kita...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.