MASAK BUBUR BERLAUK YANG PALING SENANG KALAU MALAS


MASAK BUBUR BERLAUK YANG PALING SENANG KALAU MALAS | Kalau dah hari hujan, memang otot-otot ni rasa nak melunjur baring aje atas katil, kalau boleh petik jari, makanan terus sampai depan mata...tapi ko ingat ko raja ke haaaa... raja pun makan kat meja oii.. hahahaha.. 

Ketika menulis ni, hujan masih lagi turun dari seawal Subuh tadi. Sejuk dia jangan kata laaa, nak amik wudhuk pun gigil-gigil nak hulur tangan ke air, aishhhh dah macam air perigi rasanya. Tempat korang hujan ke tak?..

Dan semalam, atas permintaan, anak-anak minta masakkan Bubur Berlauk. Padahal Emaknya malas betul nak masak, ingat kalau anak lapar, suruh je laa masak dan makan apa yang ada, tapi tak sampai hati pulak, bangun juga ke dapur dan tengok lauk apa yang ada nak di buat lauk bubur tu nanti. 

Bahan lain semua ada, kecuali sayur kangkung. Lagi satu hal, malas betul nak keluar ke kedai. Adoiii laaa haii pemalas sungguh Sis semalam. Tapi... kalau takde sayur kangkung belacan sebagai lauk bubur tu kang, tak sedap pulak.. nak taknak bersiap keluar pergilah kedai...ermmmm

Nasib baik kedai tak ramai orang, mungkin sebab hari Isnin kann, so pasar takde, memasing datang petanglah tunggu lauk basah sampai. Cecepat Sis amik apa yang nak di beli, bayar dan terus balik.

Masak Bubur Berlauk Yang Paling Senang Kalau Malas

Masak Bubur Berlauk Yang Paling Senang Kalau Malas

Tapi dalam pada malas tu, keluarkan juga isi kupang dan petai yang Suami beli, dan Sis masakkan sambal cili tauchu untuk di makan bersama dengan Bubur Berlauk. Buat pedas-pedas, perghh sedap oiii.. Menu lain macam biasalah Sis masak. 

Antara lauk yang Sis masak adalah; Kupang masak Cili Tauchu, Ikan Bilis Bawang Berkicap, Telur Asin, Lobak Asin, Ikan Tamban Goreng dan juga Sayur Kangkung Goreng Belacan. Dan kebetulan ke kedai, nampak pulak Sambal Udang Kering Che Nor, Sis beli sebotol buat tambahan menu Bubur Berlauk tu, sedap wooo.. 

Korang kalau masak Bubur Berlauk pun sama ke menunya macam tu?..

Masak Bubur Berlauk Yang Paling Senang Kalau Malas

Dan kalau jenis Sis punya style makan, kesemua lauk depan mata, Sis akan humban ke dalam mangkuk kemudian gaul dan makan. Haaa tu style Sis hehehe.. Sis tak reti makan bubur cuit-cuit sikit masuk dalam bubur tu. Kalau makan Bubur Sentosa kat kedai pun sama, Sis akan humban semua dalam mangkuk, barulah syokkk...

Nikmat dia makan semangkuk tu, perghhhh memang asyikkk.. tapi lagi satu perangai Sis pulak, makan bubur tak reti menambah, sebab bila Sis menambah, feeling mangkuk kedua tu dah lain, tak sama dengan feel makan mangkuk pertama tu hahahaha.. so kalau nak makan, mangkuk pertama tu ceduk laa bebanyak, sekali habis dah, takde nak tambah-tambah dah hahahaha..

Masak 3 pot sampai ke malam, licin dah.. last Ayahnya balik makan sampai dua mangkuk, perabiskan semua lauk-lauk mana yang tinggal. Ingatkan balik dah kenyang, rupanya kelaparan pulak hahahahaha.. alhamdulilah...

Dan harini permintaan anak bujang pulak nak suruh masak Mee Bandung. Jarang-jarang anak bujang Sis buat permintaan. So okaylah harini Emak masakkan Mee Bandung.Kebetulan rempah Mak Pon tu ada lagi, bolehlah masak nanti. 

Korang harini nak masak apa?


P/S: PKP lagi di negeri Johor ni, bermula esok 13hb hinggalah 26hb Januari.. apa nak buat, kita redha aje laa.. 

21 comments:

  1. Stail kita makan bubo tu sama, Lin.. cuma satu jer, akk tak pnh msk bubo berlauk ni, kalu bubur kosong adalah masak, huhu.

    ReplyDelete
  2. sedap ni sis.. esp kangkung belacan tu

    ReplyDelete
  3. Sedapnya. Tapi tak pernah lagi makan bubur berlauk ni.

    ReplyDelete
  4. ni makanan berbahaya ni...kalo aku, boleh dibuat tambah banyak kali..

    ReplyDelete
  5. Mantap. Tak mustahil terjebak masak juga ni bubur berlauk.Parah.

    ReplyDelete
  6. UIH..Mengancam betullah bubur berlauk sis ni..mau makan bertambah ni

    ReplyDelete
  7. Sedap giler ini. Meliur nampak lauk-pauk yang sedap-sedap ni. Rasa nak makan lar sekarang. :D

    ReplyDelete
  8. telan air lior tengok gambar sis. dah la malam dah ni. mana nak cariiii. masak malas makan mauu haha

    ReplyDelete
  9. Oh wow!!!!!!! Yummy-licious porridge. I would like to try this recipe. Thank you for sharing it here with me.

    ReplyDelete
  10. Sedappnya makan bubur berlauk nih, terbit selera hujan-hujan ni sis. Boleh jadi bertambah makan nih.

    ReplyDelete
  11. Dalam malas-malas tu, hambek menu dia 😆 Malam-malam ni berbunyi la pulak perut, tengok menu bubur berlauk ni..huhu

    ReplyDelete
  12. Masak bubur berlauk ni lagi leceh sebenarnya
    sebab banyak portionnya

    ReplyDelete
  13. Belum pernah lagi makan bubur berlauk. Tapi nampak kombinasi lauk tu memang buat kecur air liur. Cuma kena rajin la ya, masak banyak jenis lauk sekaligus.

    ReplyDelete
  14. sedapnya sis..ni bukan menu orang malas dah ni..macam-macam ada.

    ReplyDelete
  15. adoi !! kak lin !! hahahaha~ berkeriuk perut atie.. memang meminta buat ni.. nanti nak try lah.. orang kata makan bubur perut cepat kenyang berbanding makan nasi biasa..

    ReplyDelete
  16. Wahh, dappnya bubur berlauk tp kalau makan ni cepat kenyang, cepat lapar balik.. Hahhaha, dasarrrrrr kuat makan. Tapi kan memang best kalau bubur makan dgn telur masin & kangkung. Kalau ada sambal paru lagi sodapppp

    ReplyDelete
  17. yeah!! love this & often gonna enjoy this simple one during MCO 2.0, your sharing here just in time for me :) cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  18. Wah! This looks absolutely delicious! i am so inspired to masak bubur now after reading your post. i love that touch of chili too - spicy is always better!

    ReplyDelete
  19. unik ni, tak pernah lagi makan bubur berlauk mcm ni.. tak dpt imagine rasa dia

    ReplyDelete
  20. bubur paru la sis.. tryy. hihi..

    ReplyDelete
  21. Wah sedap nyer kita pun nak try masak bubur berlauk, time PKP ni boleh lah.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.