MEE BANDUNG AKU JE YANG ADA TAUGEH


MEE BANDUNG AKU JE YANG ADA TAUGEH | Pernah ke korang nampak Mee Bandung ada taugeh? Tak pernah kan? Sebab itulah Sis kata Mee Bandung Sis je yang ada taugeh hahaha.. Agak lama juga tak membuat Mee Bandung ni. Sebab biasanya Sis masak Mee Bandung ni guna pes Mak Pon. So memang tak ingat, masih ada stok ke tidak dalam simpanan 'runcit' dapur Sis tu.

Tup-tup bila anak bujang Sis bukak mulut minta masakkan dia Mee Bandung, terus mencari dalam dapur. Harap-harap ada laaa. Korek puya korek, alhamdulilah jumpa satu bungkus pes Mee Bandung Mak Pon ni dalam simpanan stok runcit dapur Sis. 

Rezeki anak bujang laaa yang nak makannya. Yaaa jarang-jarang sekali anak bujang Sis tu minta permintaan menu dia. Biasa si kakak-kakaknya aje yang memacam permintaan. Anak bujang Sis tak cerewet, masak apa semua dibedalnya. So bila dia bukak mulut kata nak makan Mee Bandung, memang sebolehnya Sis tunaikan. Kalau pes Mee Bandung Mak Pon takde, Sis pergi kedai cari pes lain. 

Nak buat bahan sendiri, takut jadi Laksa Johor pulak kakakakakah.. 

Mee Bandung Aku Je Yang Ada Taugeh

Guna pes Mee Bandung Mak Pon ni memang sedap rasa Mee Bandungnya, anak-anak dan Suami pun suka. Rasa udang kering terasa sangat, dah macam masak di kedai. Serius okay, yang tak pernah cuba, boleh cuba. Nak menyediakannya pun mudah, tak perlu menumis. Lebur je semua dalam periuk. 

Resepinya mudah aja, janji ada Pes Mee Bandung Mak Pon. Bahan-bahan sampingannya ikutlah apa yang ada dalam peti aias korang. Macam Sis tu, banyak aje bahan tak lengkap, tapi janji kuahnya sedap hehehehe.. 

Bahan-bahannya :
  • 1 kg mee kuning
  • Daging Rebus (Sis letak kerang)
  • 10 - 15 ekor udang besar (Kalau ada Sis letak)
  • Fishball atau Fishcake 
  • 3 pokok sawi hijau
  • 1 biji tomato, belah 4 (Kalau suka)
  • Garam dan sedikit gula
  • Air secukupnya
  • 1 bungkus perencah Mee Bandung Mak Pon Muar
  • 5 - 6 biji telur
  • 5 biji bawang merah, dihiris
  • 2 ulas bawang putih, dihiris
  • 3 keping tauhu, digoreng, hiris nipis (Kalau ada letak)
  • Hirisan daun sup
  • Hirisan cili merah
  • Bawang goreng
  • Belahan limau kasturi (Jika suka)

Dan semestinya taugeh hahahaha *Tu resepi Sis je ada taugeh hahahaha.. 


Mee Bandung Aku Je Yang Ada Taugeh

Cara memasaknya : 
  • Daging dihiris nipis, rebus dengan 1 inci halia (dititik) hingga empuk, ketepikan.
  • Udang pula dikupas kulitnya (klu senang nak makan) *kulitnya di rebus kejap untuk amik stok air rebusannya. 
  • Cuci bersih sawi, asingkan daun dan batang sawi, dan di celur sekejap. 
  • Panaskan periuk, masukkan perencah mee bandung dan tuang air rebusan daging bersama dagingnya (Sis letak kerang), juga air rebusan udang (udangnya ketepikan untuk jadi bahan sampingan) dan masuk air secukupnya (anggaran 800 ml atau ikut keperluan). Kacau dan biar mendidih.
  • Kecilkan api dan pecahkan telur satu persatu dan masak perlahan hingga telur timbul. 
  • Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. 
  • Akhir sekali masukkan tomato, masak sekejap dan rasa, jika ok, boleh matikan api.

Cara menghidangnya :
Cuci mee kuning dan celur sekejap, angkat dan toskan. 
Bila nak makan, letak mee ke dalam mangkuk, tuang kuah ke dalam mangkuk, letak sawi yang telah di celur, isi udang (jika ada), fishcake atau fishball, tauhu goreng (jika ada), bawang goreng, daun sup, cili merah dan perahkan limau. 
Makan panas-panas, sedapnyaa... 

Sis masak apa yang ada aje dalam peti ais.. yang penting mesti nak ada taugeh hahahaha..


P/S: Siapa sini tak makan taugeh? Ooo patutlah ... hahahahahaha :p

20 comments:

  1. ini betul, tak pernah lagi tgk mee bandung ada taugeh.. selalunya char koey tauw saja ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha sebab tu kata Mee Bandung Sis je yang ada taugeh hahahahaa

      Delete
  2. Sedapnya mee bandung...dh lama x makan ni...

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Alhamdulilah sedap, puas makan buat sendiri..

      Delete
  4. Tak apalah. Apa pun bahannya, yang penting sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Amie, buat sendiri, ikut aje tekak hehehehe

      Delete
  5. Sedap lak mee Bandung tp tpt Sy susah nk dpt pesnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo beli aje di Shopeee Sheila, ada jugaa...

      Delete
  6. Lagi banyak taugeh lagi sedap kalau PC..

    ReplyDelete
  7. ko kan hantu taugeh, mesti la ada...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha segala benda kalau boleh nak makan dengan taugeh..

      Delete
  8. Tetiba tekak rasa nak makan mee bandung pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silalah buat Kak, guna pes Mak Pon hehehehe

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.