BILA HUJAN TAK BERHENTI AJE, MAKA BERGUNA SANGAT MESIN DRYER BAJU AKU NI


BILA HUJAN TAK BERHENTI AJE, MAKA BERGUNA SANGAT MESIN DRYER BAJU AKU NI | Sis masih ingat lagi sewaktu duduk bercerita dengan seorang kawan ni pasal dryer ni, dia kata 'membazir', katanya 'dah memang surirumah, so cuci, then sidai aje la, apa susahnya', begitulah kata-katanya. Tapi Sis malas nak jawab, sebab memang tau, dia jenis cakap nak menang aje, hahahaha.. *nasib ko le kalau terbaca posting ni..

Seawal sebelum mula pindah ke rumah yang sekarang ni, Sis memang dah bagitau Suami, nak sangat ada dryer tu, bukan sebab malas nak menyidai kain baju, tapi pengalaman bermain dengan keadaan cuaca dan dengan renyahnya nak mencuci baju kerja Suami yang tebal tu (baju nomed overall hijau yang biasa orang oil and gas pakai tu), kemudian nak menyidai, ada ketikanya memang lambat nak kering. Esoknya kadang urgent nak pakai, sebab itulah memang Sis minta Suami belikan mesin dryer baju ni.

Baju kerja tu bukan tak banyak, tapi memang betul pun tak banyak. limit aje seorang 2 pasang, sebab mahall woo baju nomed hijau tu (kalis api). Walau company ada bagi ke, tapi tidak laa berpasang-pasang okay. Buat masa terkini pun Suami cuma ada 4 pasang aje. 

Bila Hujan Tak Berhenti, Makanya Berguna Sangat Mesin Dryer Baju Aku Ni

Bila dah ada mesin dryer baju ni, kadang memalam pun Sis mencuci baju, lepas cuci masuk dalam mesin dryer, tak sampai 1 jam siap kering, panas-panas lagi keluar dari oven dryer tu. Lepas keluarkan dari dryer terus gosok, memang licin laaa bajunya. 

Yaa tiba time cuaca musim tengkujuh macam sekarang ni, memang baju tak keringlah kalau menyidai. Penuh dobi sana sini orang hantar dryer. Haritu masa Sis ke dobi hantar cadar cuci, rata-rata semua menunggu turn nak dryer aje, bukan datang cuci pun. Derang cuci kat rumah, kemudian dryer di dobi. 

So bila dah ada sendiri mesin dryer ni, bila hujan tak berhenti aje, berguna sangat mesin dryer Sis ni. Takde gaduh baju masam ke, tengekk ke, lepas cuci terus keringkan. Terus rasa nak balas kata-katanya kawan tu, mana datangnya membazir? Jangan-jangan dia pun dah ada mesin dryer ni tak? hahahahaha...

Mesin dryer Sis jenis Electrolux, memang dari mula nak beli dan survey, ramai kata Electrolux ni bagus, so sebab tu minta Suami beli yang ini. Muatan 12kg boleh sumbat. So far guna bagus. Dah hampir 6 tahun menggunakannya. 

Bila Hujan Tak Berhenti, Makanya Berguna Sangat Mesin Dryer Baju Aku Ni

Masa menaip ni pun (jam 1.03pm) hujan masih lebat turun, dari semalam tak henti. Bimbang lihat keadaan banjir sana sini yang semakin teruk nampaknya. Moga ujian yang sedang mereka lalui ini ada hikmah di sebaliknya. 

Sama-sama kita doakan moga mereka atau mangsa banjir semua dalam keadaan baik, sabar dan redha dengan apa yang berlaku. Dan juga kita berdoa moga kes Covid19 di Johor ni akan pulih dan turun segera. Semalam kes paling tinggi di Johor yang pernah berlaku semenjak mula menularnya Covid19 ni. Seram sangat bila di fikirkan. Rasa macam tak selamat sana sini. 

Suami pun dah tutup 'keizinan' untuk benarkan Sis keluar ke sana sini untuk attent event atau apa aje review, huhuhu.. takpelah, ini semua sementara aje, demi untuk kebaikan bersama.. #KitaJagaKita .. 

Doa Ketika Hujan 

ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺻَﻴِّﺒًﺎ ﻧَﺎﻓِﻌًﺎ
“Ya Allah turunkanlah pada kami hujan yang bermanfaat.” (Hadis riwayat al-Bukhari)


P/S: Time hujan, taknak pulak mata ni tido ekkk...eeeeee..

8 comments:

  1. Igt lagi memula korg pindah.. Hangkut dryer n mesin kat tkt atas.. Perghh mmg tabik arr.. Ako yg rs Penat bila dgr ko cite😅😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau takpe, gile berat ko.. now still berguna lagi ni.. hehehehe

      Delete
  2. dulu igt negara omputih ja pakai dryer ni, tapi sebenarnya malaysia pun perlu sbb musim hujan berbulan2 kan heehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekaramg dah banyak rumah pakai dryer Atie, mudahkan kerja..siang malam boleh cuci dan terus kering bajunya..

      Delete
  3. Memang bila musim hujan rasa nak ada dryer, mujur baju banyak aje cuma tulah, berlambak Tak basuh sbb take tempat sidai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Kak, Lin dah merasainya masa dulu menyidai, sampai takde tempat then tak kering, baju semua berbau hapak.. now senang dah ada dryer...

      Delete
  4. Bila musim hujan ni senang betul ada mesin dryer baju. Tak pening fikir baju tak kering.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yee Fizah, sampai dulu ada jiran tanya, mana Sis sidai baju hahahaha

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.