TAPAU MENU RESTORAN TODAK DAN MAKAN DI RUMAH LAGI PUAS KATA SUAMI!


TAPAU MENU RESTORAN TODAK DAN MAKAN DI RUMAH LAGI PUAS KATA SUAMI! | Dari selepas PKP kemudian PKPD now dah PKP balik, tak juga dapat makan dan duduk di Restoran Todak tu. Baru-baru ni Sis adalah kata dekat Suami, 'Kalau dah boleh makan kedai nanti, kita makan kat Restoran Todak ya?'.. Suami pun iyekan aje, memang dia tau itulah restoran kegemaran kami sekeluarga.

Tapi tengok gaya sekarang ni, macam lama je lagikan nak dapat duduk sekeluarga makan di kedai. Pulak tu kes wabak Covid19 semakin naik aje, lagi di Johor ni, berlumba-lumba nak dapatkan tempat juara dalam kedudukan kes baharu, hurmmm... tak tau laa apa nak komen bab tu..

Makanya, kelmarin, tup-tup Suami balik dari kerja bawa sebungkus besar plastik makanan ke rumah. Masa tu Sis baru aje selesai mandi, anak terjerit kat bawah, dan bila Sis turun aje lihat penuh bekas makanan tapau Suami bawa balik. 

Dan bila bukak aje bekasnya, waaaa semuanya menu kegemaran kami sekeluarga dari restoran Todak.. Cuma ada jugalah certain menu tu Suami tak beli. Yang ado ni pun dah banyak dah, alhamdulilah.. tapi, ehhhh ehhhh ada kuah hitam lebih laaa hahahaha. *gelak jin hahaha.. 

Tapau Menu Restoran Todak Dan Makan Di Rumah Lagi Puas Kata Suami

Lupa pulak masa anak amik gambar ikan ni, suruh dia curah sos ikan tu dulu hahaha dan nampak bogel plak ikan tu ekkk.. bab banyak bawang tu, peberet Sis hehehe.. 

Inilah rezeki kami yang Suami bawa balik kelmarin. Sambil Sis bancuh air panas untuk Suami, anak-anak siapkan dan hidang makanan atas meja. Malas nak tukarkan bekasnya, so kami makan aje macamtu haa..lagi senang kerja kann, tak payah nak banyak mencuci pinggan mangkuk hahaha..

Alhamdulilah, sejak PKP tu, semua anak-anak ada di rumah, so lengkap kami anak beranak makan semeja berjemaah. Dah macam bulan puasa pulak. Biasa time makan, kami makan sambil bercakap bercerita hal memasing. Suami biasalah, time makan ginilah dia suka bertanya macam-macam kat anak-anak dan menyakat anaknya. Ada je topik nak menyakat anaknya tu..

Nak tengok apa menu satu persatu yang Suami tapau? Jomm kita tengok.. 

Ketam Masak Blackpepper

Ketam Masak Blacpepper

Udang Masak Kari Indonesia

Udang Masak Kari Indonesia

Red Snapper Masak Sos Nyonya

Red Snapper Masak Sos Nyonya

Kailan Masak Ikan Asin

Kailan Masak Ikan Asin

Yang mana satu menu korang terliur? Hehehehe..mesti ketam tu kann?

Yaaa menu ketam tu tak pernah tinggal kalau Suami tapau, atau kami makan di sana. Kegemaran anak-anak dan juga Sis. Cuma menu Sotong Goreng takde pulak kali ini Suami order, ke tersalah hantar? anaknya siap tanya, 'Takde Sotong Goreng ke Ayah?.., tapi Ayahnya diam aje. Takpela, makan aje apa ada..

Mahal tak harganya?..

Mahal tu semua harga seafood ikut harga pasaran, dan ikut pulak berapa banyak ko amik. Macam ketam tu haaa, Suami amik banyak ekor, so bayarlah mahal..amik sikit, bayar sikit. Ikutlah memasing kan.. 

Sedap tak menu-menunya?

Sedap tu subjektif. Ikut tekak memasing, kang Sis kata sedap sangat kang, ko pi sana makan, tekak ko kata tak sedap pulak. Setakat harini, kami makan sekeluarga, semuanya sedap aje. Ada ketika memang rasa tak sama, tapi tak kisahlah, biasalah kann, 'no chef is perfect' hehehehe.. 

So kalau korang nak mencubanya atau ada yang datang ke Johor, kalau nak makan seafood, bolehlah ke sini. Antara salah satu tempat makan best dan sedap di Johor yang jadi kegemaran pelancong luar datang makan. 

Restoran Todak (Orang Asli) (旗鱼海番村)
Address: 1, Jalan Dedaru 11, Kampung Teluk Jawa, 81750 Masai, Johor


P/S: Harini permintaan Suami pulak minta masak Asam Pedas Ikan Bawal Emas yang di belinya semalam. Baiklah, akan Dinda masak penuh kasih sayang yaa .. hahahaha.. 

17 comments:

  1. Hari tu ada suarakan Pak Inche nak tapau menu tidak ni, Kita teringin nak rasa kari udang indonesia tu

    ReplyDelete
  2. Nmpk sedap menu dia.. Sini lama dah x mkn kat kedai.. Bnyk tapau jer mkn dirumah ..

    ReplyDelete
  3. Semua buah PC terliur. Jadi memang tak boleh nak pilih. Kikiki.

    ReplyDelete
  4. Terliur la tengok kuah hitam tu Sis oiii. Hirup kuah sahaja pun cukup Sis oii
    Tapi setuju pasal berebut nak juara tu hahaha

    ReplyDelete
  5. Nak ikan sos nyonya dengan kailan masak ikan masin.

    ReplyDelete
  6. weiii rindu nya melepak kat TODAK ngan korang semua!!!

    ReplyDelete
  7. ingat sis makan ikan todak tadi hahaha menu semua macam sedap je. kalau bae pun tak tukar dah bekas. elok je bekas depa bagi tu

    ReplyDelete
  8. Fuhhh... sedap-sedap semua menu tu. Terliur dibuatnya adehhh. Kalau macam ni memang syok makan di rumah ramai-ramai.

    ReplyDelete
  9. Ya ampun saiz.makanannya nampak banyak dan sedap. Mmg sangat berbaloi

    ReplyDelete
  10. sedapnya tgk kailan ikan masin tu.. lama tak makan

    ReplyDelete
  11. Ya..mesti la paling geram ketam tu.. belum pernah lagi cuba ketam masak black pepper

    ReplyDelete
  12. Sedapnya ketam tu fuhhhh terliur bila tengok makanan sedap2 ni

    ReplyDelete
  13. omg betul kata suami sis lin. this kinda dishes are best enjoyed in the safety and comfort of your own home. omg i am drooling after looking at the udang, so big and fresh!

    ReplyDelete
  14. Aduii sis.. Macam mana nak pilih ah! Semuanya buat Nell telan air liur looking at it.. Even i tak makan ketam pun boleh buat la terliur ni...

    ReplyDelete
  15. Adoi akak. Telan air liur saya tengok semua menu tu. Ketam plak ada tu. Bulan penuh saya tengok kelmarin. Nak beli ketam lah esok. Masak ketam salted egg pastu buat roti man tao. Wuwuwuwuwm delicious.

    ReplyDelete
  16. Sis ooo sis... asal upload makanan je nampak sedap.. asal sedap je upload menu makanan... haha.. pilihan suami sis tu memang tepat. semua menu nampak sedap

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.