BETUL KE BERKUMUR DENGAN UBAT KUMUR BOLEH BUNUH COVID19?


BETUL KE BERKUMUR DENGAN UBAT KUMUR BOLEH BUNUH COVID19? | Sis terpanggil nak berkongsi mengenai tajuk ini sebab baru-baru ni waktu Sis pergi berbelanja barang dapur, ternampak satu family melayu ni penuh dalam trolinya ubat kumur Listerine dalam trolinya. Yaa memang Sis ada terbaca perkongsian yang mengatakan berkumur dengan ubat kumur boleh bunuh atau cegah Covid19. 

Dan Sis juga bukan sebab viral tu baru Sis guna, tapi memang dah lama Suami guna ubat kumur tu sebelum tidur dan selepas gosok gigi, termasuk juga Sis. Lagi sejak selepas pembedahan Tonsil tu, Sis memang rajin berkumur dengan ubat kumur dari hospital tu. Ye laaa kita guna untuk mencegah, benda elok kita amalkan, tak gitu.. 

Dan semalam, sewaktu mmbuka membaca facebook, terbaca pulak di facebook Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai isu ubat kumur ni. Hurmm...Sis baca sekali lalu je sebab memang sebelum ni tak amik kisah bab ubat kumur ni boleh bunuh Covid19 tu, just memang guna sebagai rutin harian peribadi aje. Sambil tu untuk mencegah dari jangkitan virus kuman.

Tapi Sis nak juga berkongsi, sebab semalam sewaktu Sis share posting facebook tu di salah satu group wahtsapp Sis sebagai pencerahan yang ianya hanya untuk mencegah, bukan membunuh, ehhhh kemain berdebat pulak dia kata semuanya tu palsu dan seolah kita pulak pembawa cite palsunya.. geramm aje aku membacanya.. Siap perli kata yang kita ni tak dapat beli Listerine then kata Listerine tu tak bagus, eeee nak je aku siki kepala ko.. 

Dah malas nak berdebat, meh laa kita baca perkongsian  di bawah ini dari facebook Kementerian Kesihatan Malaysia mengenainya. 

Betul ke berkumur dengan ubat kumur boleh bunuh COVID-19?

Betul ke berkumur dengan ubat kumur boleh bunuh COVID-19?

Benda ni hangat beberapa hari ni. 
Macam ini. Saya terangkan dari sudut pergigian.

Di klinik gigi, kami dah practice benda ini. Sebelum buat rawatan yang menghasilkan aerosol (tampalan, scaling), kita akan minta pesakit berkumur dulu dengan ubat kumur. Kalau anda buat rawatan gigi, tak ada dapat benda ni, minta dengan doktor gigi anda.

Benda ini ada dalam garis panduan yang dikeluarkan bahagian pergigian KKM. Benda ini adalah sebagai langkah untuk mencegah penyebaran virus COVID-19 bila buat rawatan yang menghasilkan aerosol.

Ingat, benda ini sebagai langkah PENCEGAHAN. Bukan rawatan untuk COVID-19. Sama macam kita gunakan hand sanitizer. Sama macam kita basuh tangan dengan sabun.
Ubat kumur ada povidine iodine, ada chlorohexidine. 
Hand sanitizer ada alkohol.

Bahan-bahan ini sememangnya digunakan untuk membunuh virus dan bakteria di permukaan.
Persoalannya sekarang, virus COVID-19 ada dalam tubuh badan orang yang dijangkiti. Macam mana dengan berkumur sahaja boleh hapuskan virus ni. Berapa kali kena berkumur baru boleh bebas dari virus ni. 

Memang ada kajian berkaitan penggunaan bahan ini dan kaitannya dengan virus COVID-19, tapi hingga hari ini masih belum ada apa-apa bukti penggunaan ubat kumur merawat sepenuhnya virus ini.
Kalau nak berkumur dengan ubat kumur ini, silakan. Dari sudut pergigian, memang kita sangat galakkan. Tapi bukan buat tuntutan untuk merawat COVID-19.

Dr Iqbal Rosali
Dentist M3


P/S: Lebih baik mencegah dari terus tak buat apa.. betul tak?.. sekurangnya kita usaha.. *kawan Sis ko memang pelik-pelik semuanya hahahaha.. 

15 comments:

  1. terima kasih atas pkongsian ini

    ReplyDelete
  2. baru first time baca ni.. thank you for sharing

    ReplyDelete
  3. Oh! Begitu ceritanya. Terima kasih atas pencerahan.

    ReplyDelete
  4. hari tu boss aku tunjuk gak gambar tu...masa tu aku dah agak dah memang palsu...huhu

    ReplyDelete
  5. Ada jugak kawan yang share. Sal just be like , baca gitu je tapi terlintas gak di hati... betul ke ni ??? Kalau viral cepat je tersebarkan

    ReplyDelete
  6. taktau pulak kes ni tengah hangat. tapi bagus la ada clarification dari dentist. thanks sharing

    ReplyDelete
  7. Patutla kawan-kawan share pasal ubat kumur ni, begitu rupanya cerita sebenar. Virus didalam badan kan, macam mana pula la nak dihilangkan dengan ubat kumur. Nasib baik doktor gigi clarify balik.

    ReplyDelete
  8. Membunuh covid-19 memang x dak lah. Tapi mencegah yes. Mouth wash kan memang utk jaga hygienic. Jaga hygienic kan salah satu cara utk mencegah covid. Hehehe. Sama juga dgn vaccine2 tu nanti. Utk cegah. Bukan utk membunuh.

    ReplyDelete
  9. Thanks for sharing this. Actually I don't believe all these remedies ppl share online too. If it's works then no need vaccine already haha

    ReplyDelete
  10. Ada terbaca juga penjelasan daripada doktor gigi ni. Netizen mmg macam2, senang percaya dan sebar berita palsu.

    ReplyDelete
  11. sejak pandemik ni.. banyak barang dah ada label covid-19 terutama cecair pencuci pakaian, pecucui lantai dan banyak lagi.. perkataan covid-19 sebagai daya penarik dan harganya lebih mahal daripada produk biasa ..

    ReplyDelete
  12. Kita pun tak tahu mana yang betul dan mana tidak kita bila tengok video tu pun daripada orang yang bukan biasa-biasakan kita nak percaya apa semua terpulang kepada KKM lah... Mungkin kita boleh cuba kot usahakan...

    ReplyDelete
  13. ehh isu ni tengah viral ya..sebenarnya benda2 pelik ni memang netizen suka hahah..apapun kesahihan dari KKM paling penting

    ReplyDelete
  14. Ada juga terbaca posting about Listerine ni.. memang ada produk ni kat rumah, just that kadang2 jer pakai.. :P kena kerap kumur la lepas ni.. yes, anything can cegah, cegah.. prevention is always better than cure!..

    ReplyDelete
  15. This is indeed an interesting article with so many useful tips. anything is worth trying if it means keeping ourselves safe from the viruses. stay safe always!

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.