HUJAN LEBAT DARI TAHUN 2020 SAMPAI KE TAHUN 2021!


HUJAN LEBAT DARI TAHUN 2020 SAMPAI KE TAHUN 2021! | Sejuk dan lembab cuaca 3 hari ini. Dari tahun 2020 sampai membawa ke tahun 2021 hujan turun dengan lebatnya tanpa henti. Ada sesetengah tempat tu dah dinaiki air sampai keadaan dah menjadi serius nak kena pindah ke kewasan pemindahan pusat banjir. Dugaan tahun baru. Moga dipermudahkan urusan mereka semua yang dilanda musibah. 

Harini dah masuk 2 Januari 2021. Semalam memang Sis sibuk sangat sampai tak sempat nak update blog. Padahal dah ingat nak buat autopost pagi tu tapi sebab mengejarkan cuaca hujan time Sis tengah bercuti tu, makanya agak kelam kabut jadual Sis sepanjang dua hari bercuti tu. Yaa Sis bercuti mula dari 31 Disember 2020 hinggalah ke tahun depannya (semalam) 1 Januari 2021, hahahaha setahun ko pergi bercuti baru ingat nak balik rumah, kakakakah!..

Alaa tak kemana pun, hanya ke LEGOLAND Malaysia Resort aje. Time cuti sekolah gini kalau bercuti ke Legoland tu memang happening, macam-macam aktiviti ada untuk kanak-kanak. Dan Sis memang saja memilih bercuti pada tarikh tu sebab nak amik feel menyambut tahun baru 2021 di sana. Meriah ko, walaupun memang agak padat orang ketika tu, tapi arahan patuhi SOP dia sangat mereka jaga. Terjerit-jerit crew mereka kalau siapa yang langgar SOP. 

Hujan Lebat Dari Tahun 2020 Sampai ke Tahun 2021

Hari pertama sampai cuaca panas, tapi petangnya aje terus hujan sampailah ke esok harinya tu. Nak jalan main-main dalam Miniland tu pun memang tak dapat, apalagi nak main roller coaster ke apa ke semua. Semua mereka stop atas sebab keselamatan. Tapi nasib baik juga sempat anak sedara Sis naik salah satu roller coasternya pada hari pertama tu sebelum turunnya hujan. Selepas aje naik roller coaster tu, hujan terus turun. 

Tapi ramai juga Sis nampak mereka yang baru datang pakai baju hujan dan payung untuk terus bermain. Dan sambil tu juga crew-crew Legoland Malaysia Resort bagi kanak-kanak topi santa tu untuk menutup kepala, termasuklah pada anak saudara Sis. Nak taknak pakai jugalah walau kita tau hukum memakai perhiasan krismas tu salah di sisi agama, tapi atas sebab nak jaga kesihatan takut demam kena hujan, Sis suruh aje anak saudara tu pakai. 

Hujan Lebat Dari Tahun 2020 Sampai ke Tahun 2021

Kalau pergi Legoland time hujan gini memang agak rugilah, sebab semua tempat tak boleh nak main dan berjalan-jalan dalam tu. Nak mandi waterpark pun kalau takat hujan gerimis bolehlah, tapi kalau dah lebat, rasanya memang mereka tutup sementara hingga keadaan reda. Paling tak pun korang boleh masuk SEA LIFE Legoland Malaysia tu aje laa. 

Tapi alhamdulilah jugalah masa Sis pergi dua hari tu, hujan tidaklah selebat seperti harini. Harini hujan lebat sangat dari pagi membawa ke sekarang ni haa masih lagi hujan lebat. 

Memang banyak Sis habiskan masa di ruang lobby hotel untuk acara pelbagai aktiviti mereka aje. Tu pun sampai tak nyempat nak amik banyak gambar sebab dengan Sis ko sekali join aktivitinya kakakakakah! Suami duk gelakkan aje Sis dah macam kekanak :p ... 

Tak apalah janji Sis dapat mengembirakan hati sendiri, anak-anak saudara dan juga Suami dan anak Sis,Yana. Yaa Sis pergi berlima aje. Kakak dan anak bujang Sis ada hal memasing, so Yana aje yang follow. Terima kasih buat Suami yang sudi melayan anak-anak saudara. Tu pun kata Yana; 'Ayah yang excited noh' hahahahaha... 

Hujan Lebat Dari Tahun 2020 Sampai ke Tahun 2021

Okaylah, nanti Sis ceritakan pengalaman bercuti di Legoland ni sekali lagi ya. Walaupun sebelum ni Sis dah ada update percutian ke Legoland Malaysia Resort juga, tapi pengalamannya berbeza, dan bilik penginapannya pun lain. So korang tunggu nanti Sis update ya..

Korang apalagi, jom bercuti di Legoland Malaysia Resort dan dapatkan tawaran harga yang menarik sepanjang cuti sekolah ini! Pakej promosi Buy 1 FREE 1 Night pun masih lagi berlangsung. Buat tempahan segera sebelum semua tarikh full!..

Korang klik & booking di sini --> https://bit.ly/361ciRS 


P/S: Tekak rasa nak makan Laksa Johor pulakkk... adeiii mana nak cekau ni haaaa!..

14 comments:

  1. Niceeeeee hotel tuuuuu! Haaaa. Food panda manyakkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa Non.. rezeki tahun 2020.. penutup percutian 2020 juga

      Delete
  2. hahah btul tu. semoga hujan ini membersihkan bumi dan membawa kerahmatan. btw HAPPY 2021 kak 🥰

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa Dila.. selamat tahun baru juga buat kamu..

      Delete
  3. Selamat tahun baru sis... Seronokkan sesekali layan aktiviti kanak-kanak. Jiwa terasa muda haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat tahun baru juga Puan Hazel..
      Yaa Kak, sesekali beli jiwa anak-anak sedara...

      Delete
  4. selamat thun baru. belum dpt lagi g legoland ni. anak2 besar sikit best la layan..musim hujan mcm ni tak best sgt kalau g jalan..aktiviti terbantut nti..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah one day nanti sampailah ke Legoland tu..
      Yee time hujan semua aktiviti tak boleh nak buat..huhuhu

      Delete
  5. tu la member2 msg tgk gmbr area skudai air naik... bebaik ko...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yee Ret, nasib baik tempat aku ni ok..
      Now Kota Tinggi teruk tu banjir..

      Delete
  6. Belum tercapai pergi Legoland. Doalah covid makin turun sbb selagi kes tinggi suami dok hadap report covid n cuti beku huwaaaa. Nak cuti. Nak balik kampung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sian ko Ena.. takpe Ena, berkorban demi negara kan Suamimu..
      Kita doa bebanyak, moga semuanya akan reda..

      Delete
  7. Replies
    1. Hahahaha kan Kak hahahaha.. lawak 2021 gagagagaa

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.