AKHIRNYA DAPAT JUGA AKU BELI OWL DIFFUSER YOUNG LIVING NI


AKHIRNYA DAPAT JUGA AKU BELI OWL DIFFUSER YOUNG LIVING NI | Alhamdulilah, akhirnya dapat juga Sis beli dan dapatkan Owl Diffuser Young Living ni. Cute kan?. Lama gilerr ngidam, selalu perhatikan aje kawan-kawan beli dan tunjuk. Sebab tahu harganya mahal, takat income surirumah ni memang fikir dua tiga kali laaa nak belinya. Bukan lokek ke apa, tapi ada benda lain yang nak di dulukan keinginannya.

Ikutkan kalau minta kat Suami, dia okay aje, boleh jer dia bagi duit tambahan jika benda tu boleh membantu untuk kesihatan diri. Tapi sebab malas nak menerangkan satu persatu, so Sis tunggu aje laa kotlah nanti one day ada rezeki, nak beli guna duit sendiri aja, dan yakin pasti dapat beli..

Dan akhirnya, syukurlah, dapat juga membelinya. Yaa sejak dari tahun lepas hinggalah permulaan Januari, rezeki menulis blog tak putus-putus, walau tak berapa banyak jumlahnya, at least ada ler buat tambah-tambah duit poket sendiri selain Suami beri. 

Dan kebetulan juga adsense pun memberi respon yang sangat memuaskan bulan lepas, sampai dapat cashout, so rezekinya ada, makanya laaa Sis nekad untuk rewardkan diri membeli sesuatu bulan ni dengan membeli Owl Diffuser Young Living ni. 

Akhirnya Dapat Juga Aku Beli Owl Diffuser Young Living Ni

Sis beli ni ketika Young Living tengah adakan harga promosi. Ketika tu jika korang beli Owl Diffuser ni, korang juga akan dapat sebotol kecil Young Living Essential Oils bersaiz 15ml. Tapi kalau korang nak tau, Young Living Essential Oils ni ada banyak bauan dan ada pelbagai khasiat setiap satu dan banyak kebaikannya. Salah satunya yang Sis dapat ni, Pure Lavender Oils. 

Lavender mempunyai aroma manis, herbal bunga segar yang menenangkan dan menyegarkan. Ia adalah minyak pati yang paling versatil, dan kebanyakkan rumah suka meletakkan bauan Lavender di segenap ruang. Dan Lavender juga di katagorikan dalan status tertinggi untuk kulit dan kecantikan.

Kadang-kadang sesekali Sis tengok harga sebotol kecil Young Living Essential Oils tu, kus semangat, agak mahal juga oiii... tak rasa mampu nak membeli dan mengumpulnya. Kecuali jika korang masuk ahli mungkin dapat murah harganya kot. Tapi bila baca satu persatu kebaikkan dan manfaatnya, tak salah lebur sikit duit untuk dapatkannya kan.. 

Akhirnya Dapat Juga Aku Beli Owl Diffuser Young Living Ni

Kalau sebelum ni, Sis hanya guna diffuser biasa aje yang Sis beli di Shopee tu. Dan minyaknya pun Sis beli yang biasa-biasa aja. Tapi bila dah mula pertama kali guna dan ON Owl Diffuser Young Living ni beserta titisan Essentiol Oilsnya, waduh!... Sis suka sangat!!.. 

Siap ada bunyi-bunyi, dan yang bestnya boleh bertukar warna hanya menekan kaki Owl tu hahahaha.. cute sangat kan!!

Kebaikan Diffuser Young Living:
  • Bukan sahaja menikmati aroma tapi juga kebaikan khasiat pati minyak yg di-diffuse dengan menukarkan minyak EO kepada zarah-zarah halus ke udara
  • Material plastik yang khas untuk tahan YLEO yang tersangat concentrated sebab PURE yang mampu melarutkan petrochemical jika guna plastik kualiti rendah
  • Berfungsi sebagai Penyegar Udara dari anasir-anasir yang tak nampak di mata kasar 
  • Boleh ganti penghalau nyamuk untuk menghalau nyamuk dengan meng-diffuse Lemongrass (serai) atau minyak-minyak yang sefungsi dengannya

Haa baguskan?.. Korang dah ada? Kalau belum ada boleh dapatkan dengan agen-agen sah keahlian sekitar korang, atau korang juga boleh dapatkannya khidmat nasihat dengan rakan yang rekemenkan Young Living ni dengan Sis, dan Sis juga beli dengannya yaitu Mawardi Yunus

Untuk beli Essential Oil atau berminat untuk mendaftar ahli Young Living, korang boleh klik link whatsapp berikut : https://wa.link/8qaj6x

Jom kita berasap-asap hahahaha.. 


P/S: Sekarang nak tidur pun Suami tanya, 'Tak ON burung hantu ke?' hahahaha :p 

26 comments:

  1. Happy oiling sis... Semoga murah rezeki dan sentiasa diberi kesihatan yang baik.. :)

    ReplyDelete
  2. Laaaa ko nak ke?
    Kalau tau, ako belikan aritu... ako dapat harga offer...
    nanti bgtau minyak dia apa yg ko xde

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waaaa.. nakk Ret.. nanti aku bagitau ko ea.. hehehehe

      Delete
  3. saya nak owl ni tapi mak tak kasi..jadi beli yang biasa tu je..
    comel kan ni main tekan2 kat kaki dia.. saya pun menabong stengah tahun nk join..
    dok tngk dlu kawan2 beli hehe..

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah sislin dapat pwl diffuser tu. mesti tidur pon tersenyum je sambil diperhatikan owl yang comel tu.
    saya pakai narinar.

    ReplyDelete
  5. Alah cute nya. Dah lama juga berhajat. Kawan-kawan PC yang guna YL ni memang masing-masing sungguh-sungguh menabung.

    ReplyDelete
  6. Whoaaa.. teringin pulak bila tengok dia bertukar warna pinkk! Banyak jugak kelebihannya ekk... Berguna jugak ni.. leh try

    ReplyDelete
  7. Best kan owl ni. Letak kat mana pun comel. Ada bunyi2 lagi.

    ReplyDelete
  8. while, me still saving money for it ! huhuhuh

    ReplyDelete
  9. suami pun duk berkira kira nak beli benda ni.. tengok la dia wat balik ke tak nanti. hehehe

    ReplyDelete
  10. Ramai kawan-kawan saya guna Young Living. Ada juga yang jadi pengedar / agen produk ni. Maknanya produk ni bagus la kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Baizura, ramai dah mencuba dan kata baguslah Sis pun mencubanya.. alhamdulilah ada rezeki dapat membelinya..

      Delete
  11. memang best pakai ni.Kita pun guna tapi bukan owl ni la..Suka bau peppermint dengan lavender..tak rugi lebur duit kat sini

    ReplyDelete
  12. tak ada lagi young living ni sebab tak mampu la nak beli. Tahniah kak lin dah berjaya cashout duit adsense and reward diri sendiri :)

    ReplyDelete
  13. aduhh memang wishlist ni tapi bajet belum cantik haha eo young living memang best walaupun harga keras

    ReplyDelete
  14. Wahh bestnye kita lom mampu lg. Hehe.. Berkenan jugak tengok. Jiran sebelah pakai memang wangi betol masuk rumah die.

    ReplyDelete
  15. Disamping untuk kesihatan, nampak gaya pengikat kasih sayang juanye. Hehe. Rawlins masih menabung nie. Tak sabar gak hehehe

    ReplyDelete
  16. Mmg bagus produk ni.. sebab ramai yg dah guna mmg sangat puas hati.. nantila Kita pun nak beli juga

    ReplyDelete
  17. Best kan ada owl YL ni. saya pun guna owl kalau nak relaks sebab ada lullaby yang best. kalau tak guna desert mist :)

    ReplyDelete
  18. Ramai yang bagi positive feedback tentang YL ni kan.. Berminat juga nak dapatkan satu juga la nanti...

    ReplyDelete
  19. Antara kebaikan lavender essential oil ni ialah membantu mereka yg susah tidur.

    ReplyDelete
  20. Memang wajib beli ke burung hantu ni hehehe kadang-kadang kita tengok comel juga hehehe tapi harga boleh tahan kita nak tunggu ia murah sikit lah wakakakkakak..

    ReplyDelete
  21. not only is this effective in diffusing your favourite essential oil, the design is exceptionally beautiful and attractive as well. i think it makes a really good birthday or housewarming gift!

    ReplyDelete
  22. The Owl diffuser is so cute! Mesti nice to use with essential oil. I wish to have one too to help me sleep better

    ReplyDelete
  23. Ros pun baru terjebak. lepas tengok kakak pakai. beli yang dessert mist tu. awal-awal dapat, dok main tekan lampu dia. hihi. moga serasi dengan ros..

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.