TOURISM MALAYSIA MELANCARKAN KEMPEN DISKAUN HEBAT CUTI-CUTI MALAYSIA 'SANTAI DI ZOO'


TOURISM MALAYSIA MELANCARKAN KEMPEN DISKAUN HEBAT CUTI-CUTI MALAYSIA 'SANTAI DI ZOO' | Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) menerusi agensinya Tourism Malaysia pada hari ini melancarkan Kempen Stimulus Cuti-Cuti Malaysia “Santai di Zoo” bagi menggalakkan rakyat Malaysia untuk mengunjungi zoo-zoo di Malaysia di bawah Pelan Pemulihan Pelancongan melalui Pakej Ransangan Ekonomi (PRE). 

Kempen ini merupakan program kerjasama dengan Zoo Negara, Zoo Melaka dan Zoo Taiping & Night Safari yang menawarkan potongan harga istimewa untuk tiket masuk. Bermula pada hari ini sehingga 31 Mac 2021, Program Stimulus Cuti-Cuti Malaysia “Santai di Zoo” ini merupakan inisiatif Kerajaan untuk merancakkan semula ekonomi negara melalui penglibatan penggiat-penggiat industri pelancongan.

TOURISM MALAYSIA Melancarkan Kempen Diskaun Hebat CUTI-CUTI MALAYSIA “SANTAI DI ZOO”

Zoo Negara - #Chill @ Zoo Negara

Sebanyak 40% diskaun diberikan bagi harga tiket masuk dewasa dan kanak-kanak ke Zoo Negara. Lebih 16,000 tiket ditawarkan bermula 1 Januari 2021 dengan pembelian secara atas talian melalui platform e-dagang Shopee. 

Antara program lain yang ditawarkan oleh Zoo Negara termasuk Zoo Walk 2021, program sukarelawan zoo KeeperKu, pakej Cikgu Kancil untuk lawatan sekolah yang merangkumi 13 program pendidikan, program santai sambil bermalam di zoo iaitu Zoo Camp, program menguji minda dan mencari harta karun iaitu Zoo Hunt, Hari Bumi, Hari Kesedaran Orangutan, Karnival Hari Kanak-Kanak Sedunia, aktiviti memancing, pakej hari keluarga, pakej hari lahir dan sebagainya. 

Untuk maklumat lanjut, layari www.zoonegaramalaysia.my atau laman media sosial rasmi Zoo Negara iaitu @zoonegara_malaysia (Instagram) dan @znegaramalaysia (Facebook).

Zoo Melaka – Jom-Jom Zoo Melaka

Diskaun 30% ditawarkan bagi tiket masuk dewasa dan kanak-kanak kepada lebih 20,000 pengunjung pertama yang melawat Zoo Melaka bermula 1 Januari 2021 dengan pembelian secara online di laman web Zoo Melaka www.zoomelaka.gov.my. 

Tarikan baru di sini termasuk Dinosaur Encounter & Animal Interaction dan Flying Monkey (zipline pertama di zoo). Zoo Melaka juga turut menawarkan pelbagai program berbentuk pendidikan seperti Zoolunteer, Zoo Troopers dan Zoomanji.

TOURISM MALAYSIA Melancarkan Kempen Diskaun Hebat CUTI-CUTI MALAYSIA “SANTAI DI ZOO”

TOURISM MALAYSIA Melancarkan Kempen Diskaun Hebat CUTI-CUTI MALAYSIA “SANTAI DI ZOO”

Zoo Taiping & Night Safari – Night Safari, Taiping Weekday Special

Lebih 30,000 pengunjung pertama yang melawat Night Safari, Taiping akan menikmati diskaun 30% bagi harga tiket masuk dewasa & kanak-kanak bermula 1 Januari 2021. Pembelian boleh dibuat melalui kaunter jualan tiket masuk di Zoo Taiping & Night Safari (ZTNS) dan sah untuk penggunaan pada hari Isnin hingga Jumaat sahaja. Para pengunjung ke ZTNS juga berpeluang untuk membeli pakej-pakej lain yang ditawarkan seperti Pakej Edu-Fun & Learn 1 dan Pakej Khidmat Masyarakat Khas, Special Zoo Ranger Tours. 

Antara haiwan baharu yang boleh dilihat di Zoo Taiping termasuk Burung Merak Hijau, Nyala, Burung Punai Gading, Burung Punai Tanah, Egyptian Goose dan banyak lagi. ZTNS juga bakal mempamerkan haiwan-haiwan seperti Hyena, Eland, Impala, dan Yellow-Headed Water Monitor Lizard.

TOURISM MALAYSIA Melancarkan Kempen Diskaun Hebat CUTI-CUTI MALAYSIA “SANTAI DI ZOO”

Tawaran Esklusif

Tawaran istimewa ini adalah tertakluk kepada terma dan syarat ‘first come first serve basis’. Melalui kempen ini, jumlah keseluruhan tiket yang ditawarkan adalah lebih 70,000 tiket. Tourism Malaysia memanggil semua rakyat Malaysia untuk merebut peluang ini dan menggalakkan rakyat Malaysia meluangkan masa bersama keluarga dengan menikmati keunikan khazanah hidupan liar serta meneroka keindahan zoo-zoo di Malaysia. 

Kempen ini juga diharap akan dapat memupuk minat, kesedaran serta rasa kecintaan orang ramai kepada keindahan alam semula jadi di dalam negara.

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang Tourism Malaysia www.malaysia.travel.


P/S: Jom-jom ke ZOO Johor juga.. dulu hingga kini bayaran masuk hanya RM2 dewasa dan RM1 kanak-Kanak je ko hahahaha.. 

16 comments:

  1. wah bestnya.. mama mmg suka pergi zoo.. baru tau pasal tawaran ni

    ReplyDelete
  2. Laaaaa ok pasni leh grab zoo melaka plk😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn Zoo Taiping tu pun menarik gak kannn

      Delete
  3. menarik! lepas ni boleh pi zoo taiping..lama pn xpi sana..pdhal dekat ajer dgn rumah ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi Zoo pun bawa bebudak seronok, kadang layan sengsorang pun best hehehehe

      Delete
  4. wah bestnya kempen ni. banyak promosi menarik, boleh juga membantu pihak zoo :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yee Tiara, ramai tak tau, Zoo pun buat diskaun juga...

      Delete
  5. Teringin nak bawa anak pergi night safari tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jomm Faizzah, harga menarik tu, tunggu habis PKP...

      Delete
  6. Replies
    1. Kalau anak sedara Sis ni paling suka laa kalau nengok dinasour ni...

      Delete
  7. kak ana ada plan nak pi gak nak support haiwan kat sana sian kan kekurangan dana :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jomm Kak, kita sama -sama juga support Zoo Malaysia kita...

      Delete
  8. best jugak ni..aku kalo dah teringin, memang boleh jadi pergi zoo sorang2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Habis PKO, jom kita ke Zoo Melaka yokkk hehehehe

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.