SIAPA KATA TIME PKP TAK BOLEH MAKAN MENU HOTEL?


SIAPA KATA TIME PKP TAK BOLEH MAKAN MENU HOTEL? | Haaa siapalah yang kata tu kan? Setahu Sis sepanjang PKP ni, kalau makan duduk di Cafe Hotel yee memang tak boleh, tapi kalau korang walk-in tapau/takeaway atau delivery ke rumah sahaja ye boleh, itu dibernarkan sepanjang PKP ni. Agak-agak rindu dengan masakan dan menu hotel-hotel pilihan korang, haaa cari aje laaa di laman sosial mereka, pasti ada sajian takeaway dan delivery mereka.

Termasuk juga di Cafe BLD at Renaissance Johor Bahru Hotel ni. Sis baru-baru ni amik kesempatan juga tutup dapo cuti memasak, keluar rumah dan walk-in takeaway menu-menunya secara drive-thru ke hotelnya. Yaaa drive-thru aje, sebelum datang, korang maklumkan jam berapa nak mengambilnya kepada mereka, then datang, tunggu dalam kereta, siap aje menu korang, mereka hulur, korang amik dan terus jalan. Itu SOP yang ditetapkan. 

Tapi pastikan jarak pengambilan ke hotel tu dalam lingkungan 10km aja yaa dari tempat korang. Sebab kita di benarkan keluar berurusan dalam radius jarak 10km sahaja. Haaa kang tak memasal kena tahan dek polis kang..Setakat ni Sis tau kawan-kawan kata di Jambatan Permas tu ada roadblock. So korang hati-hati ya. 

Siapa Kata Time PKP Ni Tak Boleh Makan Menu Hotel?

Siapa Kata Time PKP Ni Tak Boleh Makan Menu Hotel?

Kesemua menu yang di jual sangat berbaloi, baik dari segi harga dan juga portion dia. Tapi hanya menu a-ala carte sahaja, berharga serendah RM20nett beserta sebotol minuman. Menu-menunya pun ada banyak pilihan dalam 4 selection. 
  1. Western Selection
  2. Noodles Selection
  3. Rice Selection
  4. Appetiser & Sandwiches Selection

Dan setiap selection tu ada pelbagai jenis menu. Masa nak memilih pun kemain pening kepala anak-anak hahahaha, semuanya nampak sedap aje menunya. Tapi kami amik yang rasa teringin nak makana aja. Lagipun 4 pilihan menu yang Sis amik ni adalah pilihan kesukaan ramai. Dan ternyata Sis tak salah memilih.

Jom nengok apa yang Sis dan anak-anak pilih untuk menu takeaway dari  Cafe BLD at Renaissance Johor Bahru Hotel. 

Siapa Kata Time PKP Ni Tak Boleh Makan Menu Hotel?

Pizza Medley Seafood 
(Western Selection)

Siapa Kata Time PKP Ni Tak Boleh Makan Menu Hotel?

Penang Fried Char Kway Teow
(Noodles Selection)

Siapa Kata Time PKP Ni Tak Boleh Makan Menu Hotel?

SzeChuan Kung Pao Chicken Rice 
(Rice Selection) 

Siapa Kata Time PKP Ni Tak Boleh Makan Menu Hotel?

Beef Cheese Burger 
(Western Selection)

Siapa Kata Time PKP Ni Tak Boleh Makan Menu Hotel?

Siapa Kata Time PKP Ni Tak Boleh Makan Menu Hotel?

Tortilla Chicken Wrap & Fresh Salads
(Appetiser & Sandwiches Selection)


Dan menu Penang Char Kway Teow dan Pizza dia jadi kesukaan anak-anak! Berebut anak-anak makan..Nak lagi sedap, sampai rumah korang hidang dan panaskan, atau korang terus panaskan dalam bekas makanan yang disajikan tu. Lagi mudah. Tapi Sis lebih suka hidang, feel makan kat rumah lebih syokkk.. 

Korang kalau rasa nak mencubanya, boleh contact nombor di bawah untuk pre-order sekurangnya sehari sebelum takeaway atau 3 jam sebelum waktu pengambilan. 

Untuk lihat kesemua menunya, korang klik SINI . Dan untuk tempahan, korang boleh contact details di bawah ni okay. 

Cafe BLD : +6073813322

Di buka SETIAP HARI bermula jam 11am to 8pm. 


P/S: Rasa macam bulan Ramadhan laa pulak bila takeaway makanan gini huhuhu.. apakah kita berpuasa dalam keadaan PKP lagi? Hurmmm...

25 comments:

  1. Would love to try the Pizza Medley Seafood and the fried char kueh teow. Just look at the huge succulent pranws. OMG! So yeah we can still enjoy hotel food during this MCO period. Will save this.

    ReplyDelete
  2. sedapnya..skarang senang je..order online kan

    ReplyDelete
  3. menu dan masakan di cafe bdl tak pernah menghampakan

    ReplyDelete
  4. Bagusnyaaa dorang ada buat take away macam ni.. Wahhhh

    ReplyDelete
  5. sekali sekala cuba macam ni sedap jugak kan. :)

    ReplyDelete
  6. awat semua nampak sedap. dah la malam2 ni jauh plak tu mana nak cari. kakau delivery kl agak2 boleh tak? hahahah

    ReplyDelete
  7. Da hampir setahun dah kita berPKP ya. Nampak gayanya mmg mcm inilah utk tahun2 berikutnya. Ye nak mkn sedap orderkan aje. Selalu tk rajin juga pi hotel. Mengidam lak tgk Pizza Medley tu!

    ReplyDelete
  8. Sedapnya tengok menu2 yang order tu. Kalau dekat yanie nak jugak try. Lama rasa tak makan makanan hotel. Yang pasti harga berpatutan.

    ReplyDelete
  9. Rawlins hari ini pun order dari hotel gak - tetiba teringin kan. And kita pun boleh membantu bisnes tempatan sebegini kan

    ReplyDelete
  10. wah sedap2 ya menu ya. kalau makan tiap2 hari ni, mau tak gemuk hehe. sekarang pun sya tengah diet, tapi sekali skala order menu hotel apa salahnya :)

    ReplyDelete
  11. Kenapa best2 sangat mknn kat Johor ni? Kita yg kt KL ni mampu tengok je la..

    ReplyDelete
  12. Betul tu..rindu hotel.order jer makanan dr sana. Semua makanan yv ditawarkan mmg best dan puas hati

    ReplyDelete
  13. itu lah...macam bakal puasa dalam pkp aje ni kan...bertabah lah ya semua..pizza dan kueyteow tu memang nampak sedap sis!

    ReplyDelete
  14. menawan betul hidangan dia. Bolehlah lepas rindu makan makanan hotel.

    ReplyDelete
  15. i love this! being able to enjoy good food cooked by professional chefs will definitely make mco so much easier and more enjoyable at home. wah the pizzas look so delicious!

    ReplyDelete
  16. senangnya! kenapalah hotel dekat area KL tak banyak buat macam ni. padahal cara camni sangat membantu dorang untuk naikkan pengunjung dan pembeli. sedap tak sis pizza tu

    ReplyDelete
  17. bagus juga banyak pilihan dan harga pun taklah mahal sangat.. puas hati kalau dapat makanan sedap.. berbaloi kita bayar

    ReplyDelete
  18. Masakan hotel mmg sedap sbb tgk hotel2 chef dorang mmg hebat, tgk menu2 dia pun dah tergoda, kita kl xblhlah nk mengordernya

    ReplyDelete
  19. semua nampak sedapppppppp.. terliur tengok !! hee~ nasib jauh kalau tak mau juga seorang atie yang tak berapa pandai ni drive thru..

    ReplyDelete
  20. Nampak Sedap sekali kuey teow nya.. If ada dekat JB sure dah order ni. Skrg banyak guna service food delivery 😊

    ReplyDelete
  21. take away is the best method.. hehehe

    ReplyDelete
  22. Uiks menggoda semua makanan dia. Tu la pkp ni walaucamne pun aktiviti makan harus diteruskan hahahah...kite order je la

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.