GARA-GARA TENGOK IG SHUIB, AKU PUN BELILAH BUBBLEBEE


GARA-GARA TENGOK IG SHUIB, AKU PUN BELILAH BUBBLEBEE | JUJURNYA Sis nak bagitau, inilah pertama kali Sis beli dan mencuba Bubblebee Shuib ni. 'Sweet, as Your Smile' katanya, but 'not my taste'... Maaf yaa, ini pengakuan penulisan jujur Sis, Sis sebagai pelanggan, so Sis beli dan Sis cuba, tekak memasing, bagi Sis, sedap itu subjektif, tapi bila dah rasa dan mencubanya, ermmm bukan pilihan tekak Sis. 

Dah le pertama kali nak cuba, kata orang sedap, aiskrim yogurtnya rasa vanila, dan kalau nak beli, beli yang signature dia tu lagi sedap, walau harganya boleh tahan mahal, tapi entah... semalam beli 3 bekas, semuanya suku aje habisnya. Makan dua tiga suap jer. Anak-anak yang gemor minum minuman jenis gini, pun taknak..

Lagi si Yana tu, orang yang tak minum susu, sekali dia suap makan aiskrim yogurt dalam Bubblebee tu, terus muntah macam orang haper hahahahaha... rasa susu sesaja oiii.. takde langsung yang kata rasa vanilla ke apa ke... ke memang rasanya macamtu ek???... 

Gara-Gara Tengok IG Shuib, Aku Pun Belilah BubbleBee

Gara-Gara Tengok IG Shuib, Aku Pun Belilah BubbleBee

Tak kisahlah korang nak kata apa, Sis sedia terima komen korang, tapi Sis menulis setelah Sis mencubanya. Kena jujur dengan apa yang kita makan, jangan ingat dia artis, kita nak puji melambung. Tekak memasing kan, so ini pengakuan tekak Sis. 

Atau mungkin juga tekak Sis tak kena dengan rasanya, atau ko nak kata Sis ni 'jakun' ke 'kolot' ke, takpe.. Sis terima, tapi memang anak-anak dan Sis boleh kata 'not my taste'... 

Semalam Sis beli 3 bekas, Golden Series Ice Cream (2), dan juga Honey Ice Cream (1).. yang di katakan 'popular' dalam Foodpanda tu, dan kebetulan semalam di Foodpanda ada diskaun, so total semua hanya RM35.34 aje.. Sis beli di cawangan Bubblebee Masai, Johor.

Gara-Gara Tengok IG Shuib, Aku Pun Belilah BubbleBee

Gara-Gara Tengok IG Shuib, Aku Pun Belilah BubbleBee

Anak bujang Sis pernah dah rasa katanya, tapi semalam siap cakap; 'Eh kenapa rasa dia lain ek?, tak sama macam mula makan'.. Sis pulak memang tak pernah rasa dan mencuba, so memang tak tau laa rasa apa sebenarnya tu yang lain.. Kata anak bujang aiskrim dia lain gilerr rasa, rasa susu bukan rasa vanilla... erkkkkk..

Dah bila makan tu, dua tiga suap, semua letak atas meja tak nak makan, adoiiii bazirrrr okay... Yang Sis pulak, memang dah rasa susu gitu, lama-lama muak gilerrrr... sampai tak boleh nak habiskan.. last-last buang aje semua masuk tong..

Cuma satu boleh puji, kepingan jagung dalam tu Sis suka, walau hanya 'cornflakes' hahahaha.. adeiiii yang kepingan madu tu, anak bujang bedal, tu je dia makan, tapi aiskrim dia semua taknak.. ermmmm.. 

Entahlah, susah nak cakap, sebab Sis pertama kali cuba, tak tau sebenarnya rasa apa.. atau memang bukan pilihan tekak Sis, macam tu laa.. tapi anak bujang dah pernah cuba, so memang dia kata yang ni lain rasa, tak sama macam pertama dulu dia cuba, ermmmmm... Yana? Terus taknakk, tobatttt... 

So korang yang dah pernah cuba, macam mana? Atau memang korang suka akan rasanya?,. . Mungkin di luar sana beribu-ribu berjuta-juta pembeli memang sukakannya..but sorry, for me, 'not my taste'... Ni sebab gara-gara tengok IG Shuib, aku pun belilah Bubblebee, tapi mengecewakan pertama kali mencubanya... Maaf ya..


P/S: Yana kata semalam, baik beli burger lagi kenyang, hampeh betuiii ayat hahahahah...

10 comments:

  1. Hahahaha ako mcm ko juga.. Sekali je try masa memula dia buka branch kt area rumah.. Nk try sgt kan sbb ms tu free lagi hhaha pastu x try dah

    ReplyDelete
  2. PC memang belum pernah rasa Sis. In sya Allah mana tahu satu masa tergerak nak mencuba boleh kongsi kat blog.

    ReplyDelete
  3. Rawlins tak pernah lagi try nie sebab tiap kali nak pergi panjang bebeno barisnya. Maka tunggu la lapang sikit nak try. Nak try je. At least boleh jawab pernah rasa kan

    ReplyDelete
  4. Tak sempat lagi nak cuba walaupun dah lama teringin nak try. Dari awal² ia diperkenalkan dekat KB sampai sekarang. In Shaa Allah, lepas ni kot

    ReplyDelete
  5. Marsha pernah try air dia je. Rasa boleh tahan juga. Aiskrim belum try lagi.

    ReplyDelete
  6. Kak ni menu kayangan. Hahaha. Ruby rasa dihantui juga dengan update akak dua tiga hari ni. Rasa nak beli. Pi order online. Pastu teringat kat akak. Tak jadi beli. Wakakakaka. Tapi serius tergoda kan tengok org review. Wuwuwuwu.

    ReplyDelete
  7. belom pernah cuba lagipun. haha

    dah la datang lepas baca entry orang kita malas baca. Haha

    memang idok ler. Ambe rajin baca. Hehe

    ReplyDelete
  8. tgk entri ni.. tiba2 rasa nak makan hahahah..mmg sedapkan heheh..suka yang toffee ...golden series pun sedap juga

    ReplyDelete
  9. oh I love this healthy and yummy dessert! I really wish to buy for my fam to enjoy together. Hope there is one store near me la

    ReplyDelete
  10. Finally sis..beli ehh..Tak manis sangat kerrrr haritu punya?? Saya makan masa memula bukak dulu... sodap! Lama tak beli . Nanti try lagik.. tengok cemana.. sekarang ramai lagi.. Malas beratoq.. Tapi haritu saya makan dengan cara gaul semua.. sekali dengan madu... ngam sikit.. hoho.. Kalau aiskrim dah x sedap, lainlah rasanya kot tuuuuu

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.