ORANG KITA NI MALAS MEMBACA EK?


ORANG KITA NI MALAS MEMBACA EK? | NAK kata tak reti baca, ada pulak facebook, ada instagram, boleh bukak dan baca blog orang, tapi dah kenapalah masih lagi nak PM nak DM dan ada certain tu whatsapp lagi personal bertanyakan harga dan details posting/iklan tu..

Kadang tu tak faham betul apa yang dia tak faham entah sampai dua tiga kali nak PM dan DM kita tanya. Dah terpampang dah tu tulis harga dan nombor contact kalau nak bertanya dan menjawab persoalan, ehhhh lagi dia tanya kita. 

Dan lagi satu, kalau tanya tu memang nak bertanya soalan berkaitan takpe, ni siap pulak ada yang tanya 'Memang betul sedap ke?'.. tak ke benghong namanya.. dah nama pun perkongsian dan 'review' so ikutlah apa yang Sis nak tulis dan cerita kan, kalau sedap, memang Sis kata sedap, kalau tak sedap, memang Sis tulis apa kurangnya.. kalau nak tau sedap ke tak, cubalah sendiri.. susah sangat yee nak faham.. 

Orang Kita Ni Malas Membaca Ek?

Dilema sungguh jadi seorang blogger yang buat posting review makan gini ekk.. ke Sis ko je yang sorang rasa gini?.. tapi jujurnya serius cakap, Sis tak suka laaa nak update 'membodek' memana pihak, kalau benar apa yang Sis makan tu okay, sedap dan berbaloi, memang Sis akan tulis okay.. tapi jika agak mengecewakan atau ada certain yang tidak kena dengan tekak Sis, Sis akan tulis apa yang kurangnya.. 

Bagi mereka yang selalu baca blog Sis, mereka tau laa.. Bukan tulis di sini jer, kadang kalau ada PR memana hotel atau cafe yang bertanyakan hal yang sama pada Sis mengenai makanan atau menu mereka, Sis jawab jujur.. jangan sampai nanti, pelanggan mereka beli jadi 'indah khabar dari rupa'... yang jadi serba salahnya kita ni, sebab kita promo jualan mereka.. so sekurangnya kita komen negetif tu, mereka perbaiki untuk jadikan lebih baik.. faham tak?.. 

Sebab tu Sis kata, orang kita malas membaca ek? Sebab bila dah faham apa kita tulis, tak payah nak PM dan DM kita tanya benda yang sama, nak tau lebih lanjut, nak tau sedap ke tidak, contact dan beli terus, cuba sendiri, haaaa itu jam baru boleh ko komen..

Biasa Sis update details semua Sis letak, dari no phone, list menu, harga dan nombor untuk di hubungi dan buat tempahan, tapi pun masih nak tanya hahahaha.. kalau bertanya soalan yang sepatutnya takpe, ni tanya 'Betul ke sedap?'.. hurmmm ...

Sedap itu subjektif, lain tekak lain citarasanya. Mungkin sedap bagi Sis, tapi tidak bagi korang. Dan maybe sedap pada korang, but 'not my taste'.. sekian.. 


P/S: Korang yang 'blogger' ada rasa macam apa Sis rasa?... 

6 comments:

  1. mungkin diorang nak bermanja dengan sis haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi, yg ni lawak, betoi tu sis, nk bermnja kot..
      Tpi kdg2 geram jugak, dah tulis detail pun dok tanya 2 3 kali, letih nk mnjawabnyer..

      Delete
  2. Sis.. Kita pm tepi la sedap ke x, bole? :p

    ReplyDelete
  3. Sejujurnyaaa... mereka cuma tengok gambar. hahahaa

    ReplyDelete
  4. Sama ler.. dapat jugak.. normal.. tapi kita jawab sehabis baikk.. hahahaa

    ReplyDelete
  5. tu la susah sungguh la kalau malas membaca ni :(

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.