IKAN MERAH MASAK DUA RASA


IKAN MERAH MASAK DUA RASA | AMEKKAW sekali masak sampai dua ekor dua rasa Sis hidangkan. Masing-masing tak sepakatkan bila di tanya nak masak apa ikan merah tu, so fikir punya fikir, haaa Sis pun buat ikan merah masak dua rasa hehehe.. Dua rasa tu maksudnya, dua ekor ikan Sis masak berlainan rasa. Bijak tak Emaknya hahahaha.. 

Semalam bila tanya Suami, katanya nak ikan masak ala berlado, kira sambal cili merah laa tu, tapi bila tanya anak-anak, mereka nak masak sambal sos Thai, nak masam-masam sikit guna cili hijau, ermmmmm.. kemain ek memasing order, habis Emak? Hahahah Emak makan lerr dua dua rasa tu, lagi berbaloi hehehehe.. 

Ikan merah tu Sis dan Suami beli di Pasar Nelayan Ahad lepas, dapat tiga ekor ikan merahnya, elok sangat, besar pun besar. Yang sekor Sis dah masak stim nyonya malam Ahad tu, yang lagi dua ekor ni laa Sis masak malam semalam. Dalam pada kesedihan dengan perkhabaran kematian Siti Sarah semalam, agak lewat juga Sis masak, kami dinner berjemaah dalam jam 8.45pm menunggu Suami pulang kerja. 

Ikan Merah Masak Dua Rasa

Yang ini Ikan Merah Sambal Berlado cili merah.. permintaan Suami. Entah kenapa semalam masak, perghhh kemain sedap, sampai licin tulang ikan pun tak nampak tinggal hahahaha.. gitulah kalau masak penuh dengan kasih sayang kan? Campak-campak pun sedap hehehehe..

Kena pulak ikannya fresh, memanglah sedap. Bila dah masak, makan pepanas, dengan nasinya pun panas, perghhh diam seketika semua di meja makan, Suami makan bertambah lagi.. tak ingat tengah diet letewww hahahaha.. 

Ikan Merah Masak Dua Rasa

Dan yang ini Ikan Merah Sos Thai untuk anak-anak. Pedas-pedas masam gitu rasa dia.. tapi ada rasa manis sedikit. Yang ini pun boleh sedap juga Sis masak semalam, hahahahaha puji diri sendiri.. Tapi betul... semalam masak hanya lauk ikan merah ni dua ekor dan juga sayur lobak putih masak bening, tapi yang geramnya, semua tak makan sayur, eeeeee...

Masak sebatang lobak, Sis aje sorang yang makan dan meratah. Memasing kata taknak, semua makan ikan aje.. tau tak makan sayur, tak payah masak sayur semalam.... ermmmm.. 

Mula nak goreng telur dadar gak, bila dah siap semua, memasing kata tak payah, so simpan baliklah empat biji telur tu hehehehe.. senangkan kalau jenis makan tak cerewet. Kami anak beranak makan memang seadanya makan, kalau ada permintaan nak masak apa, Sis cuba tunaikan.. tapi ikutlah lauk dan bahan apa yang ada stok, time sekarang ni, nak ke kedai pun malas... 

Alhamdulilah, harini hari cuti, Suami kata tak payah masak, so OFFday laaa kita hehehehe.. Tapi nak makan apa ek? Hurmmm... 


P/S: Tekak teringin betul nak makan burger Woodfire tu adeiii kecurrr oiii.. 

2 comments:

  1. Hari ini pn is3 masak ikan merah gulai asam

    ReplyDelete
  2. Baca tajuk ingatkan ikan merah masak 2 rasa macam 3 rasa tu. nak tahu jugak rasa dua tu. Rupanya masak lain lain. 2 menu gitu. Sedap dua dua rasa tu. Ikan merah goreng garing pun dah sedap.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.