IKAN BAKAR SIAKAP PALING MUDAH DI MASAK DAN SEDAP


IKAN BAKAR SIAKAP PALING MUDAH DI MASAK DAN SEDAP | KALAU sebut ikan bakar, inilah menu paling mudah dan sedap jadi pilihan Sis. Nak masaknya pun senang, dan bila makan rasa dari bakar hangus ikan tu, perghh sedap gilerrr.. tak kiralah bakar sendiri ataupun makan di luar. 

Biasanya kalau ikan bakar ni, balik-balik ikan pari, ikan caru, ikan terubuk atau apa aje laa ikan, tapi jarang sekali ikan siakap di bakar, betul tak?.. Tapi kalau rumah Sis, paling laku keras, kalau ikan bakar siakap gini, haaaa sekejap aje boleh licin sekali hadap.

Bila Suami pi mancing aje, kalau dapat ikan siakap besar, Sis akan potong keping-keping dan asingkan. Selain masak lemak cili api, haaa Sis akan bakar macam ni laaa.. korang yang tak pernah cuba, silalah cuba menu ikan bakar siakap paling mudah di masak dan sedap kalau dah tak tau nak masak apa.

Sedap tu, ikutlah pes atau rempah dan juga bahan yang korang guna. Macam Sis, Sis guna aja sama macam rempah masak Ikan Caru Kerutup Sis. Gerenti puashati, sebab sendiri masak sendiri puji hahahahaha... 

Ikan Bakar Siakap Paling Mudah Di Masak Dan Sedap

Sis ni bukanlah 'teror' beno nak masak, sekadar masak nak bagi Suami dan anak-anak makan, insyaAllah kenyang laaa tanpa cirit-birit, dan paling pasti, boleh gemuk hahahaha.. sebab tu kadang kalau nak up kat blog, segan nak tulis resepi, takut kang salah menulis, korang buat tak jadi, nayaaa jerr... 

Maklum laaa Sis masak main campak-campak jerr ko.. sebab tu kalau nak masak, banyaknya resepi pun Sis tiru je memana yang Sis search dalam google, then follow step by stepnya.. pun ada masa tak menjadi gak oiii.. hampeh.. 

That's why lerr kalau masak ni, susah laaa nak tulis bahan sekian sekian berapa banyak berapa ketul berapa gram, adeiiii.. surirumah macam Sis ni, leburr je janji masak.. kadang masak pun ada je tak cukup bahannya, sebab yang makannya untuk family sendiri kan, janji masak dan sedap, ye sudah hehehehe... 

Ikan Bakar Siakap Paling Mudah Di Masak Dan Sedap

Kalau korang nak cuba gak resepi Sis, korang boleh cuba resepinya di SINI okay. Maaflah kalau nanti tak menepati citarasa tekak korang. Untuk Sis, Suami dan anak-anak kata sedap hehehehe.. 

Boleh je guna ikan lain selain siakap, tapi dah ada siakap so kita sebab tu le jadi tajuk ikan bakar siakap hahahaha.. kalau ikan pari, jadi ikan pari bakar..Sis bakar pun dalam pan periuk batu Sis aja. Dan kebetulan masa pi belanja barang dapur ada nampak daun pisang, Sis beli dan simpan, alhamdulilah berguna juga, tak sempat daun pisang tu layu hehehe.. 

Tapi kan... pernah gak Sis bakar ikan guna pes ikan bakar Adabi tu, pun sedap oii.. senang pun senang, bukak pes, sumbat curah dalam ikan, then bakar, siap.. banyak kali juga Sis buat, cuma buat masa ni, mata tak nampak pesnya masa pi belanja, tu yang tak beli.. nanti nak belilah buat sok.. 

Harini nak masak apa ek.. lewat sikitlah sebab tadi pagi dah buat nasi goreng lala.. Korang masak apa harini?.. 


P/S: Syukur alhamdulilah.. harini hati rasa sedikit tenang dan lapang.. terima kasih Allah.. 

3 comments:

  1. Ikan bakar dengan nasi panas dah boleh bertambah dan berselera kalau PC ni Sis. Ya Allah.

    ReplyDelete
  2. Ikan bakar jarang tak sedap. Menyelerakan sungguh ikan siakap di bakar ni. Lagi sedap di bakar bersambal macam ni. Dah habis nasi buat ratah :)

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.