BILA MOOD MALAS DAN LETIH DATANG MELANDA


BILA MOOD MALAS DAN LETIH DATANG MELANDA | ENTAH dari semalam perangai semacam je, tak taulah kenapa, tetiba rasa malasnya laa.. Semalam lepas aje Sis masak Kambing Kurma Beriani pagi tu, memang Sis terus off laptop, Sis naik mengosok baju dan tudung yang baru di cuci, kemudian mengemas katil cadar dan bantal pulak. Punyalah berderet menjemur bantal, tup-tup hujan pulak, ishhhh..

Lepas siap semua, ya rabbi... seolah bantal memanggil melambai-lambai oii.. apalagi terus tidur. Jam dah hampir ke 12pm,  dah nak Zuhur tapi mengantuk dan letihnya macam orang baru lepas angkat berat jeee.. tau-tau terlelap sampai ke jam 2.47pm tersedar.. ko ngase?... 

Bangun terbau orang memasak, jerit dari atas, rupanya Yana yang dah ke dapur memasak.. masa tu tak tau laa dia masak apa.. Memang semalam nyenyak betul tidur, lena terus tak sedar.. 

Terus mandi lagi, dan segarkan diri. Tak boleh jadi ni, Sis tak suka kalau jadi malas gini, tapi bila mood malas dan letih datang melanda, haaa tu yang semalam blog pun update pagi jerr.. lepas dah mandi siap solat semua, turun bawah, anak-anak ajak nengok Netflix, duk ngadap pulak depan tv sampai ke petang.. ingat nak update blog, tapi leka pulak nengok tv hehehehe.. 

Bila Mood Malas Dan Letih Datang Melanda

Sampailah ke malam, gasak nengok tv, last-last tak update pun blog tu hahahaha.. 

Dan pagi ni, alhamdulilah.. mood malas dan letih tu hilang. Bukan boleh di layan mood malas dan letih ni, kang ada satu kerja pun tak siap kan.. Dan pagi tadi sebelum Suami pergi kerja, Suami ajak membeli sarapan, tup-tup buka tingkap, ternampak kemain lawa pelangi depan rumah. Apalagi bergegas Sis keluar nak amik gambar.. 

Ya Allah cantiknya, subhanaAllah... indah ciptaan Tuhan.. betul depan rumah pelangi tu..walaupun hujan renyai-renyai, tapi pelangi tetap cantik warnanya..  Dah duklah sakan Laki Bini tengok pelangi sebelum naik kereta pi beli sarapan hahahaha.. sampaikan jiran depan rumah pun keluar sama tengok.. sangat cantikkkk.. 

Tempat korang ada tak ternampak pelangi?

Lepas sarapan, Suami pi kerja, then Sis pun sambung kerja rumah yang tertunggak semalam. Sekali datang rajin pagi ni mencuci meyental lantai luar rumah. Kerjakan sekali pokok-pokok bunga luar tu, legaa sikit dah siap semua. 

Ni baru duduk update blog dan fikir nak masak apa.. ermmmmm... 
Yana kata nak masak chicken butter gan goreng sayur kangkung belacan. Tapi lupa nak tanya, dia masak ke Sis masak? Hahahahaha.. 


P/S: Bilalah kes nak turun ek... penat dah duk patuh SOP, tapi mereka???, hurmmmmm...

2 comments:

  1. Tak nampak lak pelangi semalam.

    Kan sis? I olls nak jalan2 keluar...

    ReplyDelete
  2. Bila malas or xde cite tu yg sunyi entry blog hahaa nk merayap blog org pun mls kan...

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.