RINDU 'MY BLOG', DUA HARI SIBUK TAK SEMPAT UPDATE BLOG!

RINDU 'MY BLOG', DUA HARI SIBUK TAK SEMPAT UPDATE BLOG! | KALAU sampai dua hari blog Sis takde update, maknanya memang sibuk sangatlah Sis ni. Bukan sibuk apa, sibuk melayan keluarga. Yaa 'Family First', apa-apa kita dulukan hal keluarga, bab blog ni kan minat, so bila free kita update. 

Rabu lepas Suami dah balik Johor, so memang sibuklah Sis mendobi dan uruskan hal rumahtangga. Berturut-turut urusan kami tak selesai membawa hingga ke semalam. Sekali jalan rutin hujung bulan, pergi belanja barang dapur dan segala keperluan anak yang tertangguh. Alhamdulilah semuanya dah selesai. 

Dan harini Sis free sikit, dek sebab Suami turun 'laut', so barulah ada masa nak ON laptop dan menaip ni haa.. kalau tidak, memang tak update blog juga harini, ye laa harini hari Ahad kan, memang hari bercuti. Ni pun belum masak lagi ni, tadi dah buat Nasi Goreng Petai untuk Suami, so perut masih kenyang. 

Anak-anak pun dengan hal memasing, semua dah siap makan sarapan, dan sambung kerja memasing, so memang lewat sikit la Sis masak. Pun tak tau nak masak apa oii hahahaha.. ikan ada, sotong ada, udang ada, ayam ada, daging ada, ketam pun ada, tapi masih no idea nak masak apa.

Rindu 'May Blog', Dua Hari Sibuk Tak Sempat Update Blog

Esok genaplah 14 hari masa bertenang dari date yang Sis amik vaksin Dos 2, so barulah boleh di katakan Sis lengkap vaksin 2 Dos.. alhamdulilah.. tapi bukanlah seronok sangat sampai nak pi Dine-In ke apa ke, tapi sekurangnya Sis tau, antibodi Sis sudah boleh 'kawal' dan mencegah dari penyakit wabak virus Covid19 ni. at least ada perlindungan. 

Dengan keadaan sekarang ni kes makin naik, dan Johor salah satu negeri yang tak kurang kalahnya jadi top-3 tu, adoii kebimbangan nak keluar rumah tu memang 'paranoid' gilerrr okay.. seriau dan sangat was-was. Dan sekarang pun kawan sekeliling, jiran, saudara mara Sis ramai yang +ve.. jadi satu ketakutan bagi diri Sis ni.. 

Tapi tu laaa.. kadang elak macam mana pun, kalau dah Allah kata 'Kun Fa Ya Kun' nak kena tu, kena juga laaa, walau tak tau dapat dan datang dari mana sekalipun.. Redha aje laa kann.. kalau boleh elak, kita elak, selagi boleh cegah, kita cegah.. Paling senang, amiklah vaksin.. 

Nak cakap pasal vaksin ni, panjang lebar, ada kang Sis ko tak masak... sendiri faham sudah laa.. dan ada juga orang, kemain lagi sana sini pukul canang akan bahayanya Covid19 ni, tapi diri sendiri 'antivaks' hahahaha.. pun adaa oiii.... ermmmmm... tau bahaya, tapi sendiri membahayakan diri, acaner tu??... 

Okaylah nanti sambung...
Dah dapat idea nak masak ni.. 


P/S: Syukur alhamdulilah.. terima kasih Allah, terima kasih Suami ❤

7 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Dah settle semua urusan baru tenang nak ngadap blog kan Sis. Setuju, mana utama kena dulukan kan Sis.

    ReplyDelete
  2. mmg tkot lg nk dine in.. mkn jela kat umh..
    walaupon dh lama completed vaksin..
    skrg ni lps pgg pape pon tetap nk basuh tgn.. walaupon dh umh sndiri.. haha
    mmg panaroid sngguh!

    ReplyDelete
  3. Betul tu . Sesiapa pun pernah alami benda yang sama . Kadang tak sempat nak jenguk blog atas sebab2 tnggungjawab yg perlu diselesaikan

    ReplyDelete
  4. kita next week baru fully vaksin, tapi ke hulu - ke hilir keluar masuk rumah, office. risau juga ni. Kadang singgah kedai beli barang. Berdoa jela kita semua dilindungi dari covid19. Tapi nak dine in, memang tak lagilah kes mencanak kat johor. risau sangat.

    ReplyDelete
  5. Kes2 C19 di jb dan kawasan sekitarnya masih tinggi.
    kematian pun banyak.

    ReplyDelete
  6. Dapat rasa kesibukannya tu..

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment

Previous Post Next Post