WORDLESS WEDNESDAY - TELUR IKAN DURI


WORDLESS WEDNESDAY - TELUR IKAN DURI | WAKTU Sis dan Suami ke Pasar Nelayan baru-baru ni, Suami dapat beli ikan duri saiz sederhana 4 ekor. Bila sampai rumah, nak menyiang ikannya, Sis lihat pada perut ikan tu, memang rasa ada telur didalamnya. Alhamdulilah benar sekali, memang ada telur dalam salah seekor ikan duri tu haa...

Yaa ini telur ikan duri bukan telur ikan mayong. Masaalahnya apa beza telur ikan duri dengan telur ikan mayong?. Sekali tengok nampak sama jer kan? Takde beza, rasa pun sama jer.. cuma kenapa ada certain orang kata; 'telur ikan mayong lagi sedap'.. hurmmmm.. 

Korang ada yang tau ke beza telur keduanya?.. Bagi Sis sama jer, dari segi rupa dan juga rasa. Masak, makan meletop-letop juga hahahaha.. Tapi jika memang ada lain atau bezanya, mohon tolong jelaskan yaa, nak juga Sis tau apa dia.. 

Telur Ikan Duri

Telur Ikan Duri


P/S: Alhamdulilah reading list dah okay dah tu... 

6 comments:

  1. cik nor tqk penah telur ikan ni
    geram pulak nk picit2 tgknya he hee

    ReplyDelete
  2. Alamak...sedapnyaaa...SA asal telur ikan x kisah la ikan apa memang suka..telur ikan mayong pun suka sanagt...tp susah nak dapat kat Seremban

    ReplyDelete
  3. Besar besar butiran telur dia. Tak pernah makan lagi telur ikan besar besar ni.

    ReplyDelete
  4. Tak pernah makan telur ikan. tapi cantik pulak tengok warna telur ikan ni

    ReplyDelete
  5. Memang beza
    telur ikan mayung lebih sedap dan tidak berbau.
    Macam juga ikan mayung lebih sedap daripada ikan duri sebab ikan mayung duduk laut lepas.
    Ada satu jenis lagi ikan yang telurnya macam ni, ikan belukang

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.