PEMBERIAN SUSU JENAMA SUMMERFIELD DI PPV BAGAN SERAI

PEMBERIAN SUSU JENAMA SUMMERFIELD DI PPV BAGAN SERAI | MAKIN hari kalau nengok angka kes, makin berdebo jantung rasa kan, sampaikan kadang dah malas nak amik tau dah. Yang penting, #kitaJagaKita dan kita #StayAtHome aje dah ler. Tapi tu laa, tetap juga nak amik tau, sebab lately ni dah sampaikan kawan, keluarga, dan mereka yang kita kenal rapat pun, ramai terkena jangkitan virus Covic-19. Sedih sangat.. 

Angka mereka yang dijangkiti Covic-19 terus meningkat dan semua petugas barisan hadapan (frontliners) sudah kepenatan, kelesuan dan ada yang tidak dapat meluangkan masa bersama keluarga. Sangat menyedihkan, wabak ini turut meragut nyawa frontliners dan pemergian mereka terus diratapi ahli keluarga.

Oleh sebab itu sebagai tanda sokongan terhadap frontliners yang bertungkus lumus merawat dan berusaha untuk menyelamatkan nyawa mereka yang dijangkiti kuman pembawa maut, itu, baru-baru ini, Hud Distribution Sdn Bhd iaitu syarikat pengedaran susu jenama Summerfield telah mengedarkan sebanyak 720 kotak susu itu kepada frontliners yang bertugas di PPV Stadium Bagan Serai.

Pemberian Susu Jenama Summerfield di PPV Bagan Serai

Pemberian Susu Jenama Summerfield di PPV Bagan Serai

Pengarahnya, Noorhidayati Mohd Zuhudin, berkata, kedatangan ‘teamnya’ ke sana untuk mengedarkan susu itu untuk menggembirakan dan menceriakan mereka.

“Sebagai barisan hadapan yang menjaga keselamatan dan kesihatan rakyat, mereka sendiri perlu sihat dan bertenaga. Mereka ini umpama barisan pertahanan yang memastikan kesejahteraan dan keamanan orang ramai. Hampir dua tahun dunia dan negara ini khususnya dilanda wabak menggerunkan itu, rutin harian frontliners turut berubah apabila mereka terpaksa mengerah tenaga dan masa mereka 24 sehari kerana wabak ini bukanlah penyakit biasa. 

Ia adalah pembunuh senyap yang ‘kedatangannya’ tidak dapat dilihat dan dirasa. Frontliners terus berjuang untuk memberi rawatan terbaik kepada pesakit,” katanya.

Pemberian Susu Jenama Summerfield di PPV Bagan Serai

Pemberian Susu Jenama Summerfield di PPV Bagan Serai

Susu itu juga turut diberikan kepada mereka yang sudah divaksin.

“Mereka yang telah divaksin ada yang mendapat kesan samping seperti tak selesa badan, demam dan lesu. Semoga khasiat susu ini dapat memberi kebaikan kepada mereka,” katanya.

Selepas selesai pemberian susu di Bagan Serai, Hud Distribution akan ke PPV Ipoh, Tanjung Malim, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Summerfield ada tiga perisa iaitu Strawberry, Full Cream dan Chocolate. Kata Noorhidayati lagi, selain kesedapannya, ia juga berkhasiat. Sesuai dinikmati seisi keluarga

Pemberian Susu Jenama Summerfield di PPV Bagan Serai

Pemberian Susu Jenama Summerfield di PPV Bagan Serai

Mencari Pengedar Summerfield

Hydrid Allied Dairy Company Sdn Bhd adalah pengeluar Susu Jenama Summerfield sementara Hud Distribution Sdn Bhd adalah syarikat pengedaran susu itu di Kawasan Utara meliputi Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.

Ia adalah produk 100 peratus buatan Malaysia dan mempunyai kilang di Kluang, Johor. Pada tahun 2011, Summerfield pernah terbabit dalam Program Susu 1Malaysia (PS1M). Produk susu ini sudah ada di pasaran sejak 2007 namun susu Summerfield UHT baru dilancarkan pada Julai lalu.

Kata Noorhidayati yang menguruskan Hud Distribution bersama suaminya, Mohd Firdaus Ab Wahab, syarikat edarannya beroperasi di Klebang Bistari, Ipoh. “Kami mengedarkan Summerfield di seluruh Perak dan susu ini dapat dibeli di hampir 200 kedai di negeri ini.

Pemberian Susu Jenama Summerfield di PPV Bagan Serai


“Bagi mengembangkan lagi perniagaan ini, kami sedang mencari ejen dan sangat mengalu-alukan mereka yang terputus punca pendapatan akibat pandemik ini untuk menjadi wakil jualan syarikat kami,” katanya.

Noorhidayati berkata, modal untuk menjadi ejen adalah serendah RM86 dan akan diberikan tiga perisa iaitu Strawberry, Full Cream dan Chocolate. Kepada mereka yang tiada modal langsung juga boleh datang berbincang untuk menjadi ejen Summerfiled.

“Mereka yang tiada modal langsung, akan diberikan susu dahulu. Selepas habis dijual baru bayar dan mereka ambillah keuntungan,” katanya.

Pemberian Susu Jenama Summerfield di PPV Bagan Serai

Mereka yang mahu menjadi ejen atau melakukan pembelian terus Summerfield, boleh hubungi talian 013-2222084.

“Kami akan terus hantar produk ke kediaman mereka,” katanya.

Untuk maklumat lanjut boleh layari
Hotline : 011-70244164


P/S: Alhamdulilah, tahniah kepada semua yang terlibat..

1 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Semoga keikhlasan diorang diberi ganjaran suatu hari nanti.

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment

Previous Post Next Post