KENAPA CENGKIH DI KAITKAN DENGAN PESAKIT COVID-19?


KENAPA CENGKIH DI KAITKAN DENGAN PESAKIT COVID-19? | MEMANG ada benarnya persoalan tu, tiap kali ada aje kawan kena Covid-19, mesti ada je dalam group wahtsapp akan rekemen bagi tips dan menyuruh buat sedutan wap dari bunga cengkih. Katanya bagus untuk sistem penafasan paru-paru. 

Dan ada juga yang memang follow tips tu dan buat, dan mereka mengatakan ada juga keberkesanannya. Penafasan jadi lega dan dada rasa lebih selesa bernafas. Cengkih ni sebenarnya boleh buat paru paru berfungsi ngan baik. 

Tapi kenapa cengkih di kaitkan dengan pesakit Covid-19 aje?.. 

Dah bercerita pasal cengkih, apa kata kita cuba petua amalan Allahyarham Tuan Guru Haji Hashim, mudir Pondok Pasir Tumbuh Kelantan ni. Allahyarham Tuan Guru Haji Hashim dah amalkan cengkih dari usia beliau belasan tahun sampai la akhir usia beliau 90 tahun. Bukan petua musiman, tapi memang beliau jadikan amalan seharian. 

Kenapa Cengkih Di Kaitkan Dengan Pesakit Covid19?
Gambar Google 

Menurut Allahyarham, 4 kelopak bunga cengkih adalah untuk:

- Kesihatan mata
- Kecerdasan minda
- Kesihatan gigi
- Kesihatan jantung

Cara dia senang jer..  
Makan cengkih dalam 10 biji sehari. 
Bukan kunyah-kunyah gitu je yaa, tapi ada langkah langkah dia;

1- Kemam bunga cengkih
2- Sedut udara dari mulut dan hembus supaya khasiat cengkih sampai ke jantung
3- Lakukan 2 ke 3 kali untuk satu sesi. 

Selain dari tu, kalau korang nak tau, cengkih ni pun termasuk antara superfoods. 
Antara khasiat cengkih yang lain;

- Rawat masalah pernafasan
- Membolehkan paru paru berfungsi dengan baik dan membolehkan suara sentiasa lantang
- Bantu sistem pencernaan
- Elakkan gigi rosak dan dapat menahan dari gangguan bakteria 
- Panaskan badan
- Mengandungi euganol yg berfungsi mencegah pembekuan darah yg mencegah penyakit jantung danstroke
- Sumber antioksidan yang jaga kesihatan kulit dan muka
- Kuatkan daya ingatan 

Memang banyak khasiat cengkih ni. Bahan rempah yang paling senang nak cari. Biasanya kat dapur mesti dah ada kan! So bolehlah mencubanya yaa.. 

Sumber : Facebook 


P/S: Haritu cuba gak kemam cengkih, perghhhhhh pedorrrr oii dalam mulut hahahahaha..

7 comments:

  1. cengkih ni dari zaman dulu kala byk kegunaannya kan

    ReplyDelete
  2. Jangan yang belom masak dikemam yang dah sebati dengan masakan pun sekali tergigit hilang selera makan..haha

    ReplyDelete
  3. Harapnya para doktor buat lah kajian mendalam pasal khasiat cengkih ni. Sayang warisan turun-temurun lenyap dek arus pemodenan.

    ReplyDelete
  4. banyak jugak khasiat dari bunga cengkih ini ye

    ReplyDelete
  5. Tak tahan rasa dia tu
    Tak terkemam

    ReplyDelete
  6. masa kena tahan wad hari tu pun dok minum air cengkih ni jugak.Masukkan dalam air panas then tunggu dia suam-suam.Bak kata orang, apa juga tips kita cuba dan ikhtiar kan..

    ReplyDelete
  7. Banyak khasiat cengkih ni untuk perubatan. Bau tu okay lagilah. Nak kemam tu tak surelah boleh tahan ke tidak. Tergigit dalam nasi minyak, nasi beriani pun tak tahan. Inilah nak masuk mulut gitu.. Huhu...

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.