MULAKAN HARI DENGAN SECAWAN KOPI ARISSTO


MULAKAN HARI DENGAN SECAWAN KOPI ARISSTO | BEGITULAH sebetul Sis Lin setiap pagi, mesti nak pekena secawan kopi barulah bertenaga dan cergas setiap pagi. Kalau tidak, rasa macam serba tak kena. Macam ada je yang kurang. Gian tu tidak lerr, tapi 'sasau' hahahaha.. 

Nak kata terlalu 'Coffee Lover' tidak laa juga, takde le macam blogger Cik Lily Putih tu oii, itu 'hantu kopi' dia tu hahahaha, pantang nampak kedai kopi, memang kompom singgah punya kekekeke.. *mampos kalau dia baca ni.. tapi untuk Sis, dapat pagi secawan tu, dah cukup bahagia dah.. tak kisahlah kopi apa, tapi biasanya memang Sis mulakan hari dengan secawan kopi arissto Sis aja.. 

Yaa Sis tidaklah ada mesin kopi canggih yang sekarang jadi trend ramai orang tu. Apa orang kata, ala-ala mesin dan gaya barista di cofffee house tu ek.. idokk lerr, Sis cuma ada mesin kopi arissto jerr, yang hanya sewanya cuma RM1 ajerr ko.. hehehehe yerrr singgittttt...

Dah hampir setahun lebih dah guna mesin arissto tu, tidaklah membebankan Sis membayonya, capsulenya pulak tiap 2 bulan mereka hantar 4 kotak. Itupun ikutlah harga pakej mana yang korang amik untuk capsule kopi tu.. Macam Sis, Sis amik 4 kotak untuk 2 bulan hanya RM77.60, okaylaa kan.. 

Mualakan Hari Dengan Secawan Kopi Arissto

Mualakan Hari Dengan Secawan Kopi Arissto

Dan pagi ni Sis cuba kopi baru yang belum pernah Sis pilih, dan yang baru je sampai semalam, 'Gold Series Black Diamond'. Nampak 'mewah' gilerr capsule kopinya, bau dia kus semangat, bau pekat kopi.. So pagi ni apalagi, pekena lerr secawan.. 

Sis amik 2 kotak Gold Series ni, dan lagi 2 tu, ada Amico dan juga Luna. Ikutkan semua jenis kopi arissto ni Sis suka dan minum, semua okay, cuma kalau Teh dia je Sis tak suka.. mungkin sebab Sis bukan pengemar Teh.. so memang takde amik Teh.. kalau ada pun, belilah sekotak tu buat simpanan, kotlah tiberr nak minum Teh kan.. 

Mualakan Hari Dengan Secawan Kopi Arissto

Mualakan Hari Dengan Secawan Kopi Arissto

Sis suka dan puashati dapat menyewa mesin kopi arissto comel ni, nak letak kat dapur pun tak makan ruang, dan nak membuat kopinya pun mudah. Nak mencucinya pun tak susah. Tu yang Sis suka... takat nak pekena kopi secawan tu, alaaa beli dan guna yang memudahkan kerja kita ye sudah.. kang ko beli yang besar-besar tu, last-last malas nak cuci bagai, akhirnya tersadai... gitulah kannn... 

So far inilah mesin kopi yang ada di rumah Sis... jadilah, yang minum kopinya pun Sis sorang, Suami sesekali je Sis buatkan kalau dia minta, anak? Lagi lerr tak minum kopi.. hehehehe.. 

Ooo okaylah, panjang pulak bebel bab kopi arissto ni, dah macam 'paid review' la pulak hahahahaha.. so jom laaa masuk dapur, nak goreng karipap sardin lerrr, dari malam tadi teringin.. ikut nafsu, malam tadi gak Sis goreng, nasib baik boleh kontrol hahahaha.. 


P/S: Lamanya tak lepak kedai kopi kannn... ermmmmmmmm 

12 comments:

  1. Lama nya x mengopi membawang hahah

    ReplyDelete
  2. sedapnya kopi.. tak sabar nak bancuh sekejap lagi

    ReplyDelete
  3. Rawlins teringin hari tu nak sewa dan letak kat pejabat. Nasib tak amik sebab terus MCO sampai ke jannah nie. Hahaha

    ReplyDelete
  4. sedapnya kopi! sy pon tiap pagi wajib minum kopi.. baru bertenaga sepjg ari.. haa gittew.. haha

    ReplyDelete
  5. bestnya para kopi lover. saya ni takleh nak minum sangat kopi :(

    ReplyDelete
  6. Ramai kata kopi arissto ni best kak tapi Sal tak try lagi. Teringin betul .. nant Sal nak usyar la

    ReplyDelete
  7. Marsha tak pernah cuba kopi arissto tapi pernah cuba coklat dia. Sedap betul! Teringin nak sewa juga

    ReplyDelete
  8. Wahhh akak pun ada kopi singgit ni eh. Ramai cakap best. Tp saya takleh move on ngan Dolce Gusto. Hahaha. Marilah kita mengopi dari kejauhan.

    ReplyDelete
  9. best kan pakai arristo ni! khai aritu pakai juga tapi bila acah2 nak diet pulangkan balik hahahaha nanti ad rezeki nak sewa balik

    ReplyDelete
  10. I memang pengemar kopi Arissto, wah now they have new flavour? Tak pernah cuba black diamond.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.