SUSU PISANG FARM FRESH BOLEH TAHAN SEDAP JUGA!


SUSU PISANG FARM FRESH BOLEH TAHAN SEDAP JUGA! | SIAPA sini dah mencubanya? Sedapkan? Sis suka rasanya, tidak berapa manis dan rasa betul pisang dia. Kombinasi susu bersama pisang dan juga gula merah, sangat sesuai dengan tekak 'orang tua' ni hahahaha.. 

Anak Sis lerr kata kelmarin masa Sis minum susu pisang ni, Sis kata, 'Eh, sedaplah, tak manis sangat, rasa susu rasa pisang'.. boleh si anak bujang kata, 'Tekak orang tua betul Mak ni laa' hahahaha sengal betul ko Amat.. abis tekak orang muda rasa apa haaa??... 

Kalau sebelum ni Sis berkali-kali membeli dan mencuba susu pisang Nilofa tu, so kali ni bila dengar aje Farm Fresh keluarkan susu pisang jenama mereka, terus Sis order dengan kawan Sis,Suzie dan sekali 4 botol Sis order, tapi masuk pre-order dulu, sebab susunya laku keras hahahaha.. 



Biasanya laaa, setiap bulan atau selang bulan, peti ais rumah Sis ni, mesti kena penuh dengan susu. Sejak PKP dan semua ada di rumah, lebih-lebih anak bujang tu, so memang kena ada susu dalam peti ais, tak kisahlah susu apa atau minuman apa, yang penting kena ada. 

Dan kebiasaannya, Suami akan beli susu Farm Fresh aje, kalau tak Suami beli, Sis beli.. gitulah.. dan kebetulan kawan Sis,Suzie up dekat status wahtsapp dia, so terus aje Sis mesej dia dan order. Nasib baik juga dia ada delivery, so terus sampai depan rumah.. 

So, bila dapat rasa susu pisang Farm Fresh ni, okaylah rasa dia, sebab rasa pisang tu lebih terasa berbanding susu. Masih ada rasa susu tapi tidak terlalu manis macam susu pisang Nilofa, Nilofa punya afak manis bagi tekak Sis, dan dia ada rasa sedikit vanilla.. tapi susu pisang Farm Fresh ni, kurang manis dan betul rasa susu.. 

Tak sangka, susu pisang Farm Fresh boleh tahan sedap juga... Jap jap... ini pengakuan jujur Sis sendiri okay.. korang yang belum cuba, ko cubalah dulu baru nak komen.. tekak memasing, lain-lain... 


Kan dah kata rumah Sis ni kena ada susu atau minuman berkahsiat lee gituh hahaha.. padahal manis aje ekkk... so kalau beli berkotak, berdozen, memang kena 'jerit' memasing.. sehari sekotak, kalau kena Mak dia lepas pandang sikit, ehhhh tau-tau susut ajeee semua..

Lagi si anak bujang tu, pantang nampak... selagi tak habis, selagi tu laaa duk bedukkk siang malam.. kadang malas nak bebel, tapi kalau dah melampau.. berbulan Sis tak beli, hahahahah.. tapi ehhh Ayahnya pulak pi beli... ermmmmm...

Korang kalau nak dapatkan susu pisang atau Bana Milk Farm Fresh ni, boleh contact Suzie  www.wasap.my/+60137766580/FFBananaMilk delivery sekitar Pasir Gudang & Johor Bahru. 


P/S: Bila nak keluar susu Honeydew ekkk?.. 

14 comments:

  1. wahhh bestnya! farm fresh dh keluarkan susu pisang.. wajib try ni!
    tunggu abs pkpd nk g cari.. haha

    ReplyDelete
  2. Eh x jumpa pun lagi susu pisang ni hehe ada yg ako ke giant or tesco ni kang cari susu pisang :D

    ReplyDelete
  3. Belum jumpa lagi yang perisa ni la sis...biasa amik yang kurma tu...

    ReplyDelete
  4. banyak stok tu ek..tak try lagi susu pishang ni.Nanti nak cuba

    ReplyDelete
  5. Susu dari FF ni memang kami suka dan biasanya kalau bulan puasa akan beli stok untuk sebulan puasa, kalau hari biasa beli sikit-sikit. Yang terkini ni belum rasa lagi. Tapi memang en suami dah cakap dia nak cari juga. Harap adalah kat kedai yang selalu kami beli. Aamiin.

    ReplyDelete
  6. Susunya tak wangi. Wangi tu sebab ada vanilla, boleh pening kalau minum. Lopa terus susu pisang yg lain

    ReplyDelete
  7. Rawlins tak try lagi this one. But Rawlins pun penggemar Farm Fresh - siap ada dealer yang boleh bekal anytime Rawlins nak haha

    ReplyDelete
  8. Akak, saya tengok kat tiktok pun ramai beli. So rasa dia camana kak? Lebih sedap dari N? Lebih milky dari G? Kahkahkah. Botol dia cantik betul. Sayang nak buang. Simpan untuk recycle lah ye kak. Akak, awat kotak susu pun masuk peti. Kat tiktok dah ajar cara simpan susu susun macam chiller kedai. ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

    ReplyDelete
  9. I dengan anak memang fan Farm Fresh! currently suka sangat dengan susu yogurt mango and susu chocolate! Ni dah ada susu pisang boleh cuba yg ni pulak <3

    ReplyDelete
  10. wah farm fresh ada susu pisang dah ye..okay nanti nak cuba.. iena suka minum susu farm fresh, yougurt and chocolate..susu kurma pun sedap..yang ni susu pisang belum pernah cuba lagi..nanti nk cuba

    ReplyDelete
  11. Farm fresh yang susah jumpa camni memang kena beli ngan agen kan. Kena try la nanti susu pisang farm fresh pulak.

    ReplyDelete
  12. Now they have susu pisang!!! I love it! Farm Fresh been having new flavors and these are exciting!

    ReplyDelete
  13. This is a new brand,i just got to know & love banana milk, wanna try this :) cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  14. It is not everyone's business to write such a great post, one person in a million can write such a beautiful post and you are one of those millions. I hope that you will write more beautiful posts in life and also hope that you will keep climbing the ladder of achievement in your life, very few people do this but I have full hope from you.
    Escorts Service Sector 31
    call girls in noida
    Female Escorts in Gurugram
    Gurugram escorts
    Call Girls in cyber city
    escort service in golf course road
    bhiwadi escort service
    escort service gurugram
    call girls in manesar
    Bhiwadi Female Escort

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.