SAMBIL MEMBACA SAMBIL MAKAN KEREPEK KENTANG PEDAS SEDAP DAN RANGUP


SAMBIL MEMBACA SAMBIL MAKAN KEREPEK KENTANG PEDAS SEDAP DAN RANGUP | HARI hujan dari pagi tadi membawa ke time Sis menaip ni pun masih hujan lagi. Dah berapa hari Johor hujan, alhamdulilah sejuk cuaca. Siap pakai selipor ala hotel lagi ni haaa hahaha.. 

Harini rehat sedikit sebab menu untuk makan harini dah siap. Semalam malam Sis masak Rendang Ayam Kampung, masak sekor ayam, yang makan hanya Sis, Suami dan anak bujang, Yana tak makan ayam kampung, so baki rendang ayam tu masih banyak lagi. Pagi tadi Suami nak makan tak sempat, kelam kabut nak ke Penggerang. 

So Suami kata harini tak payah masak, makan aje lauk rendang ayam tu.. dan kebetulan juga, semalam ada kawan beri Me Sup Utara, banyak sangat berbekas-bekas dia beri, so Sis simpan sebekas dan Sis makan pagi tadi, alhamdulilah kenyang dah ni, puas makan, hilang kepingin nak makan Mee Sup Utara, makaseh Nas, moga murah rezekimu selalu. 

Nanti petang tinggal gorengkan sayur dan nak buat telur dadar. Ingat nak gorengkan udang sikit masak salted egg, ye laa Yana kan tak makan rendang ayam kampung tu, so kena masakkan lauk untuknya, sian pulak kang makan telur jer. 

Sambil Membaca Sambil Makan Kerepek Kentang Pedas Sedap Dan Rangup

Sambil Membaca Sambil Makan Kerepek Kentang Pedas Sedap Dan Rangup

Dan bila dah banyak masa, ye laa tak masakkan, kerja rumah pun dah siap, so kita bukaklah laptop kejap, sambil membaca sambil makan kerepek kentang pedas sedap dan rangup ni. Bangun pagi, tau-tau nampak ada dua bekas kerepek kentang pedas ni, tanya anak, Yana rupenya yang beli. 

Agaknya masa delivery semalam Sis dah naik atas, tu tak tau dia membeli. Entah dia beli mana, Sis tak tanya pulak, bila benda dah ada Emak tukang makan je laaa.. Satu bekas tu Yana pesan, kasi Ayah hahaha, takut snagat Emaknya perabiskan hahahaha.. 

Sedap kerepek kentangnya, rangup, tidaklah berapa pedas, dan banyak kacang dan bilis dalamnya.. pokoknya sedap dan ranguplah.. nanti Sis tanyakan dengan Yana ookay, dapat info Sis update sini yaaa.. 

Sis baca apa? Ooo Sis suka baca di laman web iiumc ni haaa.. kadang cerita perkongsiannya kelakar, ada sedih, ada menakutkan, dan ada gakkelakar serammmm hahaha.. 

Masih hujan ni.. patutkah Sios tidur? Hurmmm...


P/S: Dapat secawan kopi Costa sedapnya oiii... 

3 comments:

  1. Bila tengok kerepek kentang bersira ni terus teringat kerepek ubi bersira. Sebab dua-dua PC suka. Adoiii.

    ReplyDelete
  2. kalau dah dapat yg sedap, memang layan .... tahu2 habis je

    ReplyDelete
  3. Memang sedap kalau dapat meratah kerepek kentang pedas ni

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.