DAPATKAN KUIH BULAN TRADISI BUATAN TANGAN HALAL DI RENAISSANCE JOHOR BAHRU HOTEL


DAPATKAN KUIH BULAN TRADISI BUATAN TANGAN HALAL DI RENAISSANCE JOHOR BAHRU HOTEL | MERAIKAN Chinese Festival Mid-Autumn yang akan tiba tidak lama lagi, Restoran Cina Wan Li Renaissance Johor Bahru Hotel telah menghasilkan reka bentuk kotak mooncake terbaru untuk mooncake tradisional dan juga Snow Skin. 

Teruja giler seketul Sis Lin ni bila nengok kotak berwarna 'violet' atau purple gitu. Ye laaa tu kan warna kegemaran Sis. Sebolehnya nak juga dapatkan set kuih bulan tu sebab nakkan kotak cantik tu haa hehehehe.. Dengan syarat, ko kena laa beli sekurangnya 4 ketul kuih bulan untuk dapatkan kotak cantik tu yaa.. 

Bagi mereka yang gemarkan mooncake atau kuih bulan, pasti akan tertunggu-tunggu festival mooncake yang akan berlangsung dari bulan Julai sehinggalah ke bulan September sempena Mid-Autum Festival. Ya, bukan senang nak jumpa dan makan kek bulan ni tau. Hanya bila ada festivalnya aje dia muncul. 

Nikmati Kuih Bulan Tradisi Buatan Tangan Halal Di Renaissance Johor Bahru Hotel

Nikmati Kuih Bulan Tradisi Buatan Tangan Halal Di Renaissance Johor Bahru Hotel

Dulu kalau tiba musim kuih bulan, atuk Sis (Cina) laa yang akan buat sendiri dan bagi kami semua makan. Dan sekarang tak sangka kat hotel besar camni ada lagi buat kek bulan secara tradisi buatan tangan dan di masak menggunakan peralatan jenis tradisi punya. 

Chef  Renaissance Johor Bahru Hotel's Chef De Partie, Lim Pei Shi yang terkenal sebagai Chef yang bertanggungjawab dalam pembuatan kek bulan tradisinya memang sangat berbakat dalam membuat kuih bulan. Beliau menggunakan resepi asal tradisi dan kuih bulannya di masak secara tradisional iaitu diadun, dibuat dan dipanggang secara tradisional.

Nikmati Kuih Bulan Tradisi Buatan Tangan Halal Di Renaissance Johor Bahru Hotel

Nikmati Kuih Bulan Tradisi Buatan Tangan Halal Di Renaissance Johor Bahru Hotel

Korang boleh terus walk-in atau delivery, atau takeaway atau pun order online untuk dapatkannya. Macam Sis baru ni, Sis walk-in aje, sebab kebetulan ada urusan di luar. Booth jualannya betul depan pintu masuk lobby tu haa. Pastikan korang jaga SOP ketika berada di sana okay. 

Di sana korang boleh pilih sendiri jenis-jenis kuih bulan yang korang nak. Tapi nak dapatkan kotak istimewa macam Sis tu, korang kenalah 'memborong' yaa hahahaha.. tapi jangan risau, harga yang di tawarkan sangat berbaloi, siap ada 'keistimewaan' jika korang adalah member of Marriot Bonvoy. Lagi banyak korang beli, lagi banyak diskaun okay. 

Nikmati Kuih Bulan Tradisi Buatan Tangan Halal Di Renaissance Johor Bahru Hotel

Nikmati Kuih Bulan Tradisi Buatan Tangan Halal Di Renaissance Johor Bahru Hotel

Semua mooncakes adalah buatan tangan dan dibuat setiap hari dengan bahan-bahan semulajadi yang segar dan berkualiti tanpa pengawet. Ini termasuk Pure Lotus Paste, Lotus Paste dengan Yolk Single, Lotus Paste dengan Double Yolk, Paste Teh Hijau dengan Yolk Single, Jade Custard, Buah & Kacang Assorted dan Paste Bean Merah.

Sis beli 4 biji kuih bulan. Antara pilhan yang Sis suka adalah Paste Bean Merah, Lotus Paste dengan Yolk Single, Jade Custard dan juga Buah & Kacang Assorted. Jenis ni memang mesti cuba, sedap wokeyyy.. Tapi maaflah Sis tak potong semua nak tunjuk korang. Sayang kang potong, tapi belum masa nak makan. Korang beli laa ye dan cuba sendiri. 

Nikmati Kuih Bulan Tradisi Buatan Tangan Halal Di Renaissance Johor Bahru Hotel

Nikmati Kuih Bulan Tradisi Buatan Tangan Halal Di Renaissance Johor Bahru Hotel

Tapi sekarang kebanyakkannya mereka lebih gemarkan yang 'Snow Skin Mooncakes (Kulit Salji)', ianya lebih lembut, dan isi dalamnya fresh, dan ada pelbagai perasa, lebih-lebih lagi ada perasa durian, sangat sedap!. Bentuknya pun comel, kecik dan cute sangat hehehe.

Jenis-jenis Mooncake Snow Skin yang dibuat termasuk Durian Truffle, Pearl Dark Chocolate Crunchy, Kopi Truffle, Taro Paste Truffle, Teh Hijau Matcha Truffle, Truffle Buah Passion, Peppermint Chocolate Truffle, Strawberry Frizzy Truffle dan Lemon Truffle. 

Bezanya kalau korang beli jenis snow skin ni, korang kenalah simpan dalam peti sejuk yaa. Kalau tak nanti teskstur dia jadi lembik dan kurang sedap.. Jangan kata hakak tak payung arrr.. 

Nikmati Kuih Bulan Tradisi Buatan Tangan Halal Di Renaissance Johor Bahru Hotel

Uishhh jarang-jarang nak masuk gambo sendiri ni kakakakakah.. muka pun dah sama macam kuih bulan kannn ermmmm... pucat lesi tak makeup hehehehe.. 

Jadi korang kalau nak dapatkan kuih bulan tradisi buatan tangan di Renaissance Johor Bahru Hotel ni, korang dapatkannya di ruang Lobby Renaissance Johor Bahru Hotel. Memang sangat puashati rasanya dan harganya berbaloi-baloi! Nak cari kuih bulan sedap dan halal, datanglah sini beli ya. Sis dah cubanya dan Sis adalah penggemar kuih bulan okay. Bagi korang yang sukakannya mesti suka!

Set Traditional Baked Mooncake : RM108 nett (4 biji dalam satu set)
Set Snow Skin Mooncake: RM108 nett. (Lapan biji dalam satu set)
Durian truffle : RM148 nett (8 biji dalam satu set)

Ia boleh didapati dengan harga pembelian awal (early bird) mulai 5 August hingga 31 August 2021. Details penuh ada Sis sediakan di bawah ni, sori bahasa omputih, malas Sis nak translate hahahahaa..

Enjoy the discounts for the purchase of the mooncake on a single receipt;

🥮 10% discount for 𝗘𝗔𝗥𝗟𝗬 𝗕𝗜𝗥𝗗 purchase from 5 August until 31 August 2021
🥮 15% discount for purchase above 25 boxes
🥮 25% discount for purchase above 100 boxes
🥮 15% discount for Club Renaissance Johor Bahru
🥮 Up to 20% discount for Marriott Bonvoy Member

☎️ For any pre-order and more information, please call +6073813333 from 11am to 8pm.
🚚 𝙁𝙍𝙀𝙀 𝘿𝙀𝙇𝙄𝙑𝙀𝙍𝙔 within 𝙎𝙀𝙑𝙀𝙉 business days for all states except Sabah and Sarawak if order via WhatsApp Business at https://wa.me/c/60127719056

💻 Renaissance Johor Bahru Hotel’s handcrafted mooncakes also available on Shopee, Lazada and TableApp (https://bit.ly/WanLiTakeaway) platform. 
🌐 Visit www.wanlichineserestaurant.com and sign up for exclusive updates and special deals to stay in the know.




P/S: Harapnya akan datang, janganlah lenyap kuih bulan tradisi ni kan.. ye laa kalau tak di 'warisi' nya kan... 

8 comments:

  1. eh eh manisnyaaa kuih bulan gambar last sekali tu!

    ReplyDelete
  2. Exclusivenya kotak dia. Kuih bulan pun cantik colourful. Tak pernah lagi makan kuih bulan. ketinggalan sikit. hehe

    ReplyDelete
  3. Huhu. Teringat arwah nenek dan saudara mara yang selalu bagi nie dulu. Memang teringin sangat. Esok nak gi cari kat Lotus la.

    ReplyDelete
  4. Ya Allah nampak sedap2 lak kuih bulan ni... Kita pun tgh mencari kuih bulan... Ttbe teringin nk makan.. Hehehe.. Dlu xreti mkn skli dh try, trus ngap2 berkali-kali haha

    ReplyDelete
  5. Semua nampak sedap, boleh cari ni

    ReplyDelete
  6. Memg susah nak cari kuih bulan halal ni. Ini peluang untuk dapatkannya dengan pelbagai perisa menarik. Lets beli

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.