Header Ads


PERENCAH IKAN BAKAR ADABI MUDAHKAN KERJA AKU MEMBAKAR IKAN


PERENCAH IKAN BAKAR ADABI MUDAHKAN KERJA AKU MEMBAKAR IKAN | Yaa memudahkan kerja Sis nak makan ikan bakar. Tak payah dah buat sambal lain dah nak makan ikan bakar, hanya lumur dan bakar. Bukan malas tapi sebab sedap perencah ikan bakarnya, so kita guna yang dah siap segera, tinggal lumur dan bakar. Mudahkan? Sedap pun sedap.

Korang punya tekak Sis tak tau la, kalau yang belum cuba, haa cubalah dulu, nanti baru komen. Kalau Sis memang inilah perencah ikan bakarnya yang Sis guna kalau nak bakar ikan jenis berempah berpaste macam ni. Lain kalau bakar kosong, haa yang tu tak payah lumur pes.

Benda ada senang, buat apa nak menyusahkan, ye dak hehehehe. Lagi plak kalau takde masa atau yang jenis bekerja masa agak terhad, haaa nak masak bakar kosong macam tak best laa kan, takde lawan, so haa beli ikan, guna pes Perencah Ikan Bakar Adabi ni dan bakar. So ikan tu jadi sedap, takde laa makan kosong aje.


Sis bakar ikan siakap ni kebetulan masa tu ada potluck bersama Geng Bas Sekolah Sis di rumah Sis. Buat tambah-tambah lauk sedia ada, so Sis beli ikan siakap dan bakar guna perencah ikan bakar Adabi tu. Sebab taknak bakar kosong.

Bukan susah, basuh ikan, kemudian lumur perencah tu pada ikan, tak payah tambah garam atau serbuk perasa bagai, semua dah siap secukup rasa. Kecuali kalau korang nak pedas lagi, tabur le serbuk lada putih atau lada hitam atau gaulkan lagi dengan lada kisar. Ikut suka. Macam Sis, Sis just lumur gitu jer, kemudian saje nak bagi wangi sikit, Sis balut dengan daun pandan, Daun pisang takde, daun pandan pun jadi ler..


Sebenarnya kan, masa beli ikan ni, minta kedai nyiang kan, tapi lupa cakap kat dia jangan buang sisik, sebab lupa nak buat bakar. Tapi alhamdulilah, kalau bakar guna kuali DIY Sis tu, memang tak melekat. Sebab tu suka guna kuali DIY. Murah pun murah, kuali mahal Sis tu? Hampeh! hehehe.

Korang bakarlah ikan tu sampai biji mata dia putih. Kalau dah putih terjojol matanya, makanya dah masaklah ikan tu. Selagi biji matanya jernih, ikan tu belum masak ya hehehe. Tu tips petua Emak Sis kalau bakar ikan hehehe.

Ada plak kang tanya, Perencah Ikan Bakar Adabi yang mana? Ermm..


Lupa nak amik gambar pesnya, so nah Sis bagi gambarnya. Hehehehe. Korang cuba sendiri. Sepaket tu RM 3.50 tak silap. Kalau tekak ko sama dengan tekak Sis, maka memang sedaplah. Kalau tekak korang jenis ala-ala nak hebat sempurna, haa ko buat sendiri ya rencahnya hahahaha. Ni tekak Sis bedal jer. Tak cerewet, janji masak!.

Kawan-kawan yang makan pun semua takde cakap apa, licin aje Sis ko nengok mereka makan,s ampai tinggal tulang hahahaha *memang le tulang tak boleh makan hahahaha.

Okaylah, nanti sambung lagi ea. Sis ada jemputan makan review harini. Nanti Sis kongsi okay.
Jumpa lagi. Bye.


P/S: Tapak tngan gatal je ni, nak dapat duit ke atau nak tampar orang ni? ...

45 comments:

  1. Wahhh.. akak suka tips yg last tu, tq share, Lin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Kak, Kita kalau bakar ikan, ikut tips tu je, senang nak tau ikan dah masak ke belum hehehe

      Delete
  2. Sama la.. Kalau malas tu.. Selalu guna ni ja buat ikan bakar..janji masak ja kan... Kdang2 kalau ni.. Ayam pun bakaq guna paste ni.. Hahahha.. Kita buat dia kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, Sis memang guna pes ni jer, senang nak bakar, sedapmpun sedap..

      Delete
  3. SA kalau malas lumur kunyit ngan garam, balut daun pisang bakar je..hahahaha....nanti nak cuba style Sis plak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sini susahnya nak cari daun pisang..tu yang balut daun pandan ...

      Delete
  4. Fuh terliur jugk menengoknya tuu hehee cantikk nmpk kejadian dia. Pernah nmpk jugk ni tp so far xpernah try lg. Disebabkn dh jumpa review ni sis kata sedap, makanya teringin pulak nk cuba lepas ni haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti trylah Qeela, sedap pesnya...siap bakar terus makan, tak payah nak bikin air asam ke apa ke...dah sedap rasa dah ..

      Delete
  5. Nak cuba juga lah perencah ni sebab you kata sedap... so panggang je ya atas api?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, tekak Sis kata sedap, nanti Fas trylah, tengok plak, tekak Fas sedap ke tak hehehe

      Delete
  6. Replies
    1. Iyerr sedap, bolehlah kalau takat nak makan tu kan..

      Delete
  7. dana biasa balut dengan daun pisang atau daun kunyit, tak pernah lagi ngn daun pandan... mesti harum bau... stok perencah ikan bakar adabi mmg wajib ada kt umah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu memang sedap,tapi rumah sini susah nak dapat daun pisangnya Dana..

      Delete
  8. Family Rawlins pun dah pandai pakai perencah Adabi now. Awal2 dulu mak tak suka - dia suka manual. Tapi sejak anak2 pun penat nak mencari segala bahan mentah, redha je dia guna perencah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann senangkan, mudah dan rasa pun dah sedap..tak payah susah-susah nak bikin air asam dah, terus makan aje...

      Delete
  9. Uih sedap tu. Tak pernah lagi pakai perencah adabi. Rm3.50 tu untuk packaging berapa g?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk yang ini sepeket tu Sis guna untuk 2 ekor ikan tu haa, lupa plak nak tengok berapa gm Fadzi..

      Delete
  10. Adabi dah ada rempah ni. Senang la nanti kalau I nak buat grilled. Sedap betul kalau makan ni dan cicah air asam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup lama dah ada, nanti Cindy try laaa..kalau guna pes ni, tak payah buat air asam dah hehehe

      Delete
  11. alahai senangnya ada perencah bakar ikan. Ni baru tau, blh la nak try masuk kat pressure cooker ke mcm mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann, senang dan mudah..siap terus makan hehehe

      Delete
  12. tak tahu ada perencah untuk ikan bakar, lepas ni senang kerja kalau nak bakar ikan, lumur je perencah adabi ni..hehe |♕ Tiara Sapphire ♕

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, nanti You cari dan try Tiara..senang aje..siap terus makan hehehe

      Delete
  13. oo sedap ek yang ni. boleh cuba la. nampak juga kat kedai, tapi belum pernah guna

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, untuk Sis sedap, boleh sangat laa sebab mudah dan senang..siap terus makan, tak payah bikin air asam ke..

      Delete
  14. Perencah ikan bakar adabi belum pernah try lagi.. Serbuk kari je selalu beli.. Tak perasan pulak adabi ada perencah ni. Pas ni makin kerap lah saya bakar ikan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa ada, lepas ni cubalah, senang dan mudah aje, lumur, bakar dan terus makan..tak payah buat air asam bagai..

      Delete
  15. Mudah dan cepat ni Sis.Nak cari jugalah..boleh bakar ikan..beli lebih kalau ada tetamu datang pun sangat berguna ni..yahoo..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa beli bebanyak simpan buat stok, Sis pun kadang buat stok, agak nak buat BBQ,, lumur je pada ikan atau ayam..

      Delete
  16. Thank you share resepi nk sis lin. Mudah ada adabi kan. Terliur tengok ikan bakar sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa mudah, senang sebab lumur, bakar, siap dan terus makan..hehehehe

      Delete
  17. Bila sis sebut pasal kuali DIY tu baru teringat, kite dah beli tau. Betul la sis cakap kuali tu best. tak melekat dan mudah nak cuci. terbaik laaaaa... (eh, xpe kan komen takde kaitan dengan ikan tu.. haha)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaha...takpe sebab ada gak tu tulis pasal kuali DIY..lepas ni bakar ikan guna kuali DIY tu tau Dik Bee hehehehe

      Delete
  18. sedapnya sis. boleh cuba ni sis nak masak2 kat rumah bujang kan. nampak gaya nak kena belajar masak dengan sis ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa senang Madi, dah siap masak terus makan aje..

      Delete
  19. Adehhhhh. Baca tajuk je terus rasa nak beli pes ikan bakar adabi ni. Punca laaa entry sis ni. Pastu wajib apply tips mata terjojol tu haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha silalah memasak yaa Nur..sedap ni Nur..

      Delete
  20. terima kasih atas tips biji mata terjojol tu..hahahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha yaaa guna aje tips tu, tak payah ko nak cucuk-cucuk badan ikan tu kannn

      Delete
  21. wah..senangnya...k mid tak pernah try lagi...rajin jugak bakar ikan nie, next time tak payah susah2 dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa senang Kak, lumur, bakar then makan panas-panas, sedapnyaaa

      Delete
  22. okay lepas ni nak try sendiri lah. hehe tak tau pun boleh buat ikan bakar macam ni je. lebih mudah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheheh try jangan tak try,,mudah dan sedap,,,

      Delete
  23. wahh dah xsusah lagi laaa lepas ni nk bakar ikan...dh ada bahan readymade...mmg dh xde alasan untuk kata leceh nk sediakan paste ikan bakar kan...thanks for sharing...good infor

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.