Header Ads


APA ITU NOVEL CORONAVIRUS ATAU 2019nCoV?


APA ITU NOVEL CORONAVIRUS ATAU 2019nCoV? | Novel coronavirus: Dari kelawar kepada ular kemudian manusia? Novel coronavirus yang sekarang diberi nama 2019nCoV dipercayai berasal dari kelawar kemudian ular (spesies Chinese Krait dan Tedung China) dan seterusnya manusia.

Individu pertama yang dijangkiti virus ini dilaporkan pernah pergi ke sebuah pasar borong makanan laut di Wuhan yang juga terkenal kerana turut menjual haiwan liar dan eksotik termasuk kelawar, ular, musang dan buaya.

Pasukan pakar penyelidik China mengumumkan perkara itu selepas mengkaji genetik virus baharu itu yang telah membunuh 17 orang setakat ini. Bagaimanapun, pasukan penyelidik itu menemui kesukaran mengkaji mendalam virus itu kerana pasar borong makanan laut yang menjadi lokasi pertama penyebaran virus itu telah ditutup untuk kerja-kerja pembersihan selepas kes pertama dikesan.

Wabak 2019nCoV dikatakan ada persamaan dengan wabak SARS yang menyebabkan lebih 700 orang mati di China dan Hong Kong, 17 tahun lalu. Virus SARS dikesan berasal dari Musang Civet. Susulan penemuan ini, kumpulan pencinta haiwan mengulangi desakan supaya manusia melindungi haiwan liar dan tidak membunuh haiwan-haiwan untuk dagingnya.


Syarikat Penerbangan Air Asia dan Malindo telah membatalkan kesemua penerbangan yang dijadualkan ke Wuhan, China. Ini berikutan penularan wabak koronarvirus atau dikenali sebagai 2019-nCoV yang sedang melanda di wilayah tersebut dan juga kerajaan China mengenakan perintah kuarantin kepada penduduk Wuhan dengan semua pengangkutan darat dan udara dihentikan operasinya.

Anda disarankan mengikuti langkah-langkah pencegahan dengan kerap mencuci tangan , menutup mulut dan hidung ketika bersin dan batuk, elakkan mengambil makanan produk haiwan yang mentah atau tidak dimasak sepenuhnya, elak bersentuhan dengan individu yang bergejala serta elakkan bersentuhan terus dengan haiwan liar dan kandang.


Kes Wuhan Virus atau 2019-nCoV telah direkodkan di beberapa negara seperti Amerika Syarikat, Thailand, Hong Kong, Jepun, Macau, Korea Selatan dan Taiwan selain daripada China. Maklumat Wuhan Virus yang baru ditemui ini adalah terhad. Setakat ini, jangkitan sesama manusia telah dipastikan. Waktu eraman/inkubasi bagi virus ini adalah 1 hingga 2 minggu sebelum individu menunjukkan gejala.

Pelancong yang pulang dari China(Wuhan) disarankan memerhatikan gejala dan elak pergi ketempat awam. Dapatkan bantuan perubatan segera sekirannya mengalami gejala selepas 1 hingga 2 minggu pulang dari China.

KKM memperhebatkan aktiviti saringan kesihatan di pintu masuk antarabangsa (PMA) melibatkan kapal-kapal dari China bagi mengelak virus 2019-nCoV merebak ke negara ini. Dua PMA iaitu Pelabuhan Tanjung Berhala dan Pelabuhan Kerteh yang mengendali kapal-kapal berasas minyak dan gas bersiap sedia melakukan pemantauan rapi ke atas semua kapal yang masuk.

Info : Kementerian Kesihatan Malaysia 


TERKINI : Angka kematian akibat novel coronavirus atau 2019nCoV di Wuhan terus meningkat kepada 25 orang. Kes yang disahkan positif dijangkiti virus itu melonjak kepada 830 kes.

Sumber terkini : Berita Harian Online


P/S: Sangat menakutkan! Kes serius ni. Korang jaga diri dan amalkan kebersihan ya..

8 comments:

  1. Allahu. sungguh takut dengan cabaran akhir zaman masakini T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa Umi, kali ini sangat membimbangkan dan takut, sebab virus ini 10x cepat membunuh dari SARS ...

      Delete
  2. Menakutkan sangat la hai virus ni. Tp kerajaan kte adoiiii tepuk dahi sis!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ermmm tak tau nak kata apa...tiada halangan kemasukkan warga China..tapi kawalan di perketatkan..nak ketatkan macam mana pun tak tau, virus bukan boleh nampak..

      Delete
  3. sekarang dahla musim perayaan, risau nk ke tempat-tempat tumpuan ramai... aduhai moga kita semua dia jauhi dari penyakit nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa Dana..Sis pun ada jemputan media ke Legoland ni pun tengah fikir ni..nak pergi ke tak, takut plak...

      Delete
  4. aku ni riso ady nak gi korea sabtu ni...hurmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ermmm takpe..biarlah dia buat kepitusannya sendiri..kang kita cakap lebih, kata kita jeles hahahaha

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.