ROTI JALA MAKAN DENGAN RENDANG AYAM, MEMANG SEDAP!

ROTI JALAN MAKAN DENGAN RENDANG AYAM, MEMANG SEDAP! | Kan sedapkan, mau kalau makan memang berkeping-keping atau bergulung-gulung laaa roti jala di makannya. Kalau macam Sis tu, Sis kirai roti jala then Sis gulungkannya. Ada orang lepas kirai, dia lipatkannya, ikutlah memasing punya cara kan.

Korang masih ingat tak post entri Sis yang anak Sis menjerit 'Macam Mana Nak Potong Ayam Ni Mak?'..haa korang ada baca? Hahahaha tak sangka post tu menjadi rating tinggi pageviewnya, mungkin ramai yang view macam mana nak potong ayam agaknya. Dan kalau korang baca, Sis ada sebut yang ayam tu Sis nak buat Rendang Ayam dan esoknya nak buat Roti Jala, makanya inilah dia kejadiannya.

Rendang yang dah siap di masak malam hari sebelumnya, bila dah di panaskan, bertambah kering dan sedap rasanya. Kena pulak makan bersama dengan roti jala, waduh-waduh, susah nak stop kalau dah makan hahahaha.


Entah yaa, bukan nak puji tapi sebab Suami dan anak Sis pun kata benda yang sama, so mungkin jugalah masa memasak Rendang Ayam ni, mood Sis tengah berbunga-bunga, makanya Rendang Ayam tu jadi sedap pulak ini kali, sampai Suami makan hampir 10 keping, yee Sis ko kira roti jala yang Suami amik masa tu hahahaha.

Memasak ni memang ikut mood dan juga air tangan. Kena mood swing atau bahan tak cukup, jadilah kurang sedapnya atau pun kalau kena masa tu memasak dalam keadaan kelam kabut, memanglah segala rasa dalam masakan tu semua jadi tak betul. Yaaa betul tak? So kalau nak masak kena tenang-tenang dan berzikir bebanyak. InsyaAllah jadi sedaplah masakannya tu.


Resepi tak yah tulis laa, resepi biasa-biasa aje, sama je dengan resepi korang masak, takde lainnya. Bahan utama semua sama jer, termasuk gak kerisik. Ada orang tak letak kerisik, tapi Sis memang letak kerisik ya. TAPI Sis tak letak gula merah, Sis guna gula pasir biasa je gan asam keping. Lain-lain sama jer.

Untuk roti jala pulak, Sis cuma letak tepung, minyak, telur dan garam juga pewarna kuning. Kalau takde pewarna Sis guna rempah kunyit jer. Yaa santan Sis tak letak, memang tak pernah guna santan dalam roti jala. Sis campurkan semua bahan, masuk air, dan adun macam nak buat lepeng tu, kemudian amik blender, blender semuanya sampai halus.

Inagt jangan pekat sangat dan jangan terlalu cair sangat. Pandai-pandailah korang meng-agaknya.


Haa guna acuan 3 lobang tu ha untuk kirai roti jala, lebih senang. Pastikan guna kuali tak melekat ya. Macam Sis tu guna kuali DIY ajer, memang best! Sekali buat je cepat dan tak melekat. Then korang kirailah ikut suka ko. Kirai Sis pun kadang elok, kadang haa sukahati, janji rupa roti jala tu ada hahahaha.

Sis buat sekilo tepung, rendang ayam seekor. Makan seharian, adalah bakinya sikit semangkuk rendang. Puashati makan. Bila tengok anak dan Suami makan berulang-ulang, penat mengirai tu hilang terus. Jadi seronok..nantilah tunggu anak-anak semua balik, Sis nak kirai lagi, tapi nak buat makan dengan kari ayam pulak.

Ha yang tanya semalam nak tengok Nasi Goreng Sotong tu, haa boleh baca post Sis yang ini ya.

[Baca Juga] : Nasi Goreng Sotong Paka 

Okaylah cukup dulu untuk harini. Curi-curi update sementara Suami tengah meeting ni. Nanti free sambung lagi cerita ya. Tekak Sis ko dah merindui asam pedas ni huhuhu..aishh tekak Johor betulkan!

Bye..


P/S: Alhamdulilah..terima kasih Suami ku ❤

36 comments:

  1. alahai sedapnya sis... rendang ayam tu pun nampak best.. tp kite lebih suka makan rendang daging dari rendang ayam.. haha.. tetiba rasa nak makan rendang pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maunya tak sedap, makan non stop bergulung-gulung uii Dilah hahahaha

      Delete
  2. memang sedap kak, dana tak pernah pun buat roti jala sendiri heheheh... lagi teruk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe nanti cubalah, senang je pakai 3 lobang tu Dana..

      Delete
  3. Fuhh sedapnyaa nampak pairing nii. Before ni biasa makan roti jala dgn kari etc kan tapi layan dgn rendang pon mesti sedap jugak kan! Adoii lapar dah tetibe haha ๐Ÿ˜†

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn...nanti trylah Qeela, kompom makan bergulung-gulung hahahaha

      Delete
  4. Sedapnyaaa sis roti jala dengan rendang tu. Makan rendang dgn nasi panas pun sodapp tu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha memanglah sedap kalau makan pepanas rendang dengan nasi Farah, tapi lebih nikmat makan dengan roti jala hehehe

      Delete
  5. adeh nasib baik bukan jiran kami, kalau tak dah jejak kaki pi rumah. eh? hahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha meh laa kita berjiran Umi hahahaha

      Delete
  6. Ya Allah sedap betul la kak nampaknya roti jala ni. Makan lak rendang ayam!! Adoiii mengundang betul laaaa entry ni haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha silalah buat dan mengirai yaa Cik Min hahahaha

      Delete
  7. ni kalu minum petang memang sedap, lagi-lagi kalu baru masak memang bertambah la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, makan dan minum dengan kopiO panas, perghh mengundang kegemukkan gitu hahahaha

      Delete
  8. Alamak kecur air liur tengok..selalu makan dengan kari tapi.kali ini dengan rendang nmpk menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali kita kasi tukar Ayu..jom le tumpang sekali serendang sekali hahahaha

      Delete
  9. Replies
    1. Yerr Wak, bahaya sungguh makan roti jala dengan rendang ni hahahaha

      Delete
  10. Roti jala memang favourite saya. Nak nak makan dengan rendang ayam lagi lah. Memang tak pandang kiri kanan dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes! Samalah kita...kalau jemu makan nasi aje, kita buat roti jala plak Mimie hehehe

      Delete
  11. dah lama tak makan sejak saya tinggalkan pemakanan tinggi karbo. roti jala is one of my favourite.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali bolehlah Rai..selalu tak boleh hehehe

      Delete
  12. sedapnya alahai. rasa macam nak buat sekarang je :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa silalah buat beserta rendang ayamnya hehehe

      Delete
  13. Aduh2 sedapnyaaaa berselera tengok!
    ( eh bukan puji, tapi hakikat la sis lin, kalau kita masak sedap, xpe, cakap je sedap! saya pun begitu! ;) )

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa begitulah..Sis kalau sedap kata sedap, tak kira masak sendiri ke atau orang lain punya...ikhlas kann...

      Delete
  14. Memang gabungan yang sepadan bila roti jala dimakan dengan rendang. Sis juga suka rotijala dicicah dengan kuah durian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Arghhhh itu lagi sedap, cecah dengan serawa durian arghh sedapnyaa...

      Delete
  15. Ya ampunnn sedapnya. Tak pernah cuba lagi makan roti jala dengan rendang tapi rendang memang favourite Marina

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe nanti boleh cuba Marina, mesti suka hehehe

      Delete
  16. perghhh mengancammm rendang ayam tu! bila la nak menjala sendiri ni...ade gak menjala kat kedai ni kang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha kat kedai pun susah nak cari roti jalannya Sunah..jom laaa nanti kita menjala kat rumah Sis ya..

      Delete
  17. Sis... tolong sisssss... tolong post ke KL ye. Terliur la tengok ko punya roti jala dgn rendang ayam tu.. Haish, bila la dapat rasa tu.. hikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha jom laaa ke Johor, nanti Sis jalakan ko beserta rendangnya sekali Dik Bee

      Delete
  18. Sedapnyaaaaa... favourita de amour ni... roti jala sedap... rendang ayam pun sedap... nakkkk jugak la camni... hehehehe... terus terliur ni sis... balik KL nanti nak masak rendang ayam lah sempena CNY...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe kalau dah terliur kena laa buat yaa De heheheh

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.