DOA AGAR TERHINDAR DARI WABAK PENYAKIT BERJANGKIT

DOA AGAR TERHINDAR DARI WABAK PENYAKIT BERJANGKIT | Hidup sihat merupakan salah satu nikmat terbesar dalam kehidupan kita. Tidak seorang dalam kalangan kita yang mahu mengidap penyakit atau mahu jatuh sakit. Apatah lagi penyakit yang kronik dan boleh membawa maut.

Namun bagaimanakah kesedaran kita dalam menjaga dan memastikan kesihatan kita berada pada tahap yang terbaik. Nikmat sihat seringkali membuat kita lupa dan leka. Apabila sudah jatuh sakit barulah kita sedar betapa besarnya nikmat sihat. Dan betapa mahalnya sakit.

Kenapa kita tidak menjaga kesihatan semasa kita masih sihat dan segar bugar, bukankah mencegah itu lebih baik daripada mengubat?

Dan salah satu cara untuk pencegahan adalah dengan berdoa. Selain daripada berusaha, kita sebagai umat Islam dianjurkan untuk mengiringi usaha yang kita lakukan dengan doa dan permintaan kepada Allah S.W.T. Doa juga merupakan senjata yang begitu ampuh bagi seorang mukmin. Bukan saja itu dengan berdoa kepada Allah itu adalah ibadah yang paling Allah sukai.

[Baca Juga] : Kes Influenza (ILI) Semakin Meningkat. 


Berikut adalah Doa Menghindari Wabak Penyakit daripada Dato’ Hj. Mohd Murtadza Bin Hj. Ahmad, Mantan Mufti Negeri Sembilan Darul Khusus.

Bismillahirrahmannirrahim ....


Kami berlindung dengan Mu Ya Allah! Tuhan yang memiliki keagungan dan kekuasan, kami berpegang teguh pada  Mu Ya Allah! Tuhan pemilik sekelian alam ghaib, dan kami bertawakal kepada Mu Ya Allah! Tuhan yang hidup lagi tidak mati, Ya Allah! Jauhkanlah kami daripada wabak ini dan taun, dan bala bencana, (kami mohon) dengan Ihsan Mu wahai Tuhan yang Maha lemah lembut lagi Maha Menguasai! Sesungguh Dikau Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Selawat dan salam ke atas junjungan penghulu kami Nabi Muhammad SAW, ahli keluarganya serta sahabat-sahabat Baginda. Segala puji bagi Mu Ya Allah! Tuhan pemilik sekelian alam!

Kita tidak boleh memohon kepada Allah swt untuk menghapuskan wabak dan segala  penyakit kerana semuanya mempunyai hikmah dari Allah tetapi kita disunatkan memohon dilindungi oleh Allah dari segala  wabak penyakit tersebut sekiranya kita benar-benar layak dilindungi oleh Allah tetapi jika kita telah tersenarai dalam catitan Allah maka terimalah kerana Allah Maha Adil.

Mungkin pada mata kasar kitalah manusia paling baik, kitalah manusia paling warak tetapi keputusanya Allah telah putuskan. Moga kita semua di lindungi olehNya.


P/S: Ada yang amik remeh bab kes Influenza tu kan, ermmm tak takut ke? Cegah sebelum parah!

30 comments:

  1. amin, moga kita semua terhindar dari masalah influenza ini atau segala penyakit merbahaya lain ya kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaamiinn, mohon di jauhkan...moga kita di lindungi olehNya..

      Delete
  2. thanks sharing sis...insyallah..moga kita terhindar dari segala penyakit yang berat

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah Eda..mudah-mudahan, cegah sebelum parah, aamiinn...

      Delete
  3. Doa..usaha sepaling maksimum.
    Situasi sekarang membimbangkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa PC, jangan lokek masa untuk menadah tangan dan duduk lama ketika sujud dan mohon kepadaNya..

      Delete
  4. semlm Ijat balik skola, selsema.
    aida terus mandikan dia. bersihkan hidung dia. terus urut badan dia dgn eo.
    risau!
    mlm slow kan kipas. sederhana. tak nak selsema or demam.
    so far, pagi td ok good. tgk la camne ptg ni.
    risau! influenza serius kan now.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah...ye Aida, kita sehabis baik untuk buat pencegahan kebersihan di rumah mahupun sebelum anak ke sekolah atau berjalan...mudah-mudahan kita dilindungi...

      Delete
  5. Terima kasih sis lin sebab share doa ni. Memang perlu sgt doa ni memandangkan skrg byk betul penyakit..skrg influenza pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama kasih Cik Min...kita tawakkal dan berserah aje laa padaNya..itu yang sehabis baik kita boleh buat...

      Delete
  6. risau pulak sekarang banyak penyakit baru muncul, harap la dapat dijauhkan dari bala penyakit ni. amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa sangat risau dan takut sebenarnya...kita cegah dan ikuti aje langkang-langkah keselamatannya..

      Delete
  7. Alhamdulillah satu perkongsian yang sangat berguna sekarang ini kerana Malaysia diserang dengan macam-macam penyakit berjangkit sebelum ni tak ada teruk macam ni tapi sekarang makin banyak sampai ada yang meninggal takut juga kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitulah Maha, satu persatu ujian buat rakyat Malaysia ni...kita berdoa aje bebanyak moga kita semua dilindungi...

      Delete
  8. Terima kasih atas perkongsian. Betul, risau jugak sekarang ni macam macam penyakit lah yang datang. Harap harap keluarga kita semua dijauhi lah benda benda macam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann, bukan main-main ni sampai bawa kematian, tak boleh amik remeh...kena alert..takut sangat...

      Delete
  9. Risau sekarang dgn influenza, moga kita semua jaga kesihatan, kurangkan aktiviti luar dan terhindar dari wabak penyakit tersebut.

    Thanks for sharing the doa sis lin. Its good utk kita amalkan dan serahkannya pada Allah. Moga semuanya dipermudahkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah Farah, kita cegah dan amik langkah keselamatan untuk hindar..moga kita semua alert dan dilindungi olehNya..

      Delete
  10. betul tu, doa dahulu agar terhindar, kemudian usahalah dan ikhtiarlah. mudah2an Allah selamatkan kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup..tu aje yang termampu kita buat..kita berserah aje..tapi jangan amik langkah mudah dan remeh..

      Delete
  11. Terima kasih atas perkongsian sis..sangat2 membantu...

    ReplyDelete
  12. sama2 kita doa semoga ahli keluarga kita selamat dari wabak influenza ni. sesungguhnya doa itu senjata mukmin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaamiinn, itu semestinya Huda, doa doa dan doa ...jangan henti berdoa..

      Delete
  13. Terima kasih di atas perkongsian ini. Semoga kita sama-sama dihindar dari penyakit watak yang sedang melanda negara kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah #SisSharing Zarin..moga manfaat buat kita semua...

      Delete
  14. Terima kasih atas perkongsia ini. Insyaallah akan diamalkan.

    ReplyDelete
  15. Bru2 ni salah sorg kwn sy dijangkiti h1n1. He's a muslim, i will share this post with him. Also, you are a very kind person :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah...mudah-mudahan kawan you segera sembuh dan sihat ya Grace..

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.