Header Ads


DRAMA CAMELIA TV3 : SAKIT HATI TENGOK WATAK MARINA TU!


DRAMA CAMELIA TV3 : SAKIT HATI TENGOK WATAK MARINA TU! | Ya Allah, sakit hati bagaikan rasa nak masuk dalam tv tiap kali nengok lakonan Ain Endruce bawa watak Marina tu dalam Drama Camelia TV3 yang di siarkan setiap hari Isnin sampai Khamis jam 10pm. Korang tengok tak?

Mulanya Sis tak follow gak cerita ni, ada satu hari tu, Sis bukaklah Youtube, ternampak video episod 1 Camelia ni, ceh klik le nak tengok je, best ke idok sebab Sis suka lakonan Saharul Ridzwan tu. Sekali tengok episod 1 terus terjebak sampai laaa ke episod 8 semalam hahaha.

Tapi episod awal-awal tu dari 1 hingga 5, kalau korang tengok, Ya Allah mengugat kesabaran Sis sebagai penonton. Geram gile nengok si Marina tu. Kurang ajar dengan Mak Bapak dia sampai mati keduanya, lepas tu di buatnya Kakaknya, Mariam lakonan Dania Danielle tu sampai sanggup upah orang untuk rogol kakaknya, dan sanggup cederakan Abangnya Malik tu sampai hilang ingatan tapi si Marina ni adeii hati batu gile!

Bila dah kawin pun, dia buat Laki dia sampai masuk penjara, duk sakan 'main' dengan jantan lain. Padahal Laki Doktor dan kaya plak tu. MIL dia pun, punyalah baik pun dia tengking-tengking, bodoh betul kau Marina oi!! Takde perasaan langsung dia dalam watak Marina tu..stress ko nengok cite ni hahahaha..


Cuma sekarang Sis masih blur gak, kenapa tiba-tiba muncul 'Camelia' dalam hidup Mariam...ermmm puas gak Sis fikir, tapi yeee mungkin imaginasi dari dalam fikiran dan hati si Mariam yang rasa geram dan nak membalas dendam kepada Marina. So sebab tu kadang dia akan bertukar menjadi Camelia dan sekejap berubah menjadi Mariam.

Harap-harap Mariam tidaklah sejahat macam Marina bila menjadi Camelia huhuhu..

Korang yang belum tengok tu, haaa silalah nengok, kalau tak dapat tengok malam tu, tengok ulangannya di Youtube TV3.

Sinaopsis Drama Camelia 

Mengisahkan tentang kehidupan sebuah keluarga yang porak peranda disebabkan perangai anak-anak yang suka meroyan.

Pada tahun 1999, 3 adik-beradik, Malik, Mariam dan Marina tinggal bersama ibubapa mereka, Halim dan Zainab, dan nenek sebelah mak mereka, Tok Su. Mereka bukan keluarga kaya, mengerjakan sawah yang dipajak.

Mariam tertekan semenjak kecil kerana selalu dipandang rendah oleh neneknya, Tok Su. Tok Su sering lebihkan adiknya, Marina yang dikatakan amat cantik berbanding dirinya.

Walaupun emak, ayah dan abang angkatnya, Malik berada dipihaknya Mariam tetap tertekan. Kejahatan Marina juga membuatkan Mariam trauma. Tekanan dan trauma yang berterusan kemudiannya telah menyebabkan  Mariam memiliki ‘split identiti’.

Identiti dimana dia mahu kelihatan lebih cantik daripada Marina. Identiti yang bernama ‘Camelia’. Camelia mula menguasai diri Mariam dalam usaha membalas dendam di atas setiap perbuatan jahat Marina.

Malik yang akhirnya menjadi suami Mariam harus berusaha untuk mengembalikan Mariam sebelum Camelia mengambil alih sepenuhnya badan Mariam. Malik berharap kekuatan cinta mereka berdua yang dipupuk sedari kecil dapat mengalahkan ‘Camelia

Sumber: wikipedia

Senarai Pelakon Drama Camelia

Saharul Ridzwan – Malik
Diana Danielle – Camelia / Mariam
Ain Edruce – Marina
Hafidz Roshdi – Dr Azman
Lisdawati – Zakiah / Mak Su


P/S: Ada ke ek manusia sejahat Marina realitinya? kalau ada, kasi cekik bagi mampos kecik-kecik dulu sebelum menyusahkan orang hahahaha..

10 comments:

  1. Ada tertengok sekali tapi tulah mujur tak terjebak hehehee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha sila tengok sampai episod 9 dah ni hehehe

      Delete
  2. tengok promo pun dah stress, malas nak tengok takut terjebak pula nanti..hehe ♕ Tiara Sapphire ♕

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn memang stress nengok ceritanya,,sakit jantung dibuatnya..

      Delete
  3. Memang stresss! Boleh naik darah tinggi tau!
    Saya suka semua pelakon dalam cite tuh! Hehee~
    Tak sabar nak tengok next episode!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha engko pun tengok ek Non..baik-baik Non, kang jantung tercabut hahahaha

      Delete
  4. adeii nasibb umah ni takde TV, nak tengok kat youtube, wifi da habis kuota...kalo tak, aku pun sakit hati sekali..ahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha silalah tengok, geram meroyan Sis ko nengok depan TV oii..emosi gile di buatnya hahahaha

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.