Header Ads


SELAMAT HARI LAHIR MAT GEBU @ ADNAN IBRAHIM


SELAMAT HARI LAHIR MAT GEBU @ ADNAN IBRAHIM | Hari ini 8 Januari 2020 hari istimewa buat rakan blogger Sis, Mat Gebu atau lebih di kenali dengan Adnan Ibrahim (FB) yang Sis kenal hampir 11 tahun sudah. Perkenalan dari alam maya (dunia blog) membawa kepada facebook, dan seterusnya berjumpa face to face, dan hingga ke harini, inilah rezeki persahabatan kami yang Allah pelihara. Alhamdulilah.

Harini Mat Gebu masuk umur 44 tahun, dia sebaya dengan Sis tahun 76, cuma dia kira macam abanglah sebab dia awal tahun kan, Sis pula bulan November. Dan ada sorang lagi geng kami tu Ben Ashaari, pun sebaya gak tapi dia sepanjang masa ngaku muda jee dengan Sis, sebab dia lahir 30 November hujung bulan, Sis pula 19 November, tetap nak menang muda, padahal alaaa sama bulan je dengan Sis cuma beza hari je hahaha..


Hahaha okay jangan keliru, ini bukan Mat Gebu, ini Sis Lin ko hahahaha. Mat Gebu hanya sebekas mangkuk tingkat biru tu haaa...Yang ku pegang, ku usap dan ku raba hahahaha, gituuu...Yaa Mat Gebu ni Sis pun tak taula nak kata ek, special ke orangnya atau limited edition ke orangnya, tapi yang Sis tau, Mat Gebu ni ekslusif orangnya okay!

Tak semua orang boleh jumpa dan kenal dengan lebih dekat dengannya. Rezeki Sis yang sekepala dengannya dan kami gila-gila sikit, makanya kami serasi bersama, sangat rendah diri orangnya, yang dah pernah jumpa atau kenal dia, mesti tau kan perbatasan kehidupan dia, bukan sembarangan punya orang yang ko boleh main sondol je, kena hormat pendirian dia dan jaga budi bahasa ketika dengannya, silap haribulan, engko tak jumpa jalan balik keluar Sedenak tu hahahaha...

Tapi bagi Sis, Mat Gebu sangat pemurah, baik hati, lemah lembut dan sopan santun dalam bicara dan hormat orang tua, susah nak jumpa orang macam dia tu, menjaga orang tua bagai menjaga nyawanya sendiri. Tahniah Mat..

Selamat hari lahir buat ko Mat. Aku doakan moga ko di murahkan rezeki, dipanjangkan umur, bahagia dan ceria selalu bersama insan-insan yang ko sayang dan hidup ko sentiasa di rahmati Allah swt. Aku akan sentiasa ingat jasa baik ko sekeluarga dan akan ingat selalu ingat nasihat dan pesanan ko buat aku. Terima kasih Mat. 

Ada yang tanya, Mat Gebu tu pompuan ke lelaki?
Hahahaha soalan tu bertahun-tahun orang tanya, takde soalan lain ke aaaaa....next!

Blog : Dapur Tanpa Sempadan 
Facebook : Adnan Ibrahim
Facebook Pages : Tiffinbiru Dot Com 
Instagram : Mat Gebu


P/S: Mat..jangan lupa air kopiO aku, seteko okay!! ..lalalalala...

8 comments:

  1. Selamat Hari Lahir diucapkan buat Abg Mat Gebu... LeYa pun tak pernah bersua lagi dengannya.. Hee..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah rezeki dapat bertentang mata dengan abg mat gebu 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeee Umi, kenalan ha,pir masuk tahun ke-12 dah..alhamdulilah ...

      Delete
  3. Dana suka tengok ig cik Mat, lagi-lagi kalau bab dia masak tuh... nampak menyelerakan betul lah...

    HB buat cik Mat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa Dana, blog dia pun penuh menu sedap-sedap, bulan puasa mesti cari resepi kat sana hehehehe

      Delete
  4. pibedayyy pcm...makan apa tu haaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan nasi lemak ayam dara Suanh heheheh kek marble juga ...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.