Header Ads


SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT ANAK MAK


SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT ANAK MAK | Alhamdulilah, semalam dapat juga penuhi jemputan perkahwinan anak angkat Sis, yang Sis panggil Shu di Air Itam,Johor. Mulanya takut gak tak sempat nak datang, sebabnya semalam ada 3 jemputan kahwin yang nak di penuhi.

Dah bagitau Suami, takpelah mana yang sempat kita pergi, kalau tak, takde rezeki nak jumpa. Nasib baik juga jemputan di Melaka tu adalah kawan sekolah lama Sis, makanya kalau datang lambat pun, kata Suami takpe, dapat berbual lama nanti, sebab majlis mungkin dah habis so boleh duduk borak panjang.

Makanya semalam habis aje Team Building company Suami di Lotus Desaru tu, selesai check-out, terus gerak ke Sri Alam Masai dulu untuk hadiri jemputan kahwin kawannya Suami. Ermm faham-faham ajelah bila Suami dah jumpa geng-geng lama kerja dulu, kemudian bercerita pulak bab memancing, adeii duk jeling-jeling Sis nengok Suami sambil tunjuk jam. Bukannya apa takut tak sempat nak ke jemputan lain.

Dalam jam 2pm lebih gak baru gerak ke Air Itam,Johor untuk majlis perkahwinan anak anagkat Sis ni, nasib baik juga sempat jumpa dia, sebabnya dia nak keluar untuk photoshoot outdoor. Dah bagitau anak Sis, mungkin lambat sikit. Nasib baik jalan tak jem. Anak Sis,Yana memang dari semalamnya dah tidor bermalam di rumah Shu, ye ler jadi pengapit katanya hehehe. 


Cantik! Bagai pinang di belah dua. Macam nak nangis gak semalam bila dapat jumpa anak angkat Sis ni, sebab lama tak jumpa dia. Kalau semalam tak dapat jumpa dia, memang terkilan sangat laaa Sis, tapi alhamdulilah, dapat juga jumpa walaupun sekejap.

Selamat Pengantin Baru Shu Mak ucapkan, moga Allah limpahkan kasih sayang dan kebahagiaan dalam rumahtangga anak Mak, dan semoga menjadi isteri yang solehah dan taat pada Suami. Yang gelihatinya Sis siap pesan, jangan mengandung dulu, nanti takut Yana kawin Shu tengah dalam hari kakakakakakah!..

Anak Sis bila pulak? Hahahaha Maknya tak paksa, nak kawin ye kawin, sampai jodoh ye kawin. Kalau takde tu, belum jodoh laaa tu...


Dari Air Itam Sis dan Suami terus pecut ke Melaka. Jam dah menunjukkan jam 5pm lebih. Kami solat jamak di RnR aje dulu kemudian baru terus pasang waze untuk ke rumah kawan Sis tu di area Sungai Udang. Suami memang tau area rumah kawannya Sis tu sebab dekat dah dengan tempat kerjanya tu di Melaka.

Macam yang Suami bagitau awal-awal tu, memang majlisnya dah selesai pun, khemah pun dah di kemas, tapi takpe, janji niat nak datang jumpa kawan Sis tu dapat di tunaikan, akhirnya kami berjumpa. Hampir lebih 10 tahun kami tak jumpa, maunya tak borak panjang dengan kawan Sis tu. Cuma kami lupa nak bergambar pulak.

Suami pun memang kenal rapat dengan kawan Sis ni, dari zaman sekolah sampai sekarang memang kami saling kenal, cuma tempoh 10 tahun tu kami tak dapat contact, sebab kawan Sis tu pindah Melaka dan no telefonnya hilang dari data Sis. Nasib baik juga anaknya dapat cari Sis di facebook, alhamdulilah.

Borak punya borak, dekat jam 10pm lebih baru Sis dan Suami beransur balik. Memang Sis pun takde booking memana hotel. Makanya sambil drive tu barulah bukak Agoda dan Sis terus ajak menginap di Platinum Hotel & Suites ni. Nasib baik ada kosong.

Pernah menginap di sini sekali dulu sewaktu ikuti program Surfcasting bersama Tourism Malaysia tahun lepas. Sebab tu bila kata cari hotel area bandar, terus ajak Suami ke sini aje hehehehe.

[Baca juga] : The Platinum Hotel & Suites Melaka

Masa korang baca post ini mungkin Sis dah check-out dan dah gerak ke tempat lain pula. Kemana? Jeng jeng jeng..rahasia hahahahahhaa...

Okaylah nanti sambung. masa menaip ni jam dah 11.13pm (18/1/2020) di laptop, So okaylah...sambung cerita lain nanti ya.


P/S: Satu pertemuan di Melaka yang tak dapat di lupakan, syukur Allah permudahkan semuanya hari ini (Sabtu 18/1/2020).

14 comments:

  1. cantiknyaaaa pengantin!

    tajuk memang nak provok orang ek? hahahah! terkezuttt kita tauuuu, ingatkan yana da kawen 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann cantikkan Sunag, macam kembar Yana kalau ko tengok dekat hehehehe...
      Yana kawin? Tahun depan hahahaha

      Delete
  2. Ingatkan anak sis kahwin, hehehe.

    Selamat Pengantin Baru buat anak angkat sis dan suami.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha kalau anak Sis kawin, takkan laa tak jemput ko ahahahaa

      Delete
  3. selamat pengantin baru semua..:)

    ReplyDelete
  4. Selamat pengantin baru anak Mak, jauh nau jalan pergi kenduri ye.. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyerr jauh pi makan kenduri, sampai ke Melaka hehehehe...

      Delete
  5. Kalau lama tak jumpa tu pasti drama airmata pun ada kan...macam SA x jumpa kawan sekolah dah 20 tahun lebih...memang menangis dibuatnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa SA, tapi tahan tak menitis sebab taknak pengantin sedih heheheh

      Delete
  6. Selamat pengantin baru buat sang mempelai :)

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.