Header Ads


TOURISM MALAYSIA MENYAMBUT PELANCONG DI PINTU-PINTU MASUK UTAMA BERSEMPENA TAHUN MELAWAT MALAYSA 2020


TOURISM MALAYSIA MENYAMBUT PELANCONG DI PINTU-PINTU MASUK UTAMA BERSEMPENA TAHUN MELAWAT MALAYSA 2020 | Tourism Malaysia membuka tirai 2020 dengan mengadakan acara sambutan di pintu-pintu masuk utama dan lokasi terpilih untuk menyambut Tahun Melawat Malaysia 2020 (VM2020) pada 1 Januari 2020.

Sis bersama rakan media lain juga berpeluang untuk turut serta meraikan pelancong yang masuk ke Malaysia dari pintu masuk di Kompleks ICQS Rantau Panjang Kelantan. Majlis sambutan ini diadakah secara serentak di 23 pintu masuk utama dan lokasi terpilih di seluruh Malaysia.


Kalau yang sedia maklum, yang ikuti perkembangan Sis ketika mula sampai ke Kelantan sebelum tahun baru, Sis dan rakan media lain telah ke Golok,Thailand untuk menyambut Tahun Baru 2020 di sana sempena Program Sambutan Ambang Tahun 2020 & Visit Malaysia 2020. Makanya pada keesokkannya 1 Januari 2020, kami semua dari Golok, Thailand melangkah masuk ke Malaysia bersama 100 orang pertama pelancong dari Thailand yang memasuki Malaysia pada 1 Januari 2020.

Masa tu Sis ko rasa dah macam pelancong Thailand plak hahaha. Tiba di pintu gerbang tu, beratus orang sambut kami, meriah sungguh pada hari kejadian itu. Bagi meningkatkan kemeriahan majlis, mereka disambut dengan iringin persembahan kebudayaan Tradisional Kelantan dan diberikan bag cenderahati berupa barangan promosi dan cenderahati VM2020 sebagai tanda penghargaan dan kemesraan rakyat Malaysia.

[Baca Juga] : Setelah Setahun Meninggalkan Rumah 



Sambutan rombongan Gabenor Narathiwat Tuan yang Terutama Ekkarat Leesen di sambut penuh meriah bersama Timbalan Exco Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan Negeri Kelantan, Dato' Haji Hassan Mahmood, juga Pengarah Tourism Kelantan Hafiz Hazim yang turut menyertai acara sambutan ini yang di adakan di Kompleks ICQS Rantau Panjang, Kelantan ini yang merupakan lokasi utama yang di pilih untuk menyambut pelancong.

Acara sambutan ini di adakan dengan kerjasama kerajaan negeri dan agensi korporat yang terlibat dalam industri pelancongan yang turut sama memeriahkan majlis di setiap lokasi pintu masuk dengan penglibatan dari segi bantuan persediaan majlis dan juga sumbangan penyediaan cenderahati untuk pelancong.


Dan tak sangka juga pada majlis sambutan itu, Sis bertemu dengan geng blogger lama Sis, Nik Nurehan. Dia merupakan anak jati Kelantan dan sekarang dia suami isteri sedang giat aktif dalam dunia blogging dan turut sama dalam mempromosikan Malaysia. Tahniah Ann, teruskan menulis dan terus giat aktif dalam dunia blog ni!! ..




Malaysia telah menetapkan sasaran 30 juta kedatangan pelancong luar serta hasil pendapatan pelancongan sebanyak RM100 billion sempena VM2020. Berpandukan slogan 'Visit Truly Malaysia 2020', Kempen VM2020 menjanjikan sambutan hangat yang dipenuhi dengan pelbagai perayaan dan acara menarik sepanjang tahun.

Senarai acara-acara utama ini korang boleh layari laman web rasmi Visit Malaysia 2020 di http://vm2020.malaysia.travel/ 

#MYtravelmediabuddy #visitmalaysia2020 #tourismmalaysia #malaysiatrulyasia #FAMmediatrip #visitkelantan2020


P/S: Pertama kali sambut tahun baru di negara orang..alhamdulilah ..

4 comments:

  1. bestnya sebab dapat join kak, bukan biasa-biasa nih....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah, berpeluang dapat join sama Dana...

      Delete
  2. best sangat, dapat berlari dari Thailand ke Malaysia...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha Sis ko dh macam orang Narathiwat je ek hahahaha

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.