Header Ads


BARU CUCI KERETA, HUJAN PUN TURUN


BARU CUCI KERETA, HUJAN PUN TURUN | Begitulah selalunya, asal cuci kereta, hujan turun, dan bila hujan turun, baru lepas cuci kereta hahaha. Adeii nak salahkan siapa? Takde siapa yang bersalah dalam hal ini, tapi hujan itu rahmat. Bila dah hujan, Dia suruh rehat duduk rumah, tengok tv dan makan. Kalau tak nanti kalau dah keluar, lauk yang dah masak dalam periuk tu, takde sapa nak makan hahaha.

Tempat korang macam mana? Hujan ke tak semalam?

Semalam siangnya Sis keluar sekejap, ada media review di Sugar Bun Johor di Sri Alam bersama Sunah. Masa tu hari dah hujan dah tapi gerimis mengundang jer. Masa dah selesai 'kerja' tu, waktu tengah makan, haaa masa tu hujan turun kemain lebat lagi. So kami berdua layan makan duduk situ makan sampai tinggal tulang hahaha.

Hujan tetap gak turun tak henti-henti.. Tapi rasanya lama gak Johor tak hujan lebat gini. Dah berapa hari panas berdenting kat tempat Sis ni. Sekali kalau dah hujan, haaa kemain lebat, bila panas, merentung panas hahaha.

Bersyukurlah ada hujan dan panas kan..


Dalam pada tengah makan dalam Sugar Bun semalam, sambil nengok hujan di luar tu, teringat dan mengeluh gak sekejap dalam hati. Ermm baru cuci kereta, dah hujan. Nasib gak satu dalam rumah, tapi satu tu kat luar, makanya ermm faham-faham aje la. Tapi nasib hujan lebat, so takde laa kotoran hujan tu melekat teruk kat kereta.

Dan kononnya lepas makan tu, nak bawalah kereta anak yang Sis bawa tu pi cuci, tapi bila dah hujan, ermm terus tak jadilaaa..esok-esok je la cuci. Yerr hujan dia dari siang membawa ke malam kan? Sejuk je rasa semalam. Mula-mula tu, duduklah depan pintu sambil tengok hujan turun, sambil berkata, seronoknya kalau dapat main hujan ni hehehe!

Pastu perut rasa lapar pulak, makanya Sis ko buat lempeng makan dengan asam pedas. Habis 3 keping Sis ko bedal sambil nengok cite hantu Thai hahaha.


Padahal, siangnya dah kenyang makan macam-macam menu baru di Sugar Bun tu. Tapi tu makan tengah hari kan. Korang tau, Sis baru tau yang Sugar Bun tu dah ada menu macam ni tau. Sis ingat dulu dan setahu Sis Sugar Bun ni hanya menu ayam goreng aje macam ayam KFC tu ha. Kesahnya ada macam-macam menu dah selain Laksa Sarawak.

Menu baru apa di Sugar Bun tu nanti Sis post di lain entri ya. Ada banyak lagi set yang korang mesti cuba,. Harga pun berbaloi. Puashati makan dengan harga yang di sediakan. Sabar nanti Sis cerita.


Dan bila dah hujan-hujan, time tu laa teringat segala benda yang ko makan semalamnya kan hahahaha. Termasuk dua ketul pastri ni haaa.. adeii sedap gile ko Croissant Salted Egg di Seven Oaks tu. Mula nampak je macam keras bedengkung, tapi bila baca haa salted egg, terus Sis cuba seketul dan Sunah cuna yang atas tu, entah apa laa namanya.

Sedap! Tu je mampu Sis cakap.. kang ada plak yang cakap 'Sis ko ni batu gan kayu pun kata sedap' hahahahaa...habis dah sedap, kita cakaplah sedap...pebendeee leee ...eeeee..

Sedap tak sedap, pi cuba sendiri laaa...

Okaylah, cukup dulu cerita hujan dan makan pagi ni. Sis ada benda nak buat sikit. Pagi ni mood agak kelaut sikit, tak tau kenapa, terbuku dalam hati rasa ketidakpuasan, pasal apa? ENTAH...so korang jangan memacam dengan Sis, kang ada makan tangan kang..

Okay dah..Bye ..


P/S: Ingat ek.. Sarang tebuan jangan jolok, kang lebam satu muka!

40 comments:

  1. Hahaha kita pun selalu camtu sis..bila cuci kete je ujan akan turun hahahah..btw sedapnya nampak crossaint tu ya Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn time tu tak kena, asal cuci je hujan..asal hujan je cuci kereta hahaha

      Delete
  2. Dekat Seremban dari pagi hujan sampai ke petang semalam. Hari ni cuaca nampak okay je. Hahaha.. Suami saya kalau dia lepas basuh kereta lepas tu hujan turun membebel dia. Cakap menyesal cuci kereta.. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha sama je ek, mesti bebel sendiri hahahaha

      Delete
  3. ei sedap laaa...sila setuju beramai2~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ya sila setuju ramai-ramai...tapi apa yang sedap haa?

      Delete
  4. kira oklah ddk jugak dalam garaj macam umah kita, redho je almaklum takde paking bumbung rumah apartment

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu masa Sis rumah takde garaj pun sama Dana, tak boleh tengok kereta kotor, mesti nak cuci..sampaikan kalau hujan pun pi cuci gak hehehe

      Delete
  5. uisyhhh bun pun dah ada salted egg dah sekarang. Hujan2 macam tu memang sedap makan bun panas2. Semalam hujan jugak sampai ke petang, nasib tak basuh kereta lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa sedap sangat bun tu Farhana..sekali koyak bun tu, wowww salted egg dia keluar menjilat jari..

      Delete
  6. Sekarang ni famous kan salted egg ni. Rata rata menu nak cuba masukkan element salted egg dalam makanan tu. Kalau sedap, ok je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyerr benar, sampaikan kerepek pun ada salted egg gak hehehe

      Delete
  7. Rawlins pun basuh kereta hari Selasa sekali Rabu hujan non stop sampai ke malam semalam. So? Gelak je la dengan keadaan kereta.

    Sugarbun asal Sarawak - maka of course I setuju bila Sis kata lazat! Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kan, tapi takpe, kalau hujan lebat, kereta still bersih, jangan hujan renyai-renyai, kotor kereta jadinya, janji dalam bersih...

      Yup lazat semuanya !

      Delete
  8. bestnya hujan. kat belah utara ni dah lama tak hujan.. ♕ Tiara Sapphire ♕

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo ye ke? Johor pun lama tak hujan, tapi kelmarin tu laa hujan dari pagi sampai ke malam..

      Delete
  9. cantik berkilat.. selpas cuci terus hujan .. tabah je la.. tapi kalau belum sempat cuci terus hujan mmg selamatla.. saya pun suka makan di Sugar bun terutama ikan talapia nya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha tabah melihatnya aje...
      Kann sedap semua set baru Sugar Bun tu kan..

      Delete
  10. Selalu macam ni juga... tapi kita tak boleh marah, Hujun kan Rahmat kena senyum dan berharap agar kereta kita tak kotor he he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Bonde, hujan tu rahmat..makanya senyap aje laa mulut hehehe

      Delete
  11. ramai yg selalu macam tu. bila tak basuh kereta, tak hujan. bila dah basuh elok2 hujan pulak. haha.btw nampak sedap la gamabr2 dalam artikel kali ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, padahal dah seminggu tak cuci, takde hujan pun, tau-tau kita cuci, hujan pun turunn haahahaha

      Delete
  12. sabar je lah sis. btw johor pun hujan jugak ek sekarang. kat kelantan panas terik. minggu lepas dia hujan 2 hari waktu pagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup..Johor kalau hujan, seharian tak stop Madi..kalau panas, panas gile gile hahahhaa

      Delete
  13. selalu jadi macam ni.. bila rajin g cuci kereta, hujan pun turun.. tue awal2 la rasa mcm tu.. nikmat ALLAH SWT bg hujan selepas lama kita berpanas. Liez tgk dessert tu dah tempting kak.. memang favourite ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup..hujan rahmat menyejukkan bumi Allah..makanya redha aje laa..
      Sedap try laa roti tu..

      Delete
  14. Alamak, sebut pasal cuci kereta baru teringat last cuci taun lepas.. haha, xpe la. pi mai pun memang selalu duk mandi ujan je sebab parking xde bumbung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah engko dah setahun tak cuci kereta ek hahahaha

      Delete
  15. Alamak nampak perkataan sugar bun tu agak temptingnla...kalau ke johor nak tryla

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ajomlah ke sini Ayu, nanti roger-roger kita lepak Sugar Bun ya...

      Delete
  16. Heee... Kat penang ni dah lama xhunan sis... Ada mlm bila ntah tgh2 mlm kul 2 pagi mcm tu hujan.. Tpi kejap je.. Frust sbb kejap sgt... Skrg ni kt utara panas kering sgt2.. Jemur baju 2 jam da kering ranggup

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama juga macam kat Johor ni, now dah mula panas balik, haritu je la tu hujan seharian...

      Delete
  17. Kannn... Sakit hati dah oenat cuci ketw pastu hujan tapi tu laaa hikmah dari DIA. Bersenam dalam tak perasan. Kannnn? Tapi... Salted egg bun tu jahat tau! Rasa nak terbang ke JB ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sakit hati dan sakit mata di buatnya Nina, elok-elok dah bersih, ehhhhh kotor balik huhuhu

      Delete
  18. sugar buns ni blkg umh wak jeew... hehehe

    ReplyDelete
  19. memng penat..laki mesti ngadu , baru basuh kereta dah hujan..hehehe..wah bestnya tengok makanan dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehee lagi kalau cuci sendiri kan Nad..kalau Sis hantar kedai aje hehehe

      Delete
  20. Hahaha.Ini paling sakit hati.So sis simpan je la kereta tu jangan kasi keluar garaj sbb air hujan lagi kotor sebenarnya.hehehe

    ReplyDelete
  21. kerap juga berlaku gitu, tapi chill je lah kan. sedap nampak yang salted egg tu. minat sangat

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.