Header Ads


MENGINAP DI H ELITE DESIGN HOTEL KOTA BHARU SATU KEPUASAN BUAT DIRI AKU!


MENGINAP DI H ELITE DESIGN HOTEL KOTA BHARU SATU KEPUASAN BUAT DIRI AKU! | Yup, satu kepuasan dalam diri apabila di beri peluang menginap 1 hari 1 malam di H Elite Design Hotel,Kota Bharu Kelantan ni. Sebabnya, setelah seharian semalaman letih dengan tugasan yang di laksanakan sepanjang menyambut Tahun Baru 2020 di Sungai Golok,Thailand tu, kemudian bila diberi peluang dapat menginap di sini, satu kepuasan yang tak terucap dengan kata-kata sahaja. So Sis kongsikan review pengalaman Sis di sini mengenai H Elite Design Hotel ini.

Dah laa hotelnya cantik, bersih dan selesa, paling mengejutkan kami semua di berikan seorang satu bilik jenis Deluxe King Room yang mempunyai keluasan 27 m²/291 ft², memang puashati! Letih-letih badan, di berikan bilik seluas gini dan tidur sengsorang, maunya tak puashati. Alhamdulilah.

Pengalaman menginap di sini membuatkan Sis sangat rekemen kat korang semua yang ada atau nak datang ke Kota Bharu Kelantan ni. Hotelnya betul berada di tengah bandar Kota Bharu, dan tidak jauh dari lapangan terbang. hanya 12 km aje dari hotel. Antara yang berdekatan juga seperti Pasar Borong Wakaf Che Yeh - 2.12 km, Masjid Kota - 2.65 km, Masjid Pintu Geng - 4.08 km, Kota Bharu Medical Centre - 4.63 km dan juga Aeon Mall Kota Bharu - 4.68 km.

[Baca Juga] : Pertama Kali Aku Ke Golok Sambut Tahun Baru 2020 Di Sana



H Elite Design Hotel - Lobby 

Sebaik melangkah masuk H Elite Design Hotel ini, korang akan terpukau dengan pemandangan yang luas mata memandang yang bagi Sis keluasan lobby hotel ini sangat sejuk mata memandang. Dari segi dekorasinya, perabutnya juga pemandangan luar dari cermin besar tu, membuatkan siapa-siapa yang suka bergambar, memang di sini menjadi tumpuan sangat! Ikutkan Sis pun nak juga bergambar masa sampai tu, tapi masa sampai tu, adoii perut buat hal masuk angin, terus aje ke toilet dulu, tak sempat nak buat apa-apa, nasib lee sempat amik gambar dulu, hahahaha.

Kalau korang perasan lukisan-lukisan yang ada di dinding dan juga yang di pamerkan, ianya adalah bukan saja untuk perhiasan di sini tapi untuk di jual juga. Lukisan-lukisan ini adalah dari pelukis-pelukis tempatan anak jati Kelantan yang sememangnya terkenal dengan lukisan mereka yang begitu kreatif, teliti dan berkualiti. So kalau korang nak beli antara lukisan yang ada di situ, bagitau pihak hotel ya.

[Baca Juga] : Antara Tempat Menarik Di Kelantan Yang Ramai Tidak Tahu



Deluxe King Room 

Setelah dapat aje kunci, terus kami semua naik ke bilik masing-masing. Eh kejap Sis lupa laa tingkat berapa bilik Sis hahaha. Sesampai aje bilik, bukak pintu, wowww, besar sungguh bilik Deluxe King Room ni, dan katilnya kemain besar oii, bergulinglah tidur sengsorang gini ek. Dan apalagi, Sis terus bukak langsir nak tengok view luar tingkap, ternyata indahnya view pemandangan dari bilik Sis. Terus rasa nak nyanyi 'Lihatlah, keindahan, sawah ku yang luas terbentang', hahahaha...yerr ada sawah padi nuu...nampak tak?

Kemudahan dalam bilik seperti biasa, semua ada, air panas, kopi dan teh, hair dryer, tuala, barang mandian, almari, cermin besar, juga strika gosok baju juga pun ada, tapi korang kena col dulu laa, nanti mereka hantar ke bilik. Sis suka ruang tandas dia, sebab tandas berasing dengan bilik tidur. Tandasnya di tepi dan ada dinding memisahkan tandas dan bilik, Yaa sejak-sejak ni semua design hotel macam ni kan..bagus!

Selain bilik yang Sis inap ni, ada juga jenis bilik yang lain, antaranya :

King Suite 

Deluxe Quadruple Room

Deluxe Suite

Deluxe Triple Room
281 Inviting Rooms 

Tu pun ada lagi bilik yang kami tak sempat dan belum boleh masuk, sebab masih lagi dalam proses persiapan akhir. Yaa hotel ni baru lagi, tak sampai lagi setahun, so banyak benda ada yang belum betul-betul ready. Tapi bilik-bilik yang kami inap dan lihat ni, semua dah ready. Bersih dan selesa.

Terdapat lebih dari 281 jenis pelbagai bilik untuk korang nikmati dan menginap di sini. Samaada single, couple ataupun datang dengan family. Kemudahan room servicenya pun cepat dan pantas. Yang penting bilik yang korang bermalam tu bersih dan selesa. Sis memang selesa menginap di sini, sepanjang malam tidur nyenyak lena tanpa gangguan.




Swimming Pool & Kid's Play (Outdoor)

Masa kami sampai tu, memang kesuntukkan masa, dah nak gelap, lagipun mereka nak keluar makan malam, Sis aje duduk dalam bilik merehatkan badan sebab perut tak sedap, masuk angin, kalau tidak boleh juga mandi di kolam renang hotel ini. Ada 2 kolam yang di sediakan, 1 untuk kanak-kanak, dan satu lagi untuk dewasa. Kolam renang ni di buka dari jam 8am hingga jam 9pm, so korang kalau nak mandi semua ada di sediakan, boleh sewa pelampung, ada cafe kecil dan juga ada jual baju mandi kalau nak beli.

Percuma untuk pengunjung yang menginap di sini sahaja ya. Dan juga, di sini, anak korang boleh bermain di dalam area Kid's Play tu bagi mereka yang tidak mandi atau sementara menunggu anak mandi. Juga di sini boleh buat event atau majlis keraian. Untuk yang nak buat tempahan, boleh bertanya terus pada pihak hotel ya.



Fitness Center

Ada juga kemudahan gym. Ni bukan kata mini gym lagi, dah macam gym sebenar, segala kelengkapan ada dalam gym hotel ni. Tu cuma gambar sikit je tu, kalau korang datang sendiri dan mencubanya, mesti korang teruja. Alat-alatannya termasuk treadmill adalah yang terkini dan canggih.



Bisik-Bisik Lounge

Tempat ni kalau korang masuk kena bisik-bisik hahahaha. Yerr namanya Bisik-Bisik Lounge. Kat sini sangat colourful dan tenang sangat! Sesuailah kalau macam Sis ko ni nak update blog bawak laptop guna wifii hotelnya yang laju dan FREE tu. Boleh update blog atau membaca novel dengan tenang dan aman. Sangat suka tempat ini.



Restaurant (Halal)

Besar dan luas giler ruang makan dia. Masa mula Sis masuk mak aiii, memang besar arr, segala sudut ruang Sis ko jelajah hehehe. Untuk sarapan pagi, korang akan makan di sini. Menu-menunya, sudah tentulah menu makanan orang Kelantan yang sedap. Siap ada nasi dagang dan juga Laksam woo pepagi. Apalagi Sis memang akan makan Laksam jerr..

Kalau korang menginap di sini akan dapat percuma sarapan pagi (ikut bilik yang korang amik). Tapi kalau nak tambah, korang kena bayar rm34 sahaja seorang.

[Baca Juga] : Makanan Orang Kelantan 


So korang kalau ada datang ke Kota Bharu,Kelantan, mai laa singgah menginap di H Elite Design Hotel ini. Sangat puashati, bersih dan selesa. Ini berdasarkan pengalaman Sis sendiri yang menginap di sini. Next time nak datang Kelantan, Sis nak tidur sini juga. Tak lama lagi sebelah hotel ni akan buka Mydin Mall terbesar di Malaysia woo..betul sebelah hotel jer, mesti meriahkan.

Terima Kasih Daun Keladi 

Terima kasih buat pihak H Elite Design Hotel yang telah memberi kami peluang untuk menginap di sini. Terima kasih daun keladi, insyaAllah ada umur dan rezeki kami datang lagi. Ke jumpa di Johor nanti ya Tuan hehehehe...

Juga buat pihak Tourism Malaysia, Tourism Johor, Tourism Wilayah Selatan, Tourism Kelantan dan semua pihak yang terlibat, yang memberi peluang dan pengalaman yang sangat berharga sepanjang berada di Kelantan. InsyaAllah ada umur kita berjumpa lagi.

[Baca Juga] : Hanya 1 Jam 45 Minit Sahaja Dari Johor ke Kelantan Dengan FireFly Airlines 

#MYtravelmediabuddy #visitmalaysia2020 #tourismmalaysia #malaysiatrulyasia #FAMmediatrip #visitkelantan2020


More about H Elite Design Hotel

Whether you're a tourist or traveling on business, H Elite Design Hotel is a great choice for accommodation when visiting Kota Bharu. From here, guests can make the most of all that the lively city has to offer. With its convenient location, the property offers easy access to the city's must-see destinations.

At H Elite Design Hotel , the excellent service and superior facilities make for an unforgettable stay. A selection of top-class facilities such as free Wi-Fi in all rooms, 24-hour security, daily housekeeping, taxi service, wheelchair accessible can be enjoyed here.

Step into one of 281 inviting rooms and escape the stresses of the day, A selection of amenities can be found in most rooms, inlcuding flat screen television, complimentary instant coffee, complimentary tea, free welcome drink, linens. The property offers fantastic facilities, including fitness center, outdoor pool, kids club, pool (kids), to help you unwind after an action-packed day in the city. H Elite Design Hotel is your one-stop destination for quality accommodation in Kota Bharu.

NEW YEAR PROMOTION 🎉

Spend your time with family and friends at H Elite Design Hotel !
Best New Year Deal only at RM 120 WITH BREAKFAST or RM100 WITHOUT BREAKFAST!
Valid from 1st JANUARY UNTIL 20th FEBRUARY 2020!!

Check-in/Check-out
Check-in from: 02:00 PM
Check-out until: 01:00 PM

Address: AG- G -09 , AlWaqf @ Tunjong, Jalan Kuala Krai, 16010 Kota Bharu, Kelantan
Phone: 09-740 5757

Fecebook : H Elite Design Hotel 
Instagram : @helitedesign_hotel


P/S: Jom Kelantan jom! Firefly kan ada...hehehehe

34 comments:

  1. Wahh, next time kalau nak ke Kelantan, bolehlah booking sini plak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyerr Kak, nanti ke Kota Bharu stay sini, puashati sangat!!

      Delete
  2. Bukan sahaja nampak luas, selesa dan cantik pulak tu..Sure lepas ni ramai yang akan stay Hotel ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa cantik sangat! Yang suka selesa dan bersih...bukan sebab baru tapi memang luas..

      Delete
  3. wah. nice biliknya.
    lama da tak ke KB. aida suka stay holiday villa.
    bcoz pool nyer dlm building. dan depan wakaf che yeh :) ha ha ha ha...
    anak2 la yg suka kalau gitu, lin.
    but maybe lepas ni boleh ke sini. nampak sgt selesa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup...Sis pun dulu datang KB stay di Hotel Perdana..
      Now hotel H Elite Design ni dah buka, nanti bolehlah stay ni pulak ya...

      Delete
  4. Wehhh nape x tau ada hotel mcm ni dekat kelantan. Sy sndr org kelantan... wowww sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn...Sis pun kalau tak, memang tak tau, yang taunya datang Kelantan mesti tidur Hotel Perdana sana hehehe

      Delete
  5. Namanys pun sesuai dengan desain hotel ni yang ‘so colourful’ ... nanti jika ke KB bolelah menginap di sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn...memang sangat cantik dekorasinya...besar, luas dan selesa..

      Delete
  6. Wah, cantiknya. Terutama Bisik-bisik lounge tu boleh juga dijadikan tempat selfie. Swimming pool pun amazing. Thanks for sharing😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup...Bisik-bisik Lounge tu sangat mendamaikan..boleh nampak matahari terbenam kalau senja...

      Delete
  7. Next time boleh la singgah. I suka reception dia cantik betul deco. Even bilik pun nampak spacious and comfy. That pool is to die for to jump.hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..reception dia melangkah masuk dah memukau sesiapa saja yang datang sini...

      Delete
  8. Kita satu tips sahaja nak tahu hotel tu betul best selesa atau menarik kena tengok dulu lobby nya kalau betul cantik kemas dan juga menarik maknanya dalam bilik tu menarik lah macam hotel H Elite ini heheheh nanti sampai Kota Baharu boleh menginap sini best...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo ye ke..betul juga yaa Maha..Lepas ni masuk Hotel kena tengok reception dia ek..fikir-fikir betul juga, sebab throwback balik otak ni..ermm ye laa ada yang memang ya laa..hahahaha

      Delete
  9. Cantik hotel ni, nampak selesa sangat. Dah lama sis tak ke KB, kalau ke sana boleh le nginap kat hotel ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup..dari mula melangkah masuk hingga ke dalam bilik dan outdoor, sangat puashati bago sesiapa yang menginap sini..

      Delete
  10. cantiknya hotel ni, bilik pun luas. selasa kalu datang bawa family bercuti kat sini. Paling penting kemudahan tu sangat berbaloi dengan harganya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...Sis pun taknak letak harga kat sini, biar siapa yang nak stay sini, boleh terus direct ke link Hotelnya...

      Delete
  11. Serius hotel ni cantik betul. Dari lobi sampat ke bilik nampak bersih, teratur dan modern sangat. Menarik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik..siap boleh nampak pemandangan sawah padi di luar view tingkap bilik..sangat mendamaikan...

      Delete
  12. Wah ada promosi. Suka tengok kolam dia. Menarik.. hehe. Bilik pun cantik-cantik dan dekat dengan kemudahan awam kan. Boleh try menginap kat sini nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup ada promosi sempena CNY ni haa Balqis..Kolam dia besar, yang bestnya asing dengan dewasa..dan siap ada Kid's Play lagi untk ibu-ibu menunggu..

      Delete
  13. Serius...cantik sangat hotel ni. Kalau eiza bercuti ke Kelantan, eiza akan pilih hotel ni. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Eiza, nanti bolehlah cuti di sini, kemudahan sekeliling pun senang kita nak keluar mencari barang dan makan..

      Delete
  14. Hotelnya nampak luas dan besar ye..tengok swimming pool dia lagi best..hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Nad, kolam renang tu kalau kat anak, memang terjun dari pagi sampai malam le tu hahahaha

      Delete
  15. Menariknya ada hotel macam ni kat Kelantan. Nampak selesa dan harap harga pun ok. Kalau ke KB, blh la saya ke sini jugak nnt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga dia sangat okay...siap ada promo juga tu untuk CNY..nanti datang kelantan boleh singgah..

      Delete
  16. Cantiknya hotel ni. Wah lepas ni dah tahu nak stay mana kalau ke Kota Bharu! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyaaa, lepas ni datang KB bolehlah bermalam di sini ya...

      Delete
  17. Nanti nak kena p stay kat sini la. nampak cantik pool dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn Madi, sangat cantik, hotelnya pun selesa...puashati ..

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.