FESTIVAL LAYANG-LAYANG SEDUNIA PASIR GUDANG KEMBALI LAGI!

FESTIVAL LAYANG-LAYANG SEDUNIA PASIR GUDANG KEMBALI LAGI! | Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang merupakan salah satu acara tahunan yang berprestij dan telah disenaraikan dalam kelendar Pelancongan Negeri Johor khususnya dan Malaysia amnya.

Mula dianjurkan sejak 1995 dengan jayanya oleh Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) dengan mendapat kerjasama Tourism Johor dan Persatuan Pelayang Johor.

Dengan keunikannya yang tersendiri, festival ini sentiasa mendapat tempat di hati para pengunjung yang hadir menyaksikan para pelayang antarabangsa yang didatangkan khas dari lebih 40 buah negara seluruh dunia bergabung bagi memperlihatkan hasil seni dan kreativiti masing-masing melalui pelbagai bentuk layang-layang berwana-warni besar dan kecil menghiasi ruang udara Bukit Layang-Layang Taman Bandar Pasir Gudang, Johor.

Tidak ketinggalan pelayang kebangsaan seluruh Negara yang turut hadir mempamerkan hasil seni pembuatan wau tradisional Malaysia yang diperbuat daripada bahan semulajadi seperti buloh dan kertas berunsurkan motif sobek dan nilai estetika yang menakjubkan.

Inilah apa yang kami panggil "WARNA-WARNI DI ANGKASA". Jangan lupa untuk datang menyaksikan festival bertaraf dunia ini.


Tempat Penginapan Bagi Pengunjung Luar Dari Johor 

Bagi mereka yang datang dari luar negeri Johor atau berhasrat untuk mencari tempat penginapan yang berdekatan bersempena dengan Festival Layang-Layang SEDUNIA Pasir Gudang Kali Ke-25, 2020 yang akan berlangsung pada 26 Februari hingga 1 Mac 2020 bertempat di Bukit Layang-Layang, Pusat Bandar Pasir Gudang, Johor, berikut adalah antara senarai nama hotel/resort atau bajet hotel untuk memudahkan korang membuat tempahan awal.

1. Tanjung Puteri Golf Resort
(No. Tel : 07-271 1888)

2. Amansari Residence Resort
(No. Tel : 07-381 7070)

3. Silka Johor Bahru
(No. Tel : 07-360 1000)

4. TS Hotel (Scientex) Sdn.Bhd.
Taman Scientex, Pasir Gudang
(No. Tel : 07-289 1488)

5. PPT Terminal Hotel
Kawasan Pelabuhan Johor
(No. Tel : 252 8666)

Selain daripada itu, korang juga boleh membuat pilihan untuk bermalam di sekitar Permas Jaya (15 minit perjalanan dari Pasir Gudang) atau pelbagai pilihan homestay yang terdapat di sekitar Pusat Bandar Pasir Gudang.

1. SMSprivatestay
Bandar Sri Alam & Taman Rinting atau sekitar Johor
(No. Tel : www.wassap.my/60196070909
atau email di ( reservation@smsprivatestay.com )

[Baca Juga] : Menginap Di Homestay 'SMS Private-Stay' Menjanjikan Satu Kepuasan


Muzium Layang-Layang Pasir Gudang

Bersempena dengan Tahun Melawat Johor 2020, Tahun Melawat Malaysia 2020 dan Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang 2020 nanti, apa kata singgah ke muzium ini yang terletak di Pusat Bandar Pasir Gudang, Johor.

Waktu lawatan :

Setiap hari dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang (kecuali Khamis)
Dari jam 9.30 pagi hingga 3.30 petang)
Tel : 07-2527796
Emel : muziumlayang@gmail.com

Sumber : Tourism Johor 
#majesticjohor #tourismjohor #visitjohor2020
#festivallayanglayangpasirgudang #visitmalaysia2020


P/S: Tak sabarnya, ini kali mesti nak pergi!!! ...

6 comments:

  1. Kalau ada masa bolehlah pegi nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa Wak, Saya pun tahun ni mesti nak pergi, tahun lepas tak dapat pergi sebab sakit..

      Delete
  2. kalau dekat, best sangat boleh pi. tapi dah jauh sangat ni. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn..kot laa mana tau tersinggah, jomm laa..roger-roger ya...

      Delete
  3. dari berapa tahun dulu sampai tahun ni, tak pergi2...hahahaha

    eh tahun ni tak tau lagi..tengok la nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jomm ini kali ajom kita pergi..tahun lepas nak pergi tapi sedang sakit..ini kali mesti nak pergi...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.