CHECK-IN 3 HARI 2 MALAM DI GEO RESORT & HOTEL

Sis Lin
18
CHECK-IN 3 HARI 2 MALAM DI GEO RESORT & HOTEL | CERITA hujung minggu lepas, di mana pertama kalinya Sis ke Genting Highlands dan staycation di atas sana. Sebelum ni kalau naik ke Genting, belum pernah lagi bermalam di atas Genting, paling tak pun naik cable car then petangnya turun balik ke bawah. 

Kebetulan bulan ramadan ni kan, so apalah salahnya kita bertukar mood dan selera meenginap di sini sambil mencuba #buffetramadan mereka. Sis ke sana bersama Retna, kebetulan last minit Suami tak jadi ikut sama, so Sis ajak Retna teman Sis. Perjalanan dari Johor ke Kuala Lumpur kemudian ke Genting, alhamdulilah Allah permudahkan. 

Sis sampai di Geo Resort & Hotel ni dalam jam 3.30pm macamtu laa.. kira okay laa ngam-ngam waktu check-in. Terus amik kunci bilik then terus naik tingkat 6 bilik Sis 617. Yang bestnya kan, teruja dengan WiFii dia, sebab setiap satu bilik WiFiinya berasingan pasword, so memang laju laa WiFii dia kan. Ye laa kita ni blogger, sentiasa nak guna WiFii nak buat kerja. 


Check-In 3 Hari 2 Malam Di Geo Resort & Hotel

Check-In 3 Hari 2 Malam Di Geo Resort & Hotel

Geo Resort & Hotel ni bukannya terletak di atas Genting sana tau, tapi di Jalan Permai 2, Genting Permai Avenue. Kalau korang naik ke atas, nampak satu-satunya Petron yang ada Starbucks tu sebelah kanan, belok kanan terus masuk ke dalam. kat dalam tu laa terletaknya Geo Resort & Hotel ni. Kalau dari sini nak ke Genting Premium Outlet tu hanya 8minit jerr.. Guna waze aje, mesti jumpa. 

Sis menginap di bilik Superior Double Room , yang menempatkan sebuah katl king dan ada balkoni. Keadaan bilik memang luas dan selesa, tidaklah susun aturnya sempit atau terhad. Masih ada ruang untuk solat dan juga tempat nak mengosok baju. 

Check-In 3 Hari 2 Malam Di Geo Resort & Hotel

Check-In 3 Hari 2 Malam Di Geo Resort & Hotel

Check-In 3 Hari 2 Malam Di Geo Resort & Hotel

Untuk bilik Superior dua orang ni memang selesa sangat. Katil pun luas, bantal pun banyak, lembut, gebu dan yang penting bersih. Untuk peralatan mandian dan kelangkapan kemudahan dalam bilik, semuanya siap sedia, korang tak perlu susah-susah nak bawa dari rumah atau risau baju/tudung tak bergosok, ada sterika dan papan mengosok di sediakan. 

Kemudahan dalam tandas ada di sediakan, Free toiletries, Bathrobe, Bidet, Hairdryer, Toilet paper.. yang bestnya tandas dan ruang mandi berasingan, so selesa laa sikit kan, luas pun yerr, dan paling Sis suka, airnya besar okay.. puas buat kerja dalam tandas hahahaha.

Untuk facilities bilik pulak, ada di sediakan, mesin kopi uiii... tapi tak menyempat nak buat kopi.. asal balik bilik dah kekenyangan, then terus tidur.. hahahahah.. 

Check-In 3 Hari 2 Malam Di Geo Resort & Hotel

Check-In 3 Hari 2 Malam Di Geo Resort & Hotel

Check-In 3 Hari 2 Malam Di Geo Resort & Hotel

Sis suka bilik gaya gini tau, sebab Sis suka marble tiles dia. Dari lobby, lift, lantai sampai ke bilik, boleh di katakan semua guna marble. Memang cantik.. Sis suka sangat.. Toilet dia memang sangat luas, nak berdandan dalam toilet pun tak payah berebut, cermin sebeso tidakk. Tapi ada juga cermin besar di tepi pintu luar tu.. 

Bilik Sis ni di tingkat 6, dan setiap bilik ada balkoni. Dan balkoni Sis betul mengadap view Genting Highlands. So kalau bukak aje sliding tu akan nampaklah kabus-kabus dari atas tu. Sayup-sayup aje mata memandang.. time Sis pergi ni memang tengah sejuk, kejap-kejap hujan, so memang berkabus. 

Sempat juga Sis naik pergi ke GPO atas tu, walau cuaca panas, tapi angin dia tetap sejuk.. teringat masa mengerjakan Umrah, kat Mekah pun sejuk macamtu... alhamdulilah.. 

Check-In 3 Hari 2 Malam Di Geo Resort & Hotel

Check-In 3 Hari 2 Malam Di Geo Resort & Hotel

Kalau korang datang bulan ramadan ni, korang bolehlah cuba makan di buffet ramadan Selera Geo mereka. harga hanya RM138nett Dewasa sahaja. Memang berbaloi-baloi sangat. Dia ada pakej bilik untuk ramadan. Masih ada baki beberapa hari ni, kalau korang nak stay sini, korang amik pakej City Escapes Room di sini. Untuk penginapan 1 malam hanya RM388 sahaja!!. 

Macam bilik yang Sis stay ni, pakej termasuk :
One (1) night stay in superior suite
Daily breakfast for two (2) adults 
FREE 2x Return ticket - Awana Skyway Cable Car. 

Memang berbaloi kan? ramai kata murah sebab sekali dengan tiket cable car tu.. Untuk sarapan, mereka gantikan dengan bersahur. Sesekali cuba stay time ramadan kan, jadi pengalaman menarik untuk korang sekeluarga. 


Check-In 3 Hari 2 Malam Di Geo Resort & Hotel

Check-In 3 Hari 2 Malam Di Geo Resort & Hotel

Check-In 3 Hari 2 Malam Di Geo Resort & Hotel

Jika datang bukan time ramadan, mereka ada juga khidmat order servis dalam bilik. Sis tengok banyak juga menu-menu yang di sediakan. Siap ada Mee Goreng Mamak ko hehehehe *jeling Retna :p ... tapi time ramadan, korang boleh makan buffet ramadan mereka atau makan di kedai-kedai makan sekitar hotel tu.. banyak kedai makan di situ. 

Lagi satu kalau datang sini boleh mandi pool juga kalau tak time ramadan, time pose ni sapo je laa nak mandi kolam kan hahaha, kalau tak, dah macam aksi kuak lentang Sis dan Retna gayakan hahahaha.. buffet ramadan pun betul-betul sebelah pool ni tau.. santai-santai jer sambil makan. Lepas makan boleh ke Gym plak, sebelahnya aje hahahaha.. 


Korang boleh lihat LEBIH BANYAK GAMBAR di facebook page Sis di atas ni ya.. atau klik sini 

Apa-apa pun menang best stay sini. Puashati dan tenang aje keadaan.. Raya ni kalau korang tak tau nak bawa family bercuti kemana, haaa jom bawa family ke sini ya!!.. 

Untuk tempahan, korang boleh call or WhatsApp  +6019-212 2838

Layan video IG Reel instagram akusislin ni okay.. 

Geo Resort & Hotel 
Jalan Permai 2, Genting Permai Avenue, 
69000 Genting Highlands, Pahang
Phone: 03-9213 0838


P/S:Ishh raya Isnin ke Selasa ekkk.. berdebar pulakkk rasa, macam pestime nak menikah hahahaha... 

Post a Comment

18Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Replies
    1. Yaa Uncle, pakkal lerr pose, kalau tak, dah terjun hahahaha

      Delete
  2. Nampak cantik la hotel ni sis lin. Macam baru je kan?. Compare dengan hotel yang pernah menginap macam Awana tu. Nanti kalau ke Genting nak cuba Geo ni pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengarnya begitulah, hotel baru, tak sampai atas Genting pun Ezna, selesa dan makanannya sedap...

      Delete
  3. Wow... cantik nyer resort nie. Tetiba rasa tringin pula nak staycation di sini. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa Fadima, semua kemudahan keliling baik di dalam dan di luar semua complete...

      Delete
  4. bestnyaa naik cable car. tak pernah lagi naik. nanti nak try lah. boleh stay sini. cantik biliknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh tak nak cable car Bae.. just drive jerr tu terus ke resort hahahaha

      Delete
  5. Bestnye gi vacation sambil bukak puasa. Tak pernah tido sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali bertukar angin gitu Marina.. alhamdulilah..

      Delete
  6. Yeah! Very nice & comfy hotel space. A lovely hotel staycation you had ya :) Gonna saved this for my next staycation planning. cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, one day you kena try stay sini, sangat selesa...

      Delete
  7. Terkagum tengok chandelier kat lobby tu. Meriah dan exclusive. Nampak mewah giler

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, lobby dia dan semua dekorasi dia nampoak mewah gilerrrr...

      Delete
  8. Wahh, ni my favorite hotel bila nak lepak kat Genting Highlands bah! Cantik, luas dan best view.. :) Nak plan trip lagi la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Nell, Sis pun kalau Genting, dah stay sini jerrr..

      Delete
  9. I would like to bring my fam to stay at GEO RESORT & HOTEL it looks so good and clean

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa you go and stay there, sangat best dan selesa.. kelilingnya pun banyak kedai dan tak jauh dari GPO..

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!