PERTAMA KALI KE GENTING HIGHLAND NAIK CABLE CAR (GONDOLA)

PERTAMA KALI KE GENTING HIGHLAND NAIK CABLE CAR (GONDOLA) | Yaaa memang pertama kali naik cable car ke Genting Highland, tapi kali kedua Sis ke Genting Highland. Masa pertama dulu pergi, anak-anak Sis masih bersekolah rendah, bayangkanlah berapa lama tak naik atas tu.

Plan last minit anak buat, nasib juga ada hotel nak tidur, sebab masa Sis gerak tu hari public holiday yakni Hari Merdeka. Syukur juga tak sangkut dalam jem. Lalu lintas clear dari Johor ke Kuala Lumpur. Dapatlah kami bermalam di Vortex Suites and Residences.

[Baca sini] : https://www.sislin76.com/2019/09/lima-belas-minit-berjalan-kaki-dari.html

Memang Sis dah bagitau anak awal-awal lagi, esoknya nak kena keluar awal dari bandar Kuala Lumpur, takut jalanraya mula sesak. So dalam jam 8am Sis dan anak-anak dah bersiap dan check-out hotel. Mungkin awal pagi lagi, so keadaan jalan raya pun kurang kenderaan, gerak seperti biasa.

Sebetulnya saja nak menguji test-drive kereta anak Sis tu untuk naik Genting Highlands sana, hehehe maklum kereta baru. Tapi bila anak-anak kata, nak naik cable car, Sis macam erkkkk ermmm....sebetulnya Emaknya ni gayat hahahaha.

Tapi okay juga kan sebab baru betul nampak adventurenya ek hahahaha.



Perjalanan menuju ke atas tu perghh agak mencabar juga, ye laaa Sis drive pertama kalinya naik Genting tu, kalau ada Suami, kompomlah Suami yang pandu. Tapi sebab Suami tak join sekali, makanya, dah tentulah Sis yang bawa keretanya. Masa ni laaa dapat menguji tahap kebagusannya Proton Airiz hehehehe. Memang terbaekkk!

Sepanjang naik atas tu pun, kereta takde laa banyak sangat, laju pun tak laju, pandu ikut kemampuan dan penuh berhati-hati, yelaa turun naik cerun tu, so pandu kena fokus.

Alhamdulilah akhirnya sampai juga di atas sana. Tapi kalau korang nak naik cable car korang kena masuk di Genting Premium Outlet (GPO) dan park kereta di dalam sana. Tapi kalau korang nak naik terus dengan kereta, korang terus ikut pandu arah signboard ke atas Genting.

Mulanya kami berpusing juga satu kali sebab mencari tempat mana nak parking untuk naik cable car, then bila baca betul-betul tunjuk arah, barulah faham, so kena masuk dan park dalam GPO tu.



Lepas dah park korang jangan lupa, amik gambar tempat parking korang, kang kelupaan park kereta mana. Then korang kena masuk GPO dan korang ikut pandu arah ke cable car. Kalau blur gak, korang ikut aje orang-orang, mereka semua memang semua nak naik cable car hehehe.

Masa Sis sampai, GPO masih tutup, orang pun tak ramai, sempat kami anak beranak sarapan di sana dulu mengalas perut. Tapi harga makan kat situ, kus semangat, mencekik darah! Milo kosong aje RM 4 ko! So korang makanlah dulu sebelum naik atas ye.

Bila sampai di stesen cable car, korang beli aje tiket guna mesin self service, sebab masa Sis sampai tu, kaunter dia panjang beratur. Bukan susah mana pun guna mesin tu, mudah dan senang. Macam Sis haritu 4 orang, so kami beli tiket pergi balik 'Gondola Standard RM 16'. Dia ada banyak, jenis Gondola lantai cermin dan juga Gondola express, harga lain-lain semua. Sis amik yang standard aje. Ala bukan lama sangat menunggu pun, cable car tu sentiasa ada je datangnya walaupun beratur panjang.



Masa dalam cable car, ikut suka koranglah nak duduk macam mana, kalau jenis Sis yang gayat, maka duduk laa secara sopan diam gitu ya, tapi kalau anak-anak Sis, tak reti duduk diam, kejap ke depan kejap ke tepi, eeee sampai naik kecut perut bila cable car bergerak. Apalagi, selpie selpot le mereka.

Lama tak le lama, dalam 15 minit ada kot duduk dalam tu. Tau-tau dah sampai. Bila dah sampai tu, ermmmm.....terus kata 'ni je ke?'. Sebabnya yang outdoor tu masih belum siap, so semua orang main indoor aje. Nak taknak dah itu aje yang ada, layankan aje laa anak-anak.

Kalau Sis memang idok lee nak naik semua tu oii, ada kang kena papah balik turun bawah Genting hahahaha. Kalau yang tengok IG Sis, mesti dah tengok kan videoa anak Sis sakan main semua game yang ada, hahahaha. Terjerit sana sini.



Genting indoor ni pun bukan ada apa sangat sebenarnya, masa Sis pergi tu, ada 3/4 jenis games tutup under constraction, anak-anak main apa yang ada je, nasib tak beli pass all in, kalau tak rugi juga. So beli aje 1 game RM 15. Nak main baru beli. Tapi bolehlah, enjoy gak anak-anak. Sampai Ayahnya buat wahtsapp video call nak nengok anak-anak main game hahaha.

Ingat nak upload video anak naik game semua tu, tapi malas lerr, kang berat pulak blog Sis ko hahahaha. Yang tengok kat IG dan FB Sis aje laa dapat nengok. Kalau Sis ko naik, boleh pecah dinding Genting dek jerit Sis hahahaha.

Dah puas main, kami terus gerak balik. Masa nak balik ni, haaa korang check balik tiket korang. Mana yang beli tiket pergi balik tu, haaa simpam bebaik tiketnya, nanti nak turun guna tiketnya tu. Dan pastikan korang di line yang betul. Kalau Gondola standard, beratur di line C.

Kebetulan Sis keluar, time tu juga orang semua check out hotel, tu le agaknya sesak pulak kat stesen cable car, tapi sesak dia pun cepat aje, cable car ada je bergerak amik penumpang. So jangan takut tertinggal yer.

Then sebelum balik, round-round gak le sekitar GPO tu, kebetulan tengah sale pulak tu, adeiii, sebelum terjebak, lebih baik balik dulu hahahaha. Hampir jam 2pm juga Sis turun ke bawah, dan time nak menurun tu, perghh kereta dah berderet-deret jem nak naik atas. Selamat juga kami dah naik pepagi lagi, kalau tak, mau sangkut jem..


Apa-apa pun terima kasih buat anak Sis,Yana yang telah sponsor percutian dari Johor - Kuala Lumpur - Genting Highland - Mersing - Johor. Moga bertambah rezekinya anak Sis ni dan dipermudahkan semua urusannya. Next...kemana pulak kita kan..Ayahnya dah tak sabar pulak hehehe.

Terima kasih anakku kerna membahagiakan kami ๐Ÿ’•


P/S: Kalau ada Ayahnya join sekali masa ni, lagi meriah! Rindu Ayahnya ๐Ÿ˜ญ

10 comments:

  1. Laa..Yeke time Merdeka SisLin ada di KL dan Genting. Sebab family LeYa datang, kami pun bermalam di KL dan jalan-jalan ke sana. Kalau tahu, boleh jumpa..Hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyerr, Sis bermalam di KL @ILLya, esok paginya baru naik Genting...

      Delete
  2. Oh, cepatnya ada kat atas, knp tak tido Genting? Dulu, masa kita pergi, Iman kecik jer lagi, tgh breakfast dia hilang, ingatkan dia ikut babah dia, babah dia kata ingatkan ikut bonda, punyalah gelabah mencari dahlah orang ramai, sekali helok dia tgh pegang pinggan beratur tggu telur. Orang lain bleh potong2, maklumlah budak kecik. Masa dia dah sek rendah pergi lagi, last la tu sebab lps tu Genting under construction kan, tak siap2 sampai skrg. Kata Pak Inche, selagi tak siap takyah pegi, membazir tak leh main sgt nt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula nak tido Genting tapi fikir-fikir, mahal hotelnya, dan view tak cantik Kak @Seri yang kita dapat, so tu yang tidur KL, sebab nak masuk KLCC hehehe

      Delete
  3. akak gerak awal tu selamat, dana gerak kul 10 lebih konon nk naik genting 31hb tu... jem mcm apa bukan main panjang masa tu... terus cancel nk ke genting tuh
    dana pun tak pernah ke genting naik cable car tu kak, mesti best kan... cuma yg gayat tu tak di galakkan naik kot hehhehe...

    seronok nya anak sponsor cuti2 kak, moga terus murah rezeki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn memang rezeki laaa, walaupun last minit, sampai atas jalan lengang dan tak ramai pengunjung @Norhidana...

      Delete
  4. untung anak-anak dah besar, sponsor mama

    ReplyDelete
  5. Last year SA bawak Dania naik Genting gak...tapi tak bermalam kat sana...yang penting dia seronok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yerr, walaupun tak buka semua, janji anak-anak hepi, satu kepuasan buat Emaknya @Suria ..

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.