MAKAN-MAKAN DI SANDAKAN - SANDOKAN SEAFOOD

MAKAN-MAKAN DI SANDAKAN - SANDOKAN SEAFOOD | Makan di Sandokan Seafood ni umpama kemuncak program FAM Media Trip anjuran Tourism Malaysia dan juga Sabah. Di mana pada malam itu kami semua berkumpul dan di beri ucapan oleh pihak-pihak yang berkenaan, sebab esoknya kami semua akan berpisah dan program pun tamat.

Juga penyampaian hadiah bagi pemenang contest sepanjang 5 hari 4 malam kami di Sabah. Tahniah Abe Rudy, Max Lim dan juga Illy Ariffin yang menjadi pemenang dalam 3 katagori yang di pertandingkan. Hebat gile korang!!

Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan kan, so relek-rilek sudah, ada rezeki kami jumpa lagi.

Untuk hari ke-4 ini, Selepas dah seharian ke sana sini, malamnya kami di bawa makan malam ke Sandokan Seafood. Dengar seafood, wowww! Kan korang tau Sis suka makan seafood, so ajomm kita lihat, ada seafood ke idok hahahaha.


Sedikit mengenai Sandokan Seafood :

Restoran masakan laut, Sandokan, merupakan lokasi baharu kepada pencinta hidangan tersebut yang sememang­nya popular di Sandakan. Sejak dibuka pada tahun lepas 2018, Sandokan yang terletak di Taman Pak Tak Jalan Airport Batu 7 di sini, kini mula menjadi salah satu lokasi kegemaran dan telah mempunyai pelanggan tetap yang ke­rap berkunjung ke restoran itu.

Meskipun baru dibuka, Sandokan telah menerima tetamu istimewa apabila ­bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dalam lawatan kerja ke daerah itu telah singgah di situ bersama rombongannya untuk menikmati hidangan makan malam.




Hehehe ternyata malam itu bukan rezeki kami untuk makan seafood. Tapi kami di hidangkan dengan aneka jenis menu yang memang sedap dan kena dengan tekak kami semua. Licin juga semua kami makan, walaupun memasing perut dah tersembul ke depan hahahaha.

Antara menu yang di hidangkan ialah, corn soup, roasted chicken, 3 rasa fish slices, mixed vegetables and fried seafood tofu. Juga ada buah-buhan sebagai pencuci mulut. Opss yang kerabu rumpai laut tu bukan dari Sandokan Seafood ya, tu Sis beli di Pasar Tamu sebelum datang makan sini.

[Baca juga] : https://www.sislin76.com/2019/09/jalan-jalan-di-sandakan-pasar-tamu.html

Antara semua, paling banyak Sis makan adalah roasted chicken tu, memang sangat suka, makan cecah dengan sos bawang putih, sedap giler!!..

Orang Sandakan atau orang luar yang berkunjung ke daerah ini bolehlah singgah ke Sandokan kerana hidangannya bukan sahaja enak, malah harganya pula sangat berpatutan. Next time ada rezeki, nak singgah sini makan seafood pulak. Ramai Sis baca review kata hidangan seafood dia sedap. One day...insyaAllah ..

I Miss MEREKA !

Sandokan Seafood 
No. 197, Lot 3, Taman Pak Tak, Jalan Airport, 90000 Sandakan, Sabah

Di buka setiap hari dari jam 10am hingga 11pm
Contact : 089-667 177

Facebook : https://www.facebook.com/sandokansr/

Kalau korang nak lihat lebih banyak gambar dan aktiviti kami semua sepanjang pengembaraan kami di Sabah, korang bolehlah klik hashtag di IG dan FB seperti #TourismMalaysia, #MalaysiaTrulyAsia, #cuticutimalaysia, #vm2020, #CutiCutiMalaysia, #VM2020 #GoSabahExperienceMore #SabahOkBah #SyiokOSabah #MalaysianHospitality and #MasWingsMates ya.

Dan kami juga nak mengucapkan terima kasih, kerana pengembaraan media ini dianjurkan dengan kerjasama Malaysia Airlines, MASwings, Sabah Tourism Board, Sandakan Tourist Association, Myne Resort Kinabatangan dan Tabin Wildlife Resort.



P/S: Kenangan ku...bersama mu..  Arghhh rindu korang semua!!

8 comments:

  1. kita suka sangat tofu dia Lin, tak leh move on sampai la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kan, kita makan 3 ketul gak Kak @Seri hehehehe

      Delete
  2. MENARIK tengok semua menu tuh kak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa bukan menarik aje @Norhidana, tapi sedap hehehehe

      Delete
  3. Replies
    1. Hahahaha i miss u more @Sunah hahahaha *muntah ijo orang baca hahahaha

      Delete
  4. Nampak menarik menu yang ada.. kalau ke sana, bolehla cuba juga ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Cik @Rosem boleh singgah, rekemen sangat restoran ni...sedap!

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.