TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI SANDAKAN SABAH

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI SANDAKAN SABAH | Nak cite satu-satu nanti korang jenuh pulak nak membacanya, jadi Sis ko ceritakan kesemuanya dalam satu entri serba ringkas, antara tempat-tempat yang menarik yang Sis sempat melawat dan berkunjung ketika di Sandakan,Sabah baru-baru ini.

Sebenarnya ada banyak lagi tempat yang menarik, tapi kalau nak pergi semua memang tak cukuplah 5 hari 4 malam tu ya. Kena tinggal seminggu di Sabah hehehehe. Cuma yang Sis di bawa oleh Tourism Malaysa pergi ini adalah antara yang popular dan ramai pengunjung dan pelancung datang berkunjung.

Sedikit mengenai Sandakan,Sabah.

Bandar Sandakan,Sabah ini mrupakan bandar kedua terbesar di Sabah yang pernah menjadi tempat kem tentera udara Jepun berpusat semasa Perang Dunia Kedua. Di tempat ini jugalah merupakan titik mulanya Death March pada tahun 1945 yang pada akhirnya mengorbankan ribuan nyawa tebusan perang dan hanya enam orang yang berjaya menyelamatkan diri.

Pengeboman oleh tentera bersekutu telah melumpuhkan penguasaan pihak Jepun pada ketika itu. Kini bandar Sandakan mengalami perkembangan pesat dalam bidang pelancongan terutamanya eco-tourism.

Antara tempat yang menarik di Sandakan,Sabah : 




1. SANTUARI ORANG UTAN SEPILOK. 

Tempat ni lebih dikenali juga dengan nama Wild Red Apes. Penempatan ini sebenarnya merupakan hutan simpanan dan habitat asli orang utan. Juga tempat untuk melatih dan mengajar anak orang utan sebelum di lepaskan di hutan kelak.Di sini juga korang berpeluang bermain dan bermanja dengan orang utan. Memberi mereka makan dan susu terutamanya kepada anak-anak orang utan.

HARGA TIKET MASUK :
Dewasa : RM5
Kanak-kanak : RM2 (Bawah 17 tahun)




2. BORNEAN SUN BEAR CONSERVATION CENTRE.

Sun Bear merupakan spesis beruang yang paling kecil dan cekap memanjat pokok. Beruang matahari ini juga popular di kalangan orang Malaysia dan Indonesia sebagai beruang madu. Tempat ini amat sesuai untuk mengenali lebih dekat habitat beruang matahari. Dan melihat aksi lucu mereka terutamanya ketika mengopek buah kelapa untuk dimakan. Terdapat lebih 30 beruang matahari di sini. Dan mereka sangat sensitif dengan bunyi bising. Kalau nak tengok mereka dengan lebih dekat, jangan buat bising.

HARGA TIKET MASUK :
Dewasa : RM15
Kanak-kanak : RM2 (Bawah 17 tahun)




3. SANDAKAN RAINFOREST DISCOVERY CENTRE.

Terletak di Hutam Simpan Sipilok-Kabili. Di sini korang boleh merasai sendiri hutan hujan yang mempunyai udara yang segar dan nyaman. Jauh dari beza dengan udara di bandar. Pemandangannya sangat menghijau dan boleh diilihat melalui canopy walk. Selain itu, korang boleh melihat pelbagai jenis unggas dan spesis burung yang unik dan cantik-cantik belaka. Mendengar bunyi-bunyi suara burung yang amat mempesona. Di sini amat sesuai untuk bergambar.

HARGA TIKET MASUK :
Dewasa : RM7
Kanak-Kanak : RM3 (Bawah 17 tahun)




4. RUMAH AGNES NEWTON KEITH.

Sebuah muzium yang terletak di puncak bukit di sepanjang Jalan Istana. Dibina pada tahun 1946.
Rumah ini dahulunya dihuni oleh Harry Keith, isterinya Agnes Newton Keith dan anaknya george.
Agnes Newton Keith adalah seorang penulis dan telah menghasilkan tiga buah buku yang menceritakan keadaan dan kehidupan masyarakat Sandakan.Buku-buku yang ditulis beliau telah mengangkat nama Sabah ke persada antarabangsa .

HARGA TIKET MASUK :
Dewasa dan kanak-kanak ; RM2




5. GEREJA ST MICHAEL AND ALL ANGELS.

Dibina pada tahun 1897 dan merupakan salah sebuah daripada bilangan kecil bangunan sebelum perang dunia ke-2 yang masih ada di Sandakan. Gereja ini diiktiraf sebagai sebuah tapak warisan dunia sejak tahun 2005.

HARGA TIKET MASUK :
Dewasa dan kanak-kanak : RM5




6. PUU JIH SHIH BUDDIST TEMPLE.

Kuil Buddha Puu Jih Shih adalah kuil Buddha di Sandakan, Sabah. Ia terletak di atas bukit kira-kira 4 km ke barat pusat bandar Sandakan. Dari sini, ada pemandangan panorama Teluk Sandakan di bawah, berbanding dengan kuil-kuil Cina dan Buddha yang lain di Sandakan. Terletak di atas bukit menjadikannya tempat yang sesuai melihat pemandangan Kota Sandakan dan Laut Sulu yang sangat mempesona.




7. SANDAKAN WAR MEMORIAL PARK.

Dibina bagi memperingati askar British dan Australia yang terkorban ketika perang dunia kedua. Dianggarkan 2400 tentera yang terkorban. Sandakan Memorial Park adalah tapak peringatan yang dibina di bekas bekas kubu Sandakan di negeri Sabah. Tapak ini didedikasikan sebagai ingatan untuk semua tahanan di kem yang meninggal semasa Sandakan Kematian Marches, dan kepada mereka yang meninggal semasa berarak ke Ranau.




8. SANDAKAN HERITAGE MUSEUM 

Bangunan muzium ini terletak bersebelahan dengan Majlis Perbandaran Sandakan dan merupakan sebahagian daripada Jejak Warisan Sandakan. Muzium ini terletak di tingkat pertama bekas bangunan pentadbiran British administration untuk Sandakan di mana muzium ini memaparkan sejarah bandar tersebut sebelum dan selepas perang. Pelbagai artifak termasuk barang dagang sistem barter, kelengkapan pejabat tulen pada 1920-an dan kelengkapan pertanian tradisional. Potret pemimpin tempatan dan pemandangan awal bandar tersebut dipamerkan utama dengan pameran yang menarik perhatian ialah mural dinding besar Sandakan pada tahun 1935 di ruang depan muzium.

Itulah antara tempat-tempat yang menarik di Sandakan,Sabah yang boleh korang kunjungi.

So korang, kalau nak ke Sandakan, Sabah bolehlah berkunjung ke tempat-tempat yang Sis share ni. Sebenarnya banyak lagi tempat yang korang boleh lawati selain dari yang di atas. Rugi kalau datang tapi tak explore semua kan, tak dapat semua, antaranya pun jadilah.

En Gary, guide Tours kami dan juga Uncle driver Bas kami. Sporting habis mereka!
Atau kalau korang nak senang, booking dengan Borneo Sandakan Tours. Memang awesome laa perjalanan korang. Guide tours yang peramah dan sangat details semua pencerahan dan penjelasan kesemua tempat-tempat yang korang pergi. Sangat bagus servis dan khidmatnya. Korang boleh ke laman web mereka : http://borneosandakan.com/ atau hubungi Gary +6 014 654 2818 ya.

Kalau korang nak lihat lebih banyak gambar dan aktiviti kami semua sepanjang pengembaraan kami di Sabah, korang bolehlah klik hashtag di IG dan FB seperti #TourismMalaysia, #MalaysiaTrulyAsia, #cuticutimalaysia, #vm2020, #CutiCutiMalaysia, #VM2020 #GoSabahExperienceMore #SabahOkBah #SyiokOSabah #MalaysianHospitality and #MasWingsMates ya.

Dan kami juga nak mengucapkan terima kasih, kerana pengembaraan media ini dianjurkan dengan kerjasama Malaysia Airlines, MASwings, Sabah Tourism Board, Sandakan Tourist Association, Myne Resort Kinabatangan dan Tabin Wildlife Resort.


P/S: Tak sangka juga dapat melihat orang utan secara dekat walaupun dalam cermin!! So cute okay!

12 comments:

  1. antara heritage trail kat sandakan tu, paling suka baca info di muzium warisan sandakan...boleh tenggelam dalam sejarah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, dari tak tau menjadi tau dan ilmu baru sebenarnya buat kita @Sunah ..

      Delete
  2. Bestnya pi tempat2 macam tu..dekat ngan alam..comel plak beruang tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul @Suria, back to nature kata orang...semua berkisahkan sejarah ..

      Delete
  3. Sandakan rainforest tu menarik minat PC pulak.
    Alhamdulillah seronoknya.Terima kasih Sis perkongsian. Nak pergi ntah bila.. Dapat tengok gambar pun rezeki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa @PC, di sana jungle walk juga, dan tempatnya sangat menghijau..tu yang abadikan sekeping gambar di jambatan hehehehe

      Delete
  4. Replies
    1. Hahahaha lepas ni menyerawak pulak yaa bah @Wak ..

      Delete
  5. wahhh rindu nak ke sabah.. tunggu syahod dah beso sikit lah jalan2 sandakan ke kan hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaaa nanti dah bolehlah ronda ke Sabah pulak yaa @Hernee ..

      Delete
  6. tak pernah lagi sampai sabah. tengok entry ni macam nak je terus pergi..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ajomm ke Sabah @Hayati, banyak lagi tempat menarik boleh di lawati ...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.