BUTTER CHICKEN DI GOLD CHILI MEMANG SEDAP!

BUTTER CHICKEN DI GOLD CHILI MEMANG SEDAP! | Yaa memang sedap! Sebelum ni nampak mereka-mereka yang kongsikan di blog dan IG, geram aje rasa, lepas tu anak Sis pulak, yang selalu pergi makan kat Gold Chili tu pun tunjuk plak kat Emaknya, bertambah geramnya kan..

Dan akhirnya dapat juga merasa kesedapan butter chicken yang semua orang gilakannya hahaha. Nasib baik ko makan tak gile. Tapi yang Sis pergi ni bukan Gold Chili di Subang, yang ini Sis makan Gold Chili di USJ 21/8. .

Sebelum nak ke bermalam di KL haritu, selepas amik anak Sis, Kakak, mulanya kami anak beranak nak makan Ayam Gepuk Pak Gambus tu, tapi masa masuk aje kedainya, makk aii kemain ramai orang, kena plak anak cakap, memang lambat sampai menunya, so nak taknak cancel laa, terus ke Gold Chili depannya je.

Rezeki kami, sampai di Gold Chili, pelanggan takde laa ramai seperti di Gold Chili Subang tu, masih asa kosong tempat dan selesa, tak payah beratur panjang. Kami duduk di luar aje, angin begitu kuat meniup, dah macam tepi pantai.

Lupa nak amik gambar luar kedainya ๐Ÿ˜“

[Baca juga] : https://www.sislin76.com/2019/09/lima-belas-minit-berjalan-kaki-dari.html


Bab order, Sis suruh anak aje yang order. Memang rata-rata yang makan sini mesti order butter chicken set tu. Set tu siap nasi + butter chicken + sup + air. Harga? Maaf lupa dah huhuhu.

Dia ada juga menu-menu lain, penuh menu dia satu buku hitam hahahaha. Yerr buku hitam dia tu hitam giler, itu buku order menu hahaha.


Semua ni Sis punya hahahaha..Oiii idok lerr oii, aje gilerr, kami makan kongsi-kongsilah. Kami semua amik set butter chicken, kemudian Kakak order plak sup seaweed, Sis order sup fishball, dan juga sambal bendi. Kemain sedap oii sambal bendi dia, teringat-ingat kesedapannya sampai sekarang.

Yang butter chicken tu, jangan cakaplah, patutlah ramai yang makan, memang sedap! Cukup rasa dan cukup lemak manis asin dia semualah! Memang puashati pun kalau mereka datang makan sampai beratur panjang.

Korang kalau taknak beratur panjang, haa mai ke sini, Gold Chili di USJ 21/8 ni, servis cepat walaupun ada gak pelanggan menunggu.

Dan lagi satu, kedai ni pun ada steamboat. Harga tak mahal, berpatutan laa dengan kuantiti sepinggan dan juga kesedapannya, memang berbaloi.

Korang cubalah ya. Sis makan haritu empat beranak harga rm 78 hengget.
Sup dia portion semangkuk besar tau, kang ada ko order bebanyak macam Sis, kata small, sekali sampai, makk aii besaunya mangkuk hahahaha.

Gold Chili Seafood Restaurant
15, Jalan USJ 21/8, Taman Perindustrian Uep, 47630 Subang Jaya, Selangor

Dibuka setiap hari kecuali AHAD
Dari jam 12pm hingga 11pm .

NO Pork NO Lard.

Facebook : https://www.facebook.com/goldchilimalaysia


P/S: Lepas ni kompom Sis ko akan ke sini lagi hehehe..

10 comments:

  1. Replies
    1. Hahahaha selagi jalan-jalan, selagi tu lee makan oii @Tatie hahahaha

      Delete
  2. Sedap nye ayam dia.... Ya tuhan ๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa sangat sedap butter chickennya @AZ ...

      Delete
  3. Uyul kalau ngidam, Uyul masak sendiri. Fuhh lama ni tak masak Buttermilk Chikinnnnnnn nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaa apalagi, silalah masak @UYul heheheh

      Delete
  4. Tengok sup fishball tu teringat belitung..sana pun mangkuk sup fishball besar2..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn, arghhh sedapnyaaa sup Belitung @Sunah, jommm kita ...

      Delete
  5. Last masak buttermilk chicken masa tengah mengandung. Tapi time tu mabuk, lepas tu terus tak masak menu tu lagi dah. Tengok gambar sis ni, mcm teringin pulak hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cubalah buat lagi sekali @Nur, kot mana tau boleh makan hehehe

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.