LAKSA JOHOR SELERA JOHOR

LAKSA JOHOR SELERA JOHOR | Yaaa Laksa Johor adalah selera orang Johor termasuk Sis juga. Ko bawaklah kedai apa sekalipun, kalau nampak aje Laksa Johor, Sis ko akan order Laksa Johor dulu. Menu kegemaran Sis sepanjang zaman. Tiberr rindu pulak Laksa Johor air tangan Emak Sis.

Melainkan kalau kau bukan orang Johor, makanya kau akan rasa pelik sikit akan Laksa Johor ni. Sebabnya ianya berbeza dengan Laksa Utara ke, Laksa Penang ke, Laksam ke, atau Laksa Sarawak sekalipun. Memang jauh beza. Laksa Johor ni mengunakan ikan dan juga rempah kari. Bahan-bahan sampingannya juga banyak dan ada sambal belacan, macam makan Laksam tapi kuah aje lain.

Dan sebetulnya Laksa Johor, di makan dengan mee spageti, tapi sekarang, ada yang menjual Laksa Johor guna mee laksa beras tu, ermm terbantut rasa Laksa Johor sebenar. kalau Sis, mee beras tu hanya Laksa Penang aje.

Dan juga ada sesetengahnya jual, bahan tak cukup syarat selain sambal belacan dan limau, mereka hanya letak taugeh, timun dan bawang aje, sepatutnya ada bunga kantan, daun kesum juga. Itu Emak Sis punya resepi laaa..sebab tu kata susah nak cari yang betul-betul punya rasa Laksa Johor sebenar kecuali ko masak le sendiri hehehehe.


Yang ini Sis makan di medan selera Selera Johor di Larkin, berhadapan dengan Pasar Larkin sana. Boleh tahan sedap rasanya, cuma bagi Sis kalau makan Laksa Johor mesti nak bawang banyak dan juga sambal belacan lebih hehehehe.

Kira okaylah juga rasanya, nengok tu ada rupa Laksa Johor. Setakat harini Laksa Johor sedap, adalah air tangan Emak Sis dan juga air tangan Mat Gebu aje..memang the sedap the best Laksa Johor ever!!..

Dan hingga ke harini, kalau Sis buat Laksa Johor, ada je yang tak kena, walaupun orang lain makan kata sedap, tapi tekak Sis ko macam ada benda yang kurang, entah laaaa, nanti try lagi laaa..

Masaalahnya, kalau Sis nak buat, siapa pula nak makan ek? Ermmm...

[Baca juga] : https://www.sislin76.com/2018/06/laksa-johor-sedap-di-kedai-makan-mak.html


P/S: Akan rindu masakan Malaysia beberapa hari nanti ... huhuhu :(

12 comments:

  1. Kakcik adalah peminat tegar laksa johor... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama Lin juga @KakCik, akan pilih Laksa Johor dulu sebelum menu lain-lainnya...

      Delete
  2. aduhai sedapnya, dana ni peminat laksa johor tp seklai pun tak pernah buat kak... nk buat tkt tak jadi hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cubalah buat sekali @Norhidana, rsepi mudah aje, nanti dah buat sendiri, terus kemaruk asyik nak makan Laksa Johor aja hehehe

      Delete
  3. macm lama je tak makan laksa johor ni.. free nanti nak buatlah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silalah buat dan panggillah Sis ko datang makan yaa @Rohaida hahahaha

      Delete
  4. ada satu lagi tempat yang jual sedap laksa johornya, tapi saya pun tak sure kat mana..sebab biasa kalo event kat lab saya, diorang order orang tu punya...sedap gilaaa sampai semua sanggup tapau kuah dia bawak balik bila yang datangnye tak sampai 10 orang, order untuk 20 orang..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak tempat yang sedap @Sunah sebenarnya, tapi nak betul-betul yang sedap, tu yang susah, kalau Sis setakat ni, air tangan Mak je yang sedap hehehehe

      Delete
  5. Sedapnya laksa johor. Belum pernah makan lagi walaupun orang johor. huhu

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.